Thursday, June 2, 2011

Aku dan Dia (7-iv)

Aulia terjaga dari lelapnya.Kepala yang berat dipaksa untuk bangun juga.Teringat pasal Diana tadi.Dia tak sempat bercerita apa-apa.Library dah nak tutup.Punyalah masyuk bersembang.Nasib baik Kelas Amali Miss Fatanah waktu last.Kata-kata terakhir darinya.

“Sudahlah.Nanti sampai masa aku nak bercerita,aku sendiri akan cerita.”

“I take it for granted.I’m waiting.”

Sesungguhnya,Aulia senang dengan kehadiran Diana.Cuma dia tenggelam dalam kekeliruannya sendiri.Dia keliru untuk menyatakan kehendak hatinya.Dia bukan lagi Aulia yang dulu.Aulia yang menyenangi sesiapa sahaja yang menyenanginya.




Di padang sekolah..

“Ikin..aku sedih gila.”

“Kenapanya?”

“Aku rasa macam tak dipedulikan.Taklah..aku fahamlah dalam kelas tu ramai yang tak suka si Jaswinder Kaur tu.Tapi tengok-tengok aku yang kena duduk sebelah dia.”

“La..Kenapa tak bagi tau ja hang tak mau duduk dengan dia?”

“Ishy..Kalau aku bagitau pun takda maknanya.Mana ada orang lain dah yang nak pair up dengan dia.”

“Macam tu pula.”

“Dah tu..Borink aku.Semua orang have fun dengan partner masing-masing.Aku ni?”

“Ala..tryla have fun dengan dia.Hihi.”

“Kalau hang macam mana?Hang nak lepak dengan dia? Kuku dia tu sampai naik hitam tau. Dah tu suka gigit pulak.Dengan rambut messy macam sebulan tak syampu.Sebab tu orang tak mau duduk sebelah dia.Kembang tekak aku tiap-tiap hari.Waktu Pend. Islam ja bahagia sikit.”

“Hmm.Dah jadi macam tu.Aku pun tak tau nak kata apa.”

“Alaa..Hang selalu macam tu.”

“Laa..Dah aku betul tak tau nak cakap pa.”

“Ok.Baik.Thanks a lot sebab sudi dengar aku bok bek-bok bek.”




Suatu hari di sekolah..

“Linda..Aku tak mau join aktiviti persatuan petang ni.”

“Apa pasal pulak?”

“Malas.”

“Ni muncung-muncung ni mesti ada apa-apa.Cuba cerita?”

“Tak mau.Tak da apa-apa pun.Aku yang terasa lebih.”

“Terasa apa pulak?”

“Dah cukup orangkan?So aku tak payah joinlah.”

“Mana pulak?Kan kawan-kawan hang budak hostel tu minta reserve awal-awal dah? Surela ada tempat untuk hang.”

“Mana ada.Aku tak tau pun pasal reserve-reserve tu.Aku ingat baru nak pi register hari ni.Tadi aku pi dah penuh.So maksudnya aku tak payahlah turun.Turun jadi spectators ja malas aku.”

“Alaa..Kalau betul dah penuh pun,hang turun lah.Aku belanja hang.Makan laksa.Turunlah Aulia.”

“Rasuah pulak.”

“Hehe.Turunlah.”


Petang itu,

“Aulia..Laksa aku dah order.Hang tunggu ek.”

“Thanks a lot Linda.Eh tapi hang nak pi mana ni?”

“Alaa..Sorry Aulia, Milah suruh aku pi jumpa cikgu.Pasal Hari Kokurikulum nanti.Hang tau lah kan Syamilah Ezzati tu.Dia ketua,aku kena menurut perintah.”

“K..”






Suatu petang di kem..

“Aulia? Awak pernah suka lelaki?”

“Habis tu? Takkan saya nak suka perempuan pulak?”

“Siapa? Kiranya awak ada first love jugaklah?”

“Em.Saya suka Chad Michael Murray,Hayden Christensen,Eric Dill..Lagi..Entah tak ingat.”

“Bukan yang tu la maksud orang.Yang betul-betullah.”

Fatehah sudah buat muka.Muka nak mengorek rahsia tu.Aku faham sangat.

“Yang betul apanya?”

“Ala yang betul-betullah.Tipu kalau cakap takda.”

“Ok.Ada.Awak pulak?”

“Saya? Mana boleh bagi tahu.”

“Ek eleh.Tanya orang pandai.”

“Dah awak tak cerita betul-betul.Awak ceritalah betul-betul.Nanti saya cerita pasal saya.”

Fatehah sudah buat muka girang.Sengih semacam ja.Bahagia ja aku tengok dunia dia ni.

“Ok.He is a boy.Same age.Same course, Science Stream.Same class.”

“Lagi?”

“Lagi apanya?”

“Nama dia?”

“Eh awak bukan kenal pun.”

“Ala cerita la lagi.Nak dengar kisah cinta awak.Eh awak ingat senang ke orang nak bercerita pasal kisah cinta ni dengan orang? Cepatlah.”

“Tak da bendanya pun nak berkisah-kisah apa pulak.”

“Ala..Dengan kawan sendiri pun nak sembunyi.Taulah kan siapalah orang ni.”

“Hmm.Ok.Ok..”


Peristiwa yang lalu.Masih segar di ingatan.Aulia ingin memejam mata kembali.Not again Aulia.Jom mandi.InsyaAllah lepas mandi nanti surely tak serabut sangat.Air itu penawar alam semesta.Dalam Islam pun kita disarankan berwuduk apabila amarah menyelubungi diri.

******************************************************************
                                                  
Diana menutup buku.Kertas-kertas yang bersepah di atas meja dikemasnya.Selesai satu perkara.Ditolehnya ke belakang.Wahida sudah terlentang di atas katilnya.

“Eh cik Wawa bila awak balik?”

“Baru ja.Bagi salam awak tak dengar pun.Telinga bersumbat.”

“Oh.Hihi.Sorry.Buat homework Math.Dengar lagu sekali baru rancak.”

“Tak buat Math pun awak suka pasang wayar tu kan.”

“Hoho.My vitamin,sugar and ecstacy?”

“Mak datuk..Em malam ni awak kena tidur sorang-sorang lagi.Saya ada hal dengan classmate.”

“Ok.”

“Wawa..Kalau pinjam katil awak malam ni boleh? Nak ajak kawan datang tidur kalau boleh.”

“Sure.”

“Thanks.”

2 comments:

  1. syamilah Ezzati???!!!!

    ReplyDelete
  2. btw..kbetulan yg aku xbapa nak prasan...
    ad xclasmate aku nama yg ni..
    n kt matrix nma ni dpisahkan kpd 2 jasad yg b'lainan..tp besfren plak tu..
    huhu..

    ReplyDelete