Friday, April 28, 2017

..:: Girl crush ::..


Assalamualaikum & hye

Tadi aku online FB dan nampak girl crush aku share video ni





Ehem.. okay ustazah ni pun girl crush aku jugak
Tapi that lady is kinda my current ultimate girl crush
Dia budak sekolah aku dulu
Sama umoq
La ni keja as cikgu English
(Hai ticer!!! :p)
A married young woman

Dia memang stok-stok gadis cun
Dulu aku tengok dia as perempuan lawa yang bijak dari aku
La ni.. heee

She's wayyyy better than stok-stok perempuan Korea yang aku admire
Dia cantik berwajah flawless
Lembut ja raut wajah tu
Sejuk mata memandang

Ok that's it
Tak boleh melayan sangat aku punya admiration dalam bab ni
since aku ada potensi untuk karang ayat berkajang seriously

Dia pandai masak
(Tengok dekat ig)
I think she's a good ticer
(Tengok dekat FB & ig)
Hee.. sure aku pay attention gila dalam kelas dia
(if I were her student. lol)

Dia jenih pendiam dengan orang luaq
Wallahualam dengan orang yang rapat dia potpet ka dak
Haha
And yeah diam tu lagi baik dari cakap banyak mengutuk mengeji orang
or paling kurang menyakiti hati orang


Aku start suka dia since few years back
Tak ingat la bila exact time tapi adala kot 3 tahun lepas?
Sebab time tu aku ada kesedaran pasal 
perempuan yang lemah lembut & sopan ni lawa
haha

It's kinda late Mimie.. Yeah

Orang lain maybe suka VivyYusof yang jual tudung harga beratus ringgit
or Neelofa yang cantik & kaya raya
(Well aku sebut depa ni since depa excellent SPM & cantik kahh)

Tapi bagi aku she's better than them
Tudung dia pakai pun memang betul-betul ikut syariat
even bukan stok-stok ustazah or daie milenia
Nak ceritanya aku suka la IS ni
hiks

Semoga awak terus menjadi isteri, anak, ibu dan hamba yang taat kepada Allah & RasulNya
Semoga awak terus menjadi pendidik yang solehah untuk anak-anak bangsa
Semoga awak dikurniakan zuriat yang soleh & solehah
ameenn





Wednesday, April 26, 2017

..:: Thaqif Amin ::..








Tulisan arwah adik Thaqif yang diviralkan
Kalau betullah ni tulisan arwah,
ini menambahkan lagi kekaguman aku pada budak
yang beumur 11 tahun ni

Umur 11 tahun tapi iman penuh di dada
Kena torture teruk pun takdak kata-kata kesat yg dikeluarkan
Bahkan hanya doa yg mempunyai kata-kata indah terus dipohon
Kebergantungan kepada Tuhan yang jitu

Masa umoq 11 tahun aku tak reti nak doa
dengan ayat-ayat yang advance macamtu
Apatah lagi nak quote hadis dekat mana-mana contengan

Seriously, selama 26 tahun aku hidup
pernah ada fasa kena torture dan ditindas
tapi malangnya aku langsung tak behave macam arwah
Aku rebel, meroyan, down, lebih dari adik Thaqif
Malu kot


Hmm..
Semoga Mimie dapat pengajaran dari kisah adik Thaqif Amin


Al Fatihah






Friday, April 14, 2017

..:: Perjanjian Hudaibiyah ::..








Assalamualaikum & hye

Dah apa kena mengena tajuk post dengan gambaq draft thesis?
Sebab this is a sign of one step closer insyaAllah alhamduLillah
(Dah tak payah bayaq yuran alhamduLillah!!)

InsyaAllah lepaih ni Baiatul ridhwan (viva)
semoga dipermudahkan Ya Allah.. 

And finally Fathul Mekah (Graduate) insyaAllah!



Aku punya semangat susun kronologi Msc's journey
ikut pembukaan kota Mekah
Walau perjuangan aku ni tak terlepas dari perbuatan lagha
astaghfirullah..

Naa.. I know I'm far from being a perfect true muslim 
Guna nama event ja bukan sama tarafkan event tu
huuu

Semalam dekat usrah Kakak PhD kos ISDEV (Islamic Development)
cerita pasal part last surah alkahfi
kisah Nabi Musa dgn Nabi Khidir
pasal nak menuntut ilmu kena banyak bersabaq 
termuhasabah aku yang baru lepaih submit thesis ni

Tadi Mak pulak tiba-tiba ingatkan balik

"Mak kira kak belajaq dekat 20 tahun dah. 19 tahun lebih. 
Dari kak tadika mak kira. Duduk dengan mak abah sampai darjah 6.
Dari tingkatan 1 sampai la ni keluaq belajaq."


