“Sebab tak mau orang lain terseksa sebab aku.”
“Dengan membiarkan diri kau yang terseksa?”
“Aku tau apa yang aku buat.”
“Arwah aunty Marissa ada pesan, a friend is a gift.Selama aku hidup aku tak pernah tengok mana-mana orang yang ikhlas bersahabat macam aunty Marissa.She’s my mom’s best of the best,best friend.Dia meninggal waktu umur aku 7 tahun.”
“Innalillah..”
“Aku rasa kalau arwah still hidup,we will be best friend.Aku selalu excited dulu bila dengar pasal aunty Marissa.Mama pun macam suka ja.Yala dah aunty tu best friend dia kan.Aku selalu tengok mama menangis setiap kali sebelum atau selepas jumpa aunty Marissa.Bila aku tanya mama cakap,dia terlalu sayangkan aunty Marissa.Dia tak sampai hati nak lepaskan aunty pergi.Nasib baik papa banyak pujuk mama.”
“Mama hang memang sayang betul best friend dia tu.”
“Yup.And aunty Marissa pun sayangkan mama aku.Sangat-sangat.Well,best friend la katakan.Aunty pernah berkahwin.Tapi husband dia tinggalkan dia.Aunty Marissa orang yang tak kenal erti putus asa.Always live in hope.Husband dia tu first love dia tau.”
“Haa? Lepas tu apa kes kena tinggal?”
Mata Aulia sudah membulat.Macam boleh nampak banyak gila tanda tanya sekeliling kepalanya.Diana tersenyum.
“Memang uncle tu first love arwah aunty Marissa.But not vice versa.”
“Habis tu kenapa kahwin?”
“Dah takdir.Aunty bahagia sangat-sangat masa mula-mula berkahwin.Lama aunty pendam perasaan.Tengok-tengok he is the one yang masuk minang.Tapi lepas tu baru terbongkar yang uncle tu ikut cakap mak dia ja.Bukan sebab uncle tu yang suka.Then aunty dengan rela hati suruh uncle tu lepaskan aunty.Aunty jatuh sakit.Dan dia meninggal.”
“Confirm uncle tu rasa bersalah tahap gaban.”
“Entahlah.Tapi memang sedihlah daripada apa yang aku baca.By the way,buku-buku aunty banyak yang mama simpan.So aku suka baca.Macam diary tapi semua benda ada.Tapi mostly ayat-ayat yang lahir dari hati dia sendirilah.She is really a loving woman.”
“Harap-harap dia tergolong dalam golongan yang beriman.Amin.”
“Amin.Haa..Lagi satu.Dia pakai tudung labuh jugak tau.Yala mama aku pun pakai tudung bidang 60 jugak.Tapi mama aku tu sekolah agama dulu.Tapi aunty tak.Eh kes kau macam kes aunty lah.”
“Ada pulak.Kenapa mama hang tak hantar hang masuk sekolah agama?”
“Entah.Arwah aunty dulu pun sekolah Inggeris.So may be dia nak aku resemble bf dia kut.”
“Aunty ada cakap jugak,1 of the best part in life is friendship.So kau tak boleh putus asa.Pursuit for happiness.Love is in the air isn’t.So do friendship.Open your heart.Give more take less.Aku macam dah boleh hafal semua yang aunty tu tulis.She’s my best friend after all.”
“Mana ada putus asalah.Just berhenti berharap.”
“Kan aku ada bagi tau tadi.Aunty tu can find hope in everything in her life.Hope is a dream that never sleep.”
“Ok.Ok.Tapi..Hang rasa puas ka berkawan dengan orang yang dah tak da macam tu? Aku ingat aku ja yang meroyan.”
“Ishy.Bukan meroyanlah.Aku bahagia.Ayat yang selalu arwah suka tulis berulang kali, “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim).
Lagi satu, surah al-Hujurat ayat 13 “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
I can see people through her words.Sekali dengan ayat-ayat Al Quran or hadis yang dia suka ulangla.May be sebab tu aku boleh trace kau punya aura kut.”
“Oou-key.”
“Kau suka tak arwah aunty Marissa aku?”
“Frankly speaking.Suka.”
Diana tersenyum riang.
“Aku dah agak.Semua yang kenal dia betul-betul mesti akan suka dia.She’s the love spreader.”
“May be.Tapi aku tak adalah excited macam hang.”
No comments:
Post a Comment