Buku-buku di hadapannya ditatap satu persatu.Banyak yang best.Tapi kena jimat.Bajet tak berapa cukup.Sabar Aulia sabar.InsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki dapatlah.Aulia menoleh sekeliling.Mana pulak orang tua ni?Tunggu dia berjambang baru nak sampai?Dia terus membelek buku-buku.Baik aku melayan benda-benda ni dulu.
Teringat satu kata-kata daripada buku La Tahzan yang dibacanya dahulu. ‘Jadikan buku sebagai teman sejati’.Betul sangat.Setuju!Tapi pastikan buku yang membawa manfaat untuk majukan Islam.Sungguh dia pendamping yang setia walaupun dia bisu.Tapi satu yang tak bestnya.Dia sememangnya tak ada kebolehan mendengar.Just give.Never take.Lain pulak dengan notebook,handfon dan wordsheet Microsoft Word.Just take.Never give.
Apa yang tak puas hati lagi ni?Kalau dah itu takdirnya,itulah yang terbaik untuk aku wahai Aulia Syazwan..
“Oh Syazwan!”
Aulia terlepas cakap perkataan yang bermain di kotak fikirannya.
“Jalan tengok orang kiri kanan.Bukan tengok buku.”
“Sory tak nampak.Ala dah orang dalam kedai buku.Tengok jalah bukan kena bayar pun.”
“Menjawab.”
“Dah ada mulut.”
“Syazwan mana Kak cik panggil?”
“Syazwan? Your only one sis la bro.”
“She is Syazwanie.”
“Schematic nerd.Still ‘Syazwan’ there.”
Muhammad Saiful Idham terus berlalu pergi.
Hmm.Setakat tu sajalah.Mulut berat sungguh nak bercakap.Ni bukan kes sebarang pendiam.Memang dia jenis dia dengan semua orang.Itu pun kira nasib baiklah tu dia pot pet sikit.Bila mana bergaduh.Kalau tak..Diam sedunialah jawabnya.Itulah dunia milik satu-satunya abang kepada seorang adik.Abang aku..Kalau tak kerana aku tak ada teman nak keluar ke pekan,memang takkan ku pilih untuk keluar bersamanya.Teringat beberapa tahun yang lalu..
“Lama tau Kak cik tunggu.Bang cik pi mana tadi?”
Bang cik menoleh ke arah Aulia 3 saat.
“Kalau tak sabar lain kali jangan keluar dengan Bang cik.”
Garang,tak mesra,tak pandai ambil hati,tak suka orang banyak bertanya dan banyak lagi.Haa..Aulia pernah membuat ujian tarikh lahir hasil kajian Dr Fadhilah Kamsah untuk abangnya itu.Hasilnya,
Anda adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan Anda sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan Anda tidak mempengaruhi keputusan Anda. Anda suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling Anda tetapi Anda tidak suka dipersoalkan. Anda kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Anda gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sangat suka berahsia.
90% daripadanya benar.Macam mana nak buat kawan dengan orang macam ni?
Mak selalu cakap, ‘Bang cik tu dengan orang yang faham dia baru dia boleh baik..’
Sesungguhnya,walaupun celik-celik ja ke dunia ni aku dah nampak dia,tapi memang aku tak faham dia tu macam mana sebenarnya.Huu..
kalo la org 2 prasankan..
ReplyDeletespa yg suka sgt maen pjak2 kaki ney?
huhu
siapa???
ReplyDeletentahla..ad org tu resemble aunty Sofea..hihi!
ReplyDelete