Sunday, December 28, 2014

..:: Yang pertama & terakhir ::..


Bismillahirrahmanirrahhim~


            Malam itu merupakan usrah ku yang pertama dengan Nisa' Bayan Baru. Macam biasa, program tarbiyah jika tiada mehnah dan tribulasi, tidak sah bagi diriku. Susah itu tarbiyah. Dan diriku percaya dengan kata-kata sahabat karibku, 

"Kita ini berbeza pada pandangan Allah."

Moga diriku sentiasa unik supaya dipandang Allah selalu. 

             Walaupun lambat, alhamduLillah kami tiba juga di tempat kejadian. Usrah bersama 'geng' Nisa' semestinya lain benar rasanya kalau nak dibandingkan dengan usrah-usrah yang pernah ku hadiri sebelum ini. Selain kehadiran mujahid dan mujahidah kecil, ahli-ahli usrahnya juga terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya, status dan keluarga. Kebetulan kakak naqibahku sewaktu di universiti yang menjadi pengerusi majlis untuk usrah pada malam itu. Suasana agak gamat kerana kakak naqibahku sememangnya terkenal dengan kepetahan beliau berbicara.

            Aku meneliti wajah seorang demi seorang ahli usrah tersebut. Aku duduk di sebelah kiri Kak Atikah. Intan duduk di sebelah kiriku. Syaza di sebelah Intan. Ada seorang kakak yang juga seorang doktor gigi duduk di sebelah Syaza. Di sebelah beliau, ada seorang kakak yang berwajah keibuan. Sempat aku bertanya kepada Kak Atikah, siapa beliau. Ternyata sangkaanku tidak meleset. She is somebody indeed. Beliau dikenali sebagai Kak Akmal.

           Tiba di satu slot, namaku diseru oleh Kak Husna, naqibah lamaku yang juga pengerusi majlis usrah. 

"Baru-baru ni ada majlis ilmu yang membincangkan tentang kiamat. Nak mintalah adik-adik USM kita untuk bagi perkongsian sikit di sini. Mimie, boleh kot no?"

           Setelah tercengang 5 saat, aku memulakan mukaddimah yang bercampur baur dengan isi penting. Sedaya upaya diriku cuba untuk sampaikan point-point penting dengan harapan Allah mengira usahaku itu sebagai pahala jihad untuk menyampaikan ilmu. Tengah rancak bercerita, diriku tiba-tiba terperasan semua mata memandang ke arahku. Malu tiba-tiba menerpa. Terus aku berkata

"Minta maaf.. Ana bukan good speaker macam Kak Husna."

         Ahli-ahli usrah terus memberikan dorongan untuk aku terus berbicara. Yang paling aku ingati, respon dari Kak Akmal yang lebih kurang ;

"Ala.. takpa, teruskan. Kalau Husna cakap pun kami attack ja kadang-kadang."

         Sambil tersenyum, beliau memberi dorongan. Aku terharu. Humblenya Kak Akmal. Selalu tersenyum meraikan ahli-ahli usrah. Riak wajahnya menunjukkan payah sekali untuk beliau menyinggung mana-mana hati. 

        Usai usrah, ada supper. Aku dengan Syaza share cheesekut sambil makan laksa. Kak Akmal duduk di sebelah Syaza. Disebabkan malu, hanya sesekali sahaja kami bersembang dengan Kak Akmal. Tapi sebenarnya, Kak Akmal sedikit pun tidak kekok melayan kami. Aku sebenarnya secara rasmi menjadi secret admire Kak Akmal pada malam itu.

        Beberapa minggu setelah itu, ada program bersama anak-anak yatim. Tidak kelihatan kelibat Kak Akmal. Kak Akmal ada urusan di Kedah rupanya. Sangat terkilan kerana tidak berpeluang menghadiri usrah beberapa hari sebelum ke program itu. Rupa-rupanya, Allah mentakdirkan Kak Akmal pergi menemuiNya pada hari ini jam 4.30 pagi tadi.

        Sesungguhnya, diri ini bertambah admire arwah Kak Akmal. Arwah meninggal dunia semasa masih berada dalam saff perjuangan untuk mengizzahkan Islam. 


Al Fatihah untuk Kak Akmal
Semoga terus tersenyum dan bahagia di sana




(Arwah Kak Akmal di tengah)



Saturday, December 13, 2014

..:: People's expectation::..



"Kakak sambung master? Wahh bijaknya!!"

"Kakak budak usrah? Wahh mesti 'alim ni.."

"Kakak, dulu kakak pegang jawatan penting, then kakak excel dalam study dan boleh sambung lagi, kakak punya time management mesti tip top kan?"


*Hujan turun membasahi taman dalam hati*

Tired of people expectation?

There is one useful solution;

never take credit for the compliment.
Whisper to ourselves,
"Haza min fadhli rabbi.."

Because unquestionably, to Allah belongs whatever in the heavens
and the earth.

And...
It is our fitrah as a human being to be not so perfect.


Leave everything to Allah 
and strive everything for the sake of Allah




SubhanAllah.. SubhanAllah.. SubhanAllah..

Sucikanlah.. niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi~


Regards,

The imperfect Mimiesstar