11
“Kakak pujuk adik jap.Mama dah hilang akal nak buat macam mana.”
Puan Sofieya sudah terduduk di sebelah Diana.
“Apahal lagi ma?”
Hari tu pasal tak nak pergi Jusco dengan mama.Dah settle.Sekarang?
“Dia nakkan komik latest edition tu.Apa namanya..Haa Rocketman.Tapi mama tak kasi.Dek Na nak buku
cerita.Mama kasi.”
“Oou-key.Kenapa mama tak kasi?”
Mama mengangkat kening sebelah memandang Diana.
“Ok ma.Ok ma.Kakak paham.Hehe.Mama tak kasi sebab komik tu tak bawa benda baik sangatkan? Sebab mesej yang disampaikan lebih banyak buruk berbanding yang baik.Suhail kan baru 13 tahun.Dia tengah membesar,so kenala hidangkan benda-benda berhikmah untuk budak-budak yang tak matang lagi nak pilih mana yang baik dan mana yang buruk.Kan?”
Puan Sofieya tersenyum.Tangannya mengusap kepala Diana.
Diana pun tersenyum.Kepalanya sedikit tertunduk.Geli sebenarnya.Sensitif sungguh bila disentuh bahagian kepala dan dibelai rambutnya.Tapi entah kenapa dibiarkannya.Dia selesa diperlakukan begitu.Mungkin kerana sentuhan seorang ibu?
“Pandaila Diana ni baca hati mama.”
“Hehe.Kita ada telepati yang kuat kut ma.Mama maintain cool ek? Nanti kakak handle hero tu.”
Puan Sofieya terus merenung anak dara di hadapannya.You resemble her so much dear..
*******************************************************************
Seorang ulama’ tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mu’adh) berkata :
“Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang Mukmin,iaitu :
Pertama : Jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya,maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua : Jika engkau tidak mahu menyukakan dia,maka janganlah engkau mendukakan dia.
Ketiga : Jika engkau tidak mahu memuji dia, maka janganlah engkau mencela dia”
Aulia merenung sejenak.Sawah padi luas terbentang di depan mata.Pagi tadi abah turun sawah.Petang pun abah turun.Kadang-kadang dia pun ikut abah turun sekali.Tak tolong menyulam anak padi pun setakat berjalan keliling batas tu pun dah kira Ok lah.Abah kata turun ‘menyapa’ padi.
“Turunlah pi sapa padi tu.Sembang dengan dia.Bagi semangat dekat dia nak membesaq.Sihat-sihat selalu.Jangan sakit-sakit.”
Aulia tersenyum.Abah ni..Bagus betulla.
Buku yang dibacanya diletak di sebelah.Bangku panjang di bawah pokok nangka tu tempat Mak dan Abah suka melepak.Melepak melepaskan penat.Aku pun suka melepak kat sini.Bang cik ja kot yang tak suka.Asyik terperuk dalam bilik.Apa cerita entah dia tu.
Otak terus memproses data dan maklumat.Aulia..Aulia..Setakat mana hang dah jalankan kewajipan hang sebagai seorang muslim? Hak-hak yang ada tu setakat mana hang settlekan? Rule-rule yang ada setakat mana hang follow? Rules are not made to be broken la babe. Hang dah jumpa jalan yang benar. Ikut Aulia..Jangan tak ikut. Buang jauh-jauh segala sesuatu yang menghantui dan mendiami kotak fikiran tu tak boleh ka?
Tolong jangan sebut perkataan ‘kalau’ kalau nak jaga iman.Perkataan tu tak boleh disebut selalu.Kalau boleh rasa pun jangan.Qada’ dan qadar tu kan ketentuan Ilahi.Kena terima walau apa pun yang menimpa dan menjengah di celah-celah plot kehidupan.Ceritera seorang hamba.Ceritera seorang ‘aku’ yang ditulis oleh Dia yang Maha Pencipta.
“Aulia kena kuat.Banyak yang Aulia dah tahu dan belajar sekarang.Dah tiba masanya Aulia menyampaikan ilmu di dada kepada mak,ayah,adik beradik, sahabat handai dan semua yang ada di luar sana.Jangan berhenti di tengah jalan.Lagi satu,jaga niat.Jangan buat sebab manusia.Buat kerana Dia.”
Kata-kata Kak Natul terngiang-ngiang di telinga.Hujung tudungnya dipintal-pintal dengan hujung jari.Teringat pertama kali dia pulang ke rumah. Memanglah Mak dan Abah kenal aku ni siapa.Tapi boleh rasalah jugak suhu yang agak rendah dalam rumah masa tu.Everything takes time orang kata.Yang paling buat don’t know is him the only one.Saiful Idham.Layan aku macam masa aku pakai tudung bawal biasa, standard long sleeves shirt dengan loose jeans jugak.Waktu normal dia tak bercakap.Waktu mereng dia sembur selamba badak ja.Dia tak perasan kut.Husnuzon Aulia.
No comments:
Post a Comment