Friday, June 3, 2011

Aku dan Dia (9-iii)

Satu semester sudah berlalu.Masing-masing menghabiskan cuti bersama keluarga masing-masing.Aulia membuka buku catatannya.Perancangan-perancangan yang ditulisnya ketika mula-mula melangkah kaki ke KSMS di helaian yang pertama ditatapnya.Ada yang tercapai,ada yang belum.

“Kena work harder lagi ni.”

Aulia terus menyelak notebooknya itu.Semua hasil tulisan tangan,isi penting ceramah dan usrah memenuhi setiap muka surat.Semua benda ada.Hilang benda ni memang naik ‘biol’ lah jawabnya.Teringat kata seorang sahabat, itu tanda ilmu di buku bukan di dada.Tapi dalam kes ni bukan itu isu utama.Ada ayat-ayat hati seorang Aulia yang terselit bersama.

Seorang pensyarah merangkap murobbi pernah berpesan.Mewujudkan institusi usrah itu tak semudah yang disangka.Walaubagaimanapun usaha ke arah itu mesti ada.Aulia bersyukur kerana dipertemukan dengan kumpulan usrah di kolejnya itu.Walaupun usrahnya itu tak sehangat seperti usrah pertamanya di Kem Muslim Profesional dahulu,tetapi usaha para penggiat yang menyedari kepentingan berusrah tetap bergiat aktif.Hasilnya, Alhamdulillah.Jika dahulu mereka hanya mampu berusrah secara ‘kecil-kecilan’,semester depan insya Allah mereka akan berusrah secara besar-besaran.

“Enti jadi naqibah sekali ye nanti?”

Aulia terkaku 3 saat.

“Please..Demi Islam.Kita nak wujudkan banyak group nanti insyaAllah.”

Salwa,naib pengerusi Badan Gerak Kerja Masjid merangkap pemegang jawatan tertinggi bagi pihak muslimat dalam tanzim meminta pertolongan Aulia.Bukan sebarang pertolongan ni.

“Tapi..ana tak layak.Ana baru nak belajar.”

Aulia tak senang duduk.Parah ni.Tolak tak boleh.Terima takut tak mampu.

“Aulia,buang perkataan ‘tak’ tu.Ok,Salwa faham.Kita baru kenal.Tapi kita bersatu sebab aqidah kita yang sama.Misi kita yang sama.Memang jalan dakwah ni tak senang.Tapi kita kena hadapinya juga.Kalau bukan sekarang Aulia nak mulakan bila lagi? Kita tak tau bila ajal kita nak sampai. Ambil peluang ni.Berusaha sebaik mungkin.Jadikan ini sebagai bukti.”

Panjang lebar Salwa berhujah.Sifat seorang pejuang.Pantang beri laluan kepada perasaan susah.

“Em.Tapi macam mana kalau Aulia tak mampu buat yang terbaik?May be sekarang tak jumpa lagi orang yang sesuai tapi kalau nanti jumpa? Tak rugi? Nak-nak pulak yang lagi baik dan bagus tu mad’u Aulia sendiri.”

Salwa tersenyum.Aulia ni memang liat sikit nak ber ‘ana-enti’.Mungkin sebab tak biasa kot.Tak pa,nilah peluang mengenali orang yang bukan ex-SMKA atau tak pernah belajar bahasa arab.

“Aulia.Memang bagus rasa concern untuk orang lain.Aulia takut mad’u-mad’u nanti dapat tak seberapa dari Aulia? Aulia rasa tak layak sebab tu? Tapi kan Aulia boleh tajamkan lagi ilmu sambil menyampaikan kepada orang lain?Masa tak menunggu kita Aulia.Kita yang kena kejar masa.Lagi satu,kan semua muslim itu adalah dai’e.Kewajipan menyeru itu adalah untuk setiap muslim yang beriman kepada Allah.Maka,semua muslim itu juga mad’u pada masa yang sama.Dalam Islam,semua orang berhak menyampaikan dan menyeru ke jalan Allah dan semua orang juga berhak menerima dan mengikut syariat Islam.Sebab itulah kita dikatakan khalifah.Kan selemah-lemah iman ialah mencegah kemungkaran dengan hati.Haa,sekarang peluang dah sampai.Allah pilih Aulia untuk berusaha meningkatkan darjat iman insyaAllah.Takkan Aulia nak let it go macam tu ja?”

Aulia diam sambil memandang langit.

“Salwa pun tak hebat setakat mana pun.Kan kita hidup saling melengkapi.Tak semua yang Aulia pandai,Salwa pun pandai.Contohnya,Salwa suka sikap Aulia yang cukup tegas terhadap lelaki.Yalah,kadang-kadang perempuan ni naluri kelembutan tu tinggi.Tu yang kadang-kadang tak tegas setakat mana pun dengan muslimin.Tapi Aulia tak.Cuma berhati-hatilah.Orang luar yang tak faham cakap yang bukan-bukan pulak nanti.”

“Mana ada tegas pun.Orang cakap tu sombong namanya.”

“Tapi tu bukan niat sebenar Aulia kan? Haa.. tula sebabnya kena jaga.”

“Susah orang nak faham Aulia.”

“Buka sikit ruang tu.Dulu-dulu pun Aulia macam tak banyak kongsi sangat dengan kami.Tapi sekarang boleh ja.Tak pa.Ta’aruf kita berterusan selagi kita di atas jalan yang sama ni,insyaAllah.”

“Tula..Macam manala orang bermasalah macam ni nak conduct usrah?”

“Semua orang ada masalah cik kak. Tak pa jangan risau.Kita buat partner bukan sorang-sorang.”

“Ok.Dengan lafaz bismillah,Aulia setuju.Siapa partner Aulia?”

“Alhamdulillah.Salwa percaya Aulia akan buat yang terbaik.Em your partner is..rahsialah dulu..”

“Salwa..”

“Ok.Ok.Dia special.Dia yang minta awak jadi partner dia.”

“Siapa?”

“Shifwah.”

“Kak Shifwah?”

“Ops..Ok.Kak Shifwah.Tapi dia belajar sekali dengan kita kan.Sebab tu orang tak panggil dia kakak.”

“Title tu penting bagi Aulia.No compromise.Kira selamat la group Aulia nanti.Kak Shifwah tu banyak ilmu.Kita sekolah rendah enam tahun ja.Dia tujuh tahun.Itu pun dekat sekolah agama.”

“Haa..Betulkan niat tu balik.Aulia tetap boleh menyumbang kepada agamalah.Walau setakat mana pun ilmu yang ada.Ilmu tu takkan habis.Timbalah lagi.Jangan biar orang lain ja dapat.”

“Ok.Ok.”

No comments:

Post a Comment