It's so sentimental mak...


Wait for me to come home~

(yeah.. Photograph. My forever theme song)


PhD?

Nak. Bukan tak mau.
Tapi aku perlukan masa untuk kumpul dana & daya dulu

Money is not everything 
but everything needs money

and PhD is too costly for me now
untuk aku yang tak berapa bijak
tak berapa cepat pick up
tak berapa tangkas
tak berapa rajin

yang lagi suka makan tidoq tengok & dengaq lagu genre kpop terutamanya

hmm

semoga terus berubah ke arah yang lebih baik Mimie

ulama' cakap tak boleh buat semua jangan tinggai semua
but yeah you yourself know already
that doesn't justify that its ok untuk buat kebaikan tu sikit & tinggai banyak 


remember that





Monday, April 10, 2017

..:: Damai yang hilang ::..







Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan




Friday, April 7, 2017

..:: Machiavelli ::..

MACHIAVELLI, KUASA DAN REALPOLITIK


Dalam politik terdapat dua mazhab besar: idealisme (idealism) dan realisme (realism).
Idealisme menitikberatkan soal idea, ideologi atau 'isme-isme' (nasionalisme, liberalisme, sekularisme, pluralisme, anarkisme, Islamisme dan sebagainya). Idealis percaya bahawa politik adalah pertarungan antara idea-idea yang akan dimenangi oleh mereka yang mempunyai idea yang terbaik.
Realisme atau pendekatan 'Realpolitik' pula berpandangan lain. Realis tidak kisah pasal 'isme' apa yang dianuti seseorang. Politik adalah mengenai kuasa, dulu kini dan selamanya. Anda liberal kah sekular kah Islamis kah anarkis kah, tanpa kuasa, 'toksah sembang'. Sejarah membuktikan kemelut politik tidak dimenangi oleh mereka yang mempunyai idea yang lebih bagus, tetapi oleh mereka yang lebih pandai mencatur kuasa. Semasa Revolusi Perancis, Georges Danton dicantas oleh Maximilien Robespierre. Semasa Revolusi Rusia, Leon Trotsky dicantas oleh Josef Stalin. Revolusi yang idealistik lazimnya berakhir dengan kemenangan oportunis yang jahat lagi rakus.
Kalau anda rasa soal kuasa tidak lagi penting kerana adanya sistem demokrasi, anda tidak sesuai menceburi politik. Kalau masuk politik pun, jangan jadi pemimpin. Jadi pengikut sahaja. Kalau mahu memimpin juga, anda akan menyusahkan diri, menyusahkan orang lain malah boleh menjahanamkan negara dan masyarakat.
Kepimpinan (leadership) politik adalah mengenai memperoleh (attain), mempertahankan (maintain) dan menggunakan (exercise) kuasa. Idealis selalunya ulat buku, kebanyakan daripada mereka boleh dikatakan tidak pernah diuji dengan kuasa. Akhirnya bukan sahaja mereka tidak mampu mempertahankan idea, malah menggadaikan kebahagiaan diri dan orang lain. Ketinggian intelektual tidak menjamin keberkesanan kepimpinan.
Seorang pemikir Itali yang hidup sezaman dengan Leonardo Da Vinci yang bernama Niccolò Machiavelli (1469-1527) telah menulis buku 'The Prince' (Il Principe) atau Sang Penguasa yang mengupas tentang kepimpinan yang berkesan. Machiavelli bukan 'nerd', beliau adalah menteri pertahanan dan diplomat kanan dalam kerajaan Republik Florence di Itali. Beliau mempunyai rekod cemerlang dalam peperangan dan diplomasi.
Machiavelli menggunakan konsep tiga serangkai iaitu 'Fortuna' (fortune), 'Virtù' (virtue), dan 'Necessità' (necessity) untuk menerangkan rahsia kejayaan pemimpin politik. Seseorang boleh berjaya dalam politik atas Fortuna atau pun Virtù. Namun, Fortuna (nasib baik) bukan milik semua orang dan di luar kawalan manusia, tetapi manusia mempunyai kawalan ke atas Virtù (kebijaksanaan). Doa dan tawakal itu umpama Fortuna, usaha diri adalah Virtù.
Dalam drama 'House of Cards', Frank Underwood mempunyai tabiat mengetuk meja. Underwood memberitahu sebab dia berbuat demikian: "It's meant to harden your knuckles so you don't break them if you get in a fight. It also has the added benefit of knocking on wood. Success is a mixture of preparation and luck. Tapping the table kills both birds with one stone." Rupanya Underwood sependapat dengan Machiavelli, kejayaanya bergantung kepada gabungan Fortuna ('touch wood' adalah kepercayaan khurafat bahawa menyentuh kayu boleh menghilangkan sial) dan Virtù (mengasah buku lima sebagai persediaan untuk bertarung).
Namun Frank Underwood bukanlah Sang Penguasa yang Machiavelli mahu. Underwood mengejar kuasa untuk memuaskan nafsu diri. Sang Penguasa yang Machiavelli mahu ialah seorang yang berjiwa bangsa yang boleh membebaskan Itali daripada tangan-tangan jahat kuasa asing. Ketika itu, Perancis dan Sepanyol menjadikan negeri-negeri Itali sebagai proksi untuk meningkatkan kuasa masing-masing. Pope Katolik di Rom turut bersekongkol dengan Sepanyol untuk merobek kedaulatan dan kekayaan Itali. Akibat mengkritik Pope, buku Machiavelli diharamkan oleh Gereja Katolik dan namanya disamakan dengan syaitan.
