Aulia melipat kain telekung. Kedengaran alunan ayat-ayat Al quran dari luar bilik. Mak dan abah tengah khusyuk mentadabbur Al Quran. Alhamdulillah..Semoga barakah terus memenuhi rumah ini.
Mak selalu berpesan.
“Jangan jauh dari Al Quran. Nanti gelap hidup. Haa.. tu surah Al Kahfi tu baca setiap Khamis malam Jumaat.Tak larat nak baca semua,baca ayat 1 sampai 10 sambung pulak 100 sampai habis.Insya Allah pelindung kita dari dajal akhir zaman.”
Abah pulak..
“Kita nak amalkan baca Al Quran ni bagus.Tapi pastikan kita ada usaha untuk mentartilkan bacaan kita.Sebabnya, Allah ada berfirman dalam surah Al Muzzammil ayat 4 ,"Dan bacalah Al Quran dengan tartil (perlahan-lahan)” .
Cuti-cuti ni tak ambil peluang rugi.Langit di luar cerah disinari cahaya matahari waktu Dhuha.
Jari telunjuk menekan-nekan dahi yang berlapis.Mukanya yang ‘blur’ adik beradik ‘blank’ ditala ke langit.Mak baru masuk ke dalam rumah.Baru selesai siram pokok bunga sekali dengan pokok sayur dialah tu.Aulia ambil turn menyiram waktu petang.Abah dah sampai di tengah-tengah bendang.Boleh nampaklah dari tingkap dapur tu.Bang cik..Wallahua’lam apa dia buat dalam bilik tu.Kira Ok la sikit aku tengok dia sejak masuk U sekarang ni.Subuh dah tak tinggal macam dulu.Asyik on-off ja.Solat-solat yang lain pun insyaAllah selesai.
Kotak memori bagai dibuka satu persatu.Amal Islami.Amal Islami ada 3..Masa dekat kem dulu Bro Khai ada cakap.
“Amal Islami ada 3.”
Ok teruskan.Teruskan.
“Pertama amal fardhi.”
Lagi.Lagi.
“Kedua amal jamai’e”
Haa..Yang last tu..
“Amal Ijtimai’e!”
Spontan Aulia menyebut perkataan itu sambil memetik jari.Terus dia menulis point yang baru diingatnya itu.Bukan apa,kenalah study balik tajuk silibus usrah yang lama-lama.Nanti tak da la ilmu tu hilang macam tu saja.Boleh disampaikan kepada yang lain juga.Seorang dai’e itu sebenarnya seorang mad’u juga.Jangan harapkan orang lain saja yang memperingati diri kita.Sebaliknya kita sendiri yang mesti dan harus mengingati diri kita sendiri.
Sementara itu di balik pintu,ada insan yang bernyawa tengah berdiri terpacak macam tiang lampu di depan surau.Keningnya terangkat sebelah.Tengah study ka budak ni? Dekat kolej dia ada belajar Pendidikan Islam lagi ka? Tapi pasal amal Islami aku tak pernah dengar dalam silibus kolej. Dalam halaqoh masa first year dulu aku pernahla dengar.Lantaklah.Saiful Idham terus melangkah ke dapur.
“Allahu Akbar!”
Aulia mengangkat muka dari buku.Apa halnya pulak sampai mak dah menempik tu?
“Mak ingatkan apa benda tadi duk bertinggung kat sini.Bang cik sakit dak?”
Aulia sudah berdiri di pintu dapur.Bibir mengukir senyuman.Puas menahan diri dari tergelak.
“Tak pa.Tak sakit pun.”
Bang cik dah bangun sambil menggosok-gosok belakangnya dengan tangan.
“Mak keluaq pi buang sampah tadi.Nak masuk tu mak tolak ja la pintu tu. Tak tau pulak Bang cik duk kat belakang tu.Patutla berat.Dah tu masuk-masuk ja tengok Bang cik dah tersujud kat sini.Tu la duk renung sangat kucing tu.Kalah kucing renung tikus pun ada.Hmm..Macam-macam budak ni.”
Bang cik hanya diam menyepi.Terus dia berlalu ke bilik.Aulia membuka plastik ikan di singki.
“Mak Kak cik pesiang Bang cik sampai habes naa.”
Mak Leha dah tersengih.
“Apa dia Kak cik?”
“Eh.Bukan-bukan.Kak cik pesiang ikan sampai habes naa.”
Ketawa yang ditahan terburai juga akhirnya.Dua beranak itu masing-masing meneruskan kerja sambil ketawa yang berbaki.
Sementara itu,ada juga senyuman yang tersungging di bibir di dalam bilik.
ble nk ada kn watak 'buang'?
ReplyDelete