Friday, June 3, 2011

Aku dan Dia (9-ii)


Ikin merenung frame gambar yang bertulisan di hadapannya itu.Hadiah hari lahirnya yang ke 17.Tahun akhir di bangku sekolah.Tahun akhir bersama rakan-rakan di asrama.Aulia.Rakan yang lain dari yang lain.Pernah buat aku ‘biol’ kerana sikapnya yang kadang-kadang normal kadang-kadang sewel.Pernah buat aku pening kepala dengan emosinya.Jiwa kacau semedang.Complicated thinking budak tu.Degil.Apa yang dia nak,dia akan cuba untuk mencapainya apa jadi sekalipun.

Sense humornya tinggi hanya untuk perempuan.Sebab dia berkawan dengan perempuan saja kut.Bila ditanya katanya,lelaki bukannya boleh dipercayai pun.Pelik,pelik.Nak kata kecewa bercinta tak.Tapi selepas beberapa tahun kenal dia,ada jugalah terjadi satu ceritera.Aku dijadikan diarinya yang hidup dan bernyawa.Tapi sekarang dia dah lain.Anjakan paradigma telah terjadi dalam hidupnya.Aku doakan pengislahannya diberkati.Dia sudah menemui jalan hidupnya.Cinta Illahi yang menjadi teman rentak nadinya.Bukan lagi cinta lelaki.

“Ikin! Kita turun makan sekarang!”

Laungan roommatenya dari luar menyentakkannya.

“Aku datang!”

Frame itu diletak kembali dalam laci.Tersimpan rapi sebuah kenangan.

“Apa jerit-jerit ni? Kalah siren ambulans tau.”

“Haha!”

Ikin terus berlayar dalam bahtera kehidupannya sendiri.

**************************************************************


“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” [Az Zukhruf:67]

Aulia merenung maksud ayat Al Quran itu.Teringat kata-kata Kak Natul..

“Kita kalau bersahabat kerana Allah,insyaAllah akan kekal.Persahabatan yang berpaksikan iman adalah sebenar-benar persahabatan.Kita buka sirah baliklah.Terbukti,Allah sangat mengangkat darjat hambaNya yang bersahabat tak lain tak bukan hanya keranaNya.”

“Macam mana nak bersahabat kerana Allah kak?”

Farah bertanya.

“Ikhlas dalam persahabatan demi Allah.Bersahabat bukan demi kepentingan diri,tetapi demi kepentingan agama.”

“Kalau bersahabat sebab rumah sebelah menyebelah?”

Alya pula bersuara.

“Tak da masalahnya.Jauh dekat tu bukan faktor utama.Yang pentingnya niat.Sebab apa pentingnya niat bersahabat kerana Allah? Sebab besar darjatnya.Salah satu daripada 7 golongan yang dijanjikan syurga adalah dua orang lelaki yang menyayangi kerana Allah.Maksudnya di situ sahabatlah.”

“Kiranya bolehlah kalau kita bersahabat sebab kita sayangkan dia?”

Aulia juga tidak melepaskan peluang untuk bertanya.

“Boleh.Selagi mana terkandung agama di hati sahabat itu.Ada satu kata-kata yang kita boleh pegang,aku sememangnya mencintaimu dengan segenap hatiku.Tetapi sekiranya hilang agama di hatimu,hilang juga cintaku kepadamu.”


Aulia kembali mentadabbur ayat-ayat suci.Amalan yang sentiasa diusahakan untuk menjaga iman.Bukan senang bagi seorang Aulia Syazwanie Qistina bt Amran.Seorang yang baru sahaja menemui cahaya abadi dalam hidupnya.

“Terpisahnya aku dengan kehidupan yang lalu,terpisahkah juga aku dengan teman-temanku itu?”

Satu persoalan yang sering bermain di minda.Jawapannya hanya pada Dia Yang Maha Pencipta.



2 comments: