Mesej-mesej dari rakan yang lain juga diterimanya sejak malam semalam lagi.Walau tidak daripada semua rakan-rakannya dia tetap bersyukur.Dia sudah boleh terima hakikat.Bukan semua orang akan selalu berada di sisi.Cuma dia susah untuk menerima hakikat di mana mereka yang dahulunya agak rapat tetapi semakin renggang.Masa dan keadaan dapat mengubah segala sesuatu.
“One day you will go away like others too Ikin. Don’t you?”
Aulia membalas mesej itu.
“Thanks.May Allah bless you always.Love n miss you always.”
Aulia
0132456789
Ikin teman yang baik.Pendengar yang baik.Tetapi masa mereka bersama tidak selama yang dijangka. Ikin melanjutkan pelajaran di tempat yang berbeza dengan Aulia.Mungkin kerana itu,mereka terpaksa berpisah. Aulia salah seorang yang banyak memberikan semangat untuk Ikin meneruskan pelajarannya di tempat yang baru. Aulia yakin Ikin mampu menghadapi cabaran baru walau tiada teman di sisi. Tetapi Aulia tidak sedar bahawa dia yang perlukan Ikin dalam membentuk Aulia Syazwanie Qistina bt Amran yang baru.
****************************************************************
Segalanya bermula sewaktu Aulia mengikuti Kem Muslim Profesional anjuran kolej yang berdekatan dengan rumahnya.Kem itulah yang membina jati diri seorang Aulia yang baru.
“Alabapak.Semua kakak-kakak fasi pakai tudung labuh? Aku yang kira habis baik mai sini pakai baju kurung pun ada yang lagi hyper dari aku.Aku salah join program tak.Mak cakap macam Summer camp ja.Haru biru betul.Dah la sorang-sorang.”
Aulia bermonolog dalam hati.
Setelah semua mendaftarkan diri,peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Aktiviti kem pun bermula.
“Assalamualaikum.Kita taa’ruf dulu ya? Ok nama ana Ainatul Mardhiah bt Yusuf. Boleh panggil Kak Natul. Enti yang sebelah kanan ana mula?”
Ada tujuh orang peserta dalam kumpulan itu termasuk Aulia. Mereka ialah;
Farah An-Nur bt Abu Aman - Farah
Intan Suhaila bt Mohd Suhail - Intan
Ayshah Zafirah bt Ahmad Lutfi – Ayshah
Anis Syafiqah bt Rosman – Anis
Alya Batrisya bt Rosman – Alya
Nur Huda Adila bt Ahmad Soffi – Huda
Dan..
Aulia Syazwanie Qistina bt Amran – Aulia
“Terima kasih atas kerjasama semua.Kak Natul diberi amanat sebagai fasi kumpulan ini insyaAllah akan menjalankan tugas semampu yang mungkin.Harap adik-adik dapat memberi kerjasama ya? Em..rasanya tak ada masalah panggil ana akak sebab adik-adik peserta program ini semuanya baru 18 tahun.”
Kak Natul tersenyum manis.Ada lesung pipit di pipi kirinya. Teringat Ikin.
Ikin..kan best kalau dia ada sekali.Aulia bermonolog dalam hati.Kem terakhir yang Aulia ikuti adalah Kem Unit Beruniform peringkat Kebangsaan.Itu pun Ikin ada sekali.Di sana juga dia mengenali seorang rakan.Di sana juga Aulia mengenali seorang insan asing yang memberi kesan dalam hidupnya.
salam... adakah awak mmg kenal saudari ayshah zafirah? Saya sedang mencarinya...
ReplyDeleteyup..
ReplyDeletemy xsenior..
mmg dya g mrsm lgkawi klo xclap
msa form 4..