Seruan Allah SWT :
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh. (As Saff : 4)
Islam mesti bersatu.Tetapi bukan atas alasan kepentingan diri.Segalanya hanya kerana Islam itu sendiri.Ketepikan ideologi diri.Gerakkan diri untuk bersatu demi Islam.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al Baqarah : 216)
Tiada ikatan yg paling kuat melainkan ikatan sesama aqidah dalam kehidupan manusia.Maka dengan ikatan aqidah inilah muslim akan bersatu menumpaskan ideologi-ideologi barat yang bersifatkan kafir yang sekaligus menolak syariat Islam untuk berkembang mekar di bumi Allah.
“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh
Adakah matlamat iman kita hanya ditahap rendah sehingga tiba waktu nafas terhenti?
Kita tidak seharusnya berdiam diri dalam mengimpikan tittle "muslim sejati"
“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)
Bersatu menjadikan Islam itu lebih mantap.
Hapuskan ego yang membatasi diri dalam beramal kerana Islam sebenar-benar jihad di jalan Allah.
Janji Allah sudah termaktub.Jika kita menolong agamaNya,1 masa Allah akan menolong kita.
Sahutlah seruan Allah ini dalam misi kita menggapai redhaNya..
Mulianya seorang hamba itu kerana Islam~
No comments:
Post a Comment