Persoalannya, bagaimana untuk mencapai Virtù?
Dalam hidup beliau, Machiavelli menyaksikan kejatuhan Republik Florence pada tahun 1512 akibat kelemahan kepimpinan Piero Soderini, pemimpin yang baik hati tapi tidak berkesan. Manakala orang-orang jahat seperti Pope Alexander VI dan Cesare Borgia menjadi semakin berkuasa. Ini membuat Machiavelli terfikir, adakah orang baik ditakdirkan untuk gagal dalam hal duniawi? Selepas penelitian dilakukan, Machiavelli menerbitkan buku Sang Penguasa pada tahun 1513 dan membuat kesimpulan bahawa: orang baik boleh mengubah nasibnya dengan melakukan apa yang sepatutnya dalam dunia politik, bertindak mengikut Necessità.
Berikut adalah nasihat Machiavelli dalam Bab 18, Sang Penguasa:
"Seorang Penguasa dan khususnya seorang Penguasa baru, tidak dapat menaati semua hal yang menyebabkan orang dipandang mulia, kerana untuk mempertahankan negaranya ia kerap kali terpaksa bertindak berlawanan dengan kepercayaan orang, belas kasih, kebaikan dan agama. Dan kerana itu ia harus luwes (fleksible), berubah seirama dengan bimbingan Fortuna dan keadaan. Ia tidak boleh menyimpang dari yang baik, jika itu mungkin, tetapi ia harus mengetahui bagaimana bertindak jahat, jika perlu."
Orang jahat merancang, orang baik pun perlu merancang. Orang jahat bermuslihat, orang baik pun perlu bermuslihat. Itu bukan pilihan, itu adalah kemestian. Itu adalah peraturan permainan dalam dunia politik. Dalam Bahasa Latin, Fortuna adalah kata feminin manakala Virtù adalah kata maskulin. Maka Machiavelli membuat analogi "Dewi Fortuna hanya mengasihi lelaki yang gagah dan berani, yang mempunyai Virtù".
Tetapi jangan pula kita mengikut Machiavelli bulat-bulat. Beliau tidak berfikir mengenai akhirat. Beliau tidak mempunyai 'bottom line'. Orang yang beriman janganlah mengejar kuasa sampai membunuh dan menabur fitnah. Tetapi harus tahu berstrategi. Jangan beritahu orang apakah 'next move' kita. Itu strategi. 'Surprise attack'. Itu strategi. Mengelirukan musuh. Itu strategi. Pecah dan tawan. Itu strategi.
Tatkala sibuk memperjuangkan idea-idea abstrak, kita telah melupai tentang percaturan kuasa. Semakin hari semakin hilang kuasa relatif kita, dan akibatnya? Kita dihina dan dipijak. Cara dan nilai-nilai kehidupan kita dipersenda zahir batin dan kita tidak mampu melawan balik. Satu perkataan untuk keadaan ini: 'pathetic'.
Kita menjadi 'pathetic' sebab selama ini kita berpolitik cara lurus bendul. Kita tidak mempunyai strategi. Kita mengikut emosi. Kita tidak mengira 'power equation'. Kita menganggap sesuatu isu itu sebagai perbahasan idea dan bersorak untuk mereka, tetapi sebenarnya ia adalah 'game of power' untuk melemahkan kita.
Kerjasama politik biarlah berhemat dan berhati-hati. Kawan hari ini boleh menjadi musuh hari besok. Tidak wujud istilah khianat antara musuh, hanya kawan yang akan mengkhianati kawan. Ketahuilah bahawa kawan anda akan menunjuk wajah yang sebenarnya apabila mencapai kuasa optima nanti. Itulah 'hard lesson' yang Danton dan Trotsky pelajari. Saat mereka sedar, nasi telah menjadi bubur.
Dunia politik adalah dunia bantu diri (self-help). Jangan salahkan orang lain kalau kita menjadi 'loser'. Apabila Raja Muhammad XII menangisi kejatuhan kerajaan Granada, ibunya menegur: "Jangan menangis seperti seorang wanita untuk apa yang kamu tidak dapat membela sebagai seorang lelaki." Ya, Fortuna tidak sesekali mengasihi pemimpin yang lemah.
Ketika Imam Ahmad bin Hanbal ditanya oleh muridnya: "Wahai Imam, mana yang dipilih: pemimpin yang kuat tapi banyak dosa, atau pemimpin yang soleh tapi lemah?" Imam Ahmad menjawab: “Pilihlah yang kuat meski banyak dosa, kerana kekuatannya memperkuat umat, sedangkan dosanya untuk dirinya sendiri. Pemimpin yang soleh tapi lemah, kesolehannya untuk diri sendiri, sedangkan kelemahannya dapat membahayakan dan melemahkan umat."
Itulah makna kepemimpinan. Belajarlah berstrategi. Memahamilah kuasa. Anda tidak mahu main 'game' ini atau 'play with the rules', akhirnya anda yang akan kena game.
Realpolitik tidak terhad kepada dunia politik. Kalau anda seorang 'loser' yang kerap kali ditipu oleh ex-boyfriend/girlfriend atau ditikam belakang oleh rakan sepejabat, sudah sampai masa anda menjadi seorang Sang Penguasa.

