Tuan Hamdan memberi penerangan mengenai tatacara membaca peta dan mengendalikan kompas di dalam hutan.Sementara itu di bahagian belakang sana.
“Eh awak minat novel apa lagi?”
Fatehah mula berbicara.
“Hehe.Banyak!Saya suka ja baca semua novel yang best-best.”
“Tuan ni suka cakap sensorang.Orang tak dengar tau tak.Ala kalau dengar pun macam dapat tangkap sangat.”
“Awak 1st time datang kem macam ni?”
“Yup! Kenapa?
“Tengok cara pun dah tau.Hehe.”
“Sekolah hantar surat balik rumah.Mak orang suruh orang datang.Dia cakap nanti tak da sijil pulak nak masuk IPT.Aulia.Awak mesti suka kan kem ni?Tengok macam tough semacam ja.Dahla suka jalan sensorang. ”
“Suka ja.Sebab dah pernah join kot.Tu rasa biasa ja.”
Tapi part jalan sorang-sorang tu bukan aku saja suka-suka.
Aktiviti night walking bermula.Aulia mula berdoa di dalam hati.
“Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami.Permudahkanlah.Kuatkan juga hati-hati yang lemah.Amin.”
Best of luck Ikin.Take care.Hatinya berbisik.Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh penghulu kem.Kumpulan Alpha iaitu kumpulan Ikin yang memulakan perjalanan.Kumpulan Aulia iaitu kumpulan Bravo mengikuti kumpulan Alpha dari belakang.Seterusnya,kumpulan Charlie dan Delta mengikuti kumpulan Bravo dari belakang.Hanya empat kumpulan yang dijadualkan menjalani aktiviti night walking pada malam itu.
Aulia berhati-hati melangkah.Permukaan hutan yang basah ekoran hujan pada petang itu merumitkan sedikit pergerakan.Tanah hampir sekilo melekat di but masing-masing.Hampir 30 minit berjalan dan merentasi sungai mereka sampai di check point pertama.
“Cantiknya langit..” Satu suara menyapa telinga Aulia.
Aulia tercari-cari dalam kegelapan malam.Fatehah rupanya.
“Fatehah!”
Bahu Fatehah juga disentuh secara mengejut.
“Buat terkejut orang ja awak nih.Terjatuh orang dalam gaung tu kang.Awak nak bertanggungjawab?”
“Hehehe.Sorry..Sorry..Sorry..Sorry..”
Aulia mula mengeluarkan rentak salah satu lagu kesukaannya.
“Suju!”
Fatehah sudah terjerit sambil menepuk tangannya dalam gelap.
“Suka jugak?”
“Suka!!”
Dan mereka pun ketawa.Di saat peserta lain sedang berehat untuk meneruskan aktiviti,mereka sibuk berceloteh tentang minat masing-masing.Sesekali tertawa riang.Bulan dan bintang menjadi penonton setia mereka.
********************************************************************************
“Kita akan menyediakan makan malam kita masing-masing.Kita buat pairing okeh?Cepat masak cepat makan.Lepas ni kita nak mendaki pulak ke last check point.Di sana kita akan tidur dan esok kita akan pulang ke tapak perkhemahan”
Penghulu kem memberi taklimat ringkas.
“Fatehah,mana partner awak?”
“Dalam kumpulan ni?Tak da lagi.Awak?”
“Tak da jugak.Jom kita masak sekali?”
“Orait.”
No comments:
Post a Comment