Friday, May 6, 2011

Aku dan Dia (4)

4

“Saya nak you all submit this project 23rd Jan nih.Sharp.Late? Your mark will be deducted.”

Miss Nadira tersenyum penuh makna di hadapan kelas.Seluruh isi kelas sudah bersembang antara satu sama lain.

“Fuhh.Keep on moving girl..”

Aulia bermonolog sendirian.Ditolehnya ke kanan.Masing-masing sibuk memilih group-member.Ditolehnya ke kiri.Sama.Takkan dijengahnya barisan hadapan.Barisan jejaka Melayu terakhir.Beruntung sangatlah mereka tu.Bukan senang nak duduk sama-sama Melayu ja.No Chinese or Indian.Iban,Kadazan dan Dayak termasuk sekalilah.Tak ada dan tak wujud pun di kelas B2P2.Ditolehnya ke belakang.Diana pun sedang sibuk.

“Ok set? Kita sekali eh Shika?”

Rancaknya bersembang budak ni..

“Diana..Diana..”

Aulia memanggil.

“Ya Aulia..awak join saya ek? Group dengan Shika sekali.Saya dah bagitau dia tadi nak ajak awak join sekali.Malam nanti kita meet kat pondok bawah pokok Ketapang tu ek.8.30 malam.Ok?”

Bagai bunyi mercun papan waktu Tahun Baru Cina ja gayanya.Sesuai betullah budak ni jadi pembaca berita syarikat swasta tu.

“Kot nak tanya aku dulu tadi..” Aulia bertutur perlahan.

“Laa..Saya takut awak termiss nanti.So saya includekan awak sekali.Tak nak satu kumpulan dengan kami semua ke? 

Muka Diana sudah bertukar riak.Aulia ingat aku memaksa dia apa.Tak pun ingat aku tangkap muat sebab nak bagi cukup geng? Mana ada.. Aulia..

“Ok.Ok.Thanks a lot.Jom balik.” Aulia tersenyum.Lama.

“Diana..Diana..”

“Aaa..kenapa?”

“Hang ternganga sorang-sorang tu awat?”

“Haa? Saya..Saya ternampak bintang berkelip.Hihi.”

Dia senyum.Mesra.Faham tak?Dia tersenyum dengan mesranya.




Perbincangan tamat pada pukul10 malam.Hujan mula turun membasahi bumi.Laluan dari pondok ke hostel tidak berbumbung.Nak tak nak kenalah meredah hujan.Sudah beberapa bulan hujan tak turun menyapa bumi.Sekali buat kunjungan hormat ni alamatnya dapat habuanlah bagi orang yang tak kuat ketahanan badan.Keesokan harinya..

“Aaacchoo!!”

Aulia mencari tisu yang masih lagi dalam kotak simpanannya.Selsemalah pula.Badan pun lain macam ja rasa.Maintain babe maintain.

“Demam?Ada ubat tak?”

Bihah cik roommate yang selalu berkepit dengan kembarnya di tingkat atas bertanya.

“Em.Yala la kot.Tak pa.Ubat ada.Kalau tak okey gak nanti baru makan.”

Hmm.Sebiji panadol dah ambil masa bertahun nak dinyahkan dari badan aku.Tak sanggup aku nak telan banyak-banyak.Tapi kalau mak tau ni confirm-confirm kena paksa rela telan bendalah tu.Minta maaf banyak-banyaklah ibunda.Nanti anakanda dah lega dari gering yang sedikit cuma ni.Bukan maksud anakanda nak derhaka.Tapi terpaksa…

Pang!!!

“Aulia!!”

**************************************************************************


“..berapa lama dah dia demam?..”

“..tak pasti.Tapi semalam ok lagi rasanya..”

“..awak siapa? Roommate dia..?”

 “..tak..Classmate dia.Tapi bilik kami bersebelahan.Sebab tu tadi..”

Beberapa suara kedengaran sayup-sayup.Mata dipaksa untuk mencelik.Kepala berat sungguh-sungguh.Sampai boleh bayangkanla kalau berjalan sekarang confirm kaki di kepala dan kepala di kaki.Apa pasal kronik sangat ni?

“Haa.Tu dia dah sedar.”

Puan Hariah penyelia Aspuri menghampiri Aulia.Diana mengekorinya dari belakang.

Aulia berusaha untuk bangun.Diana lantas menahan Aulia.

“Awak tau tak awak baru lepas pengsan?Udahla demam,tu kepala tu dah injured.Nasib baik tak kena jahit ke apa.”

Mak cik ni membebel kalah mak cik aku kat rumah pulak.

“Macam mana aku boleh pengsan?”

Aulia meraba-raba kepalanya yang dah berbalut.Nasib baik zon larangan lelaki.Tudung dah tersidai tepi singki.Erk..Ada darah.



“Aaa!!!Buka mulut.Sedap ni bubur nasi kefe.”

Diana menyuakan sudu yang berisi itu kepada Aulia.

“We call it ‘moy’.Ok?”

Aulia mengambil sudu itu lalu menyuap ke mulutnya sendiri.

“Thanks belikan.Memang aku lapar pun.Story kat aku sat apa jadi kat aku pagi tadi?”

Laju Aulia menjamah bubur nasi itu.

“You mean apa yang terjadi kat kita? Ok.Saya keluar dari bilik and nampak awak jalan sensorang.Tetiba awak jalan macam ketam ke tepi dinding.Tepi dinding tu ada peti pili bomba.Baru ja saya nak jerit panggil panggil awak then bang!! Kepala awak dah selamat mendarat kat peti tu.Dah tu awak pun nak fly to the floor lah kot.Tapi silap bajet tempat.Depan awak tangga tau tak.Saya dengan segenap kudrat berlari untuk dapatkan awak.Dan Alhamdulillah.Awak selamat.Amacam? Macam Clover Totally Spies tak?”

Diana tersengih sambil mengangkat kening.

“Ek eleh.Kalau setakat rambut tu boleh tahanla sama kot.Hang teringin nak jadi tergedik-gedik macam dia?”

Diana sudah menjelir lidah.

“Saya  penyelamat awak tau..  Hemmpp”

Muka nak merajuk tak merajuk ja aku tengok.

“Ok.Ok.My mistake.By the way.Deep down inside @ from the bottom of my heart..Thanks a lot Diana.I  owe you big one.”

Diana mengukir senyuman.

“Tau pun.”

“Eh hang tau ka gedik tu apa?” Aulia bertanya untuk menguji.

“Taula!! Ingat saya ni tak faham sangat?”

“Haha.Kut-kutla..Wei.Hang memang jaga language tahap gaban ka sebab kekok dengan aku? Dengan Shika boleh ja beraku-kau.”

“Hihi.Ntah.Sebab terlebih respek kot.Awak pakai tudung labuh.Budak sekolah agama kan baik sopan santun sikit.Takutla saya nak redah ja.”

“Mana adanya aku sekolah agama dulu?Aku sekolah biasa ja.Tapi still beragamala.Hang?”

“Ya ek?Mati-mati aku..Ops..Saya ingat awak sekolah agama dulu.Saya budak sekolah ala-ala English style and all girls.”

“Haa.Kan dah tersasul..Tukar bahasa.Bukannya aku suruh hang panggil aku princess,honey,darling or sweetheart pun.”

“Ok.Ok.Aku..Tapi tak reti sebut kau..”

“Alaa..Hang ni..”

“Ok.Ok.Aku try slow-slow ek.Hehehe.”

Burung-burung yang mengintai di dahan pokok di luar jendela menjadi saksi.The ice is breaking.

No comments:

Post a Comment