-Ayman Rashdan Wong-




Aku baru jumpa fb sorang ptd ni
Time krisis NK-Malaysia haritu
Since then, aku follow dia rapat2
Dia selalunya akan update 2 hari sekali

So since perbentangan ruu355 semalam aku pun tercari-cari la
sources yang bila aku baca aku paham
aku tunggu orang yang macam mat luthfi yang dah grad master tu respons
tapi takdak pun dekat twitter dia
maybe ada dekat personal fb kot

and yeah here come our dedicated ptd with his long post
aku yang noob ni pun baca la sampai habih
heyy aku dah settle kot 1 part kerja 
so boleh la berjimba sat di hari jumaat ni


Nway, perenggan yang last tu. Mannn
Aku tergelak tanpa sedar kot
Sense of brilliant humor bro ni tinggi bagi aku haha
Aku ni memang selalunya acah2 loser or loser
sebab malaih nak baca keadaan
and go with the flow
pffttt


Satu ja yang aku nak cakap
makin lama
makin aku rasa aku noob
makin cari gali ilmu
makin rasa banyak yang aku tak tau
makin banyak benda yang aku tak paham
makin banyak timbul persoalan
and this apply to all field of interest


hmm




Wednesday, April 5, 2017

..:: Kimciss untuk awak ::..














So apparently movie ni tengah tayang kat panggung
Aku terjumpa 1st 18min cut dekat astro shaw youtube channel
And screenshot kat atas ni aku amik dari bts
bukan bangtansonyeondan =.=
 behind the scene

Aku bukanla tak sayangkan bangsa aku
It just that...
Aku tak sure la storyline yang tak best
or director yang tak berapa ada hala tuju
or pelakon yang tak berapa reti berlakon

18 min pertama tu langsung aku tak nampak sisi positif depa
langsung tak nampak hero tu terbuka
Ok aku tak adil sebab tengok 18 min pertama, trailers & bts then judge
But seriously though
Malay's movie & drama are always predictable

Well kalau nak baca masterpiece novel yang hero dia bapak kerek 
memang patut tampaq sampai bisu
try baca Ked's story by Hlovate

And yes, hero & heroin novel tu seriously open minded
and positive thinker

Even ramai hlovate's fan cakap novel dia tak patut diadaptasi
sebab no actor or actress can act according to the characters
but I think we need to give a try
At least terbuka la sikit minda kaki movie & drama melayu ni

Arghhhhh I miss you guys~

Ked Flopp & Nawal



Sunday, April 2, 2017

..:: Untitled ::..






Tadi dalam train aku nampak quote ni dekat tote bag sorang amoy










Despite of all uncertainties, scared, nervous,
insecure, unsettle feelings

I hope for the best
insyaAllah..

May Allah help us to the moon and beyond it
ameen~