Wednesday, May 4, 2011

..::Wake Up Project - Armageddon bhg. akhir::..

Sambungan..


dicopy dr :

http://saint-guerre.blogspot.com
SIAPAKAH IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAR

1. Al Mahdi Al Muntazar(lelaki yang dinanti/ ditunggu-tunggu) akan kemunculannya adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin yang berasal dari keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

2. Beliau dari keturunan sayydatina Fatimah Binti Rasulullah s.a.w.

3. Namanya Muhammad Bin Abdullah – jadi namanya menyerupai nama baginda s.a.w.

4. Al Mahdi bukanlah seperti yang diduga oleh kaum Syiah ar Rafidhah yang mengharap kemunculannya dari negeri Sardeb (area Samarra) kerana Al Mahdi seperti ini tiada faktanya dan tiada nas-nas hadis Nabi SAW yang menerangkannya.

5. Kaum Syiah ini mendakwa bahawa Al Mahdi namanya ialah Muhammad Ibn Al Hassan Al Askari, akan memasuki Sardeb ketika berusia 5 tahun.

6. Mereka sentiasa menunggu kehadirannya dari Sardeb sedangkan Al Mahdi seperti yang mereka dakwa itu sekali-kali tidak akan keluar dari Sardeb|Sila rujuk kitab-kitab Nihayah tarikh Ibnu Kathir, Al Fitan Wal Malahim, mengenai perihal berita AL Mahdi juz: 1|

CIRI CIRI IMAM AL MAHDI

Berdasarkan hadis-hadis Baginda s.a.w telah disebutkan bahawa Al Mahdi atau Muhammad Ibn Abdullah yang akan muncul itu berhidung panjang, mancung dan runcing(mempunyai bentuk wajah yang cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan

Sebelumnya dunia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan – seperti yang dapat kita lihat hari ini, penindasan dan peperangan terhadap umat islam yang berlaku di mana-mana serata dunia dan berleluasa.

Beliau akan memerintah dunia selama 7 tahun atau 8 tahun atau paling lama 9 tahun setelah turunnya Isa Al Masih AS, sebelum berlakunya hari kiamat. Sepanjang pemerintahannya manusia hidup dalam kedamaian dan keadilan yang tidak pernah dirasai selepas kewafatan Baginda Rasullullah s.a.w

”Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yang berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku(Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dengan kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan). Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” |hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya di dalam Al Jami’. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529|
”Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” |hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah di dalam sunannya dari sayyidina Ali RA. Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya di dalam Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani di dalam As sahihah – no 2371|
Terdapat DUA tafsiran mengenai iSLAH

1.Bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai beberapa kekurangan kecil, kemudian Allah s.w.t mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-ilhamnya.

2. Bahawa Allah SWT memberinya persiapan untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin yang mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan – peperangan akhir zaman.|Tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim mengenai Berita Al Mahdi, oleh Ibnu Kathir juz :1|

”Al Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah” |Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah. Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya di dalam Al Jami’|

” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya |Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri|
Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya,(Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya. Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah s.w.t akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan, kemudian mereka akan membai`ahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau(Imam Mahdi) Tidak menyukai bai`ah itu.

Kedatangan Imam Mahdi di akhir zaman adalah satu perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yang tidak diketahui oleh sekalian makhluk hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah s.w.t sahaja.

Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat.

Oleh sebab itu, mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bagi setiap mukmin. Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis, hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yang Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib, mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.

No comments:

Post a Comment