Monday, May 2, 2011

Aku dan Dia (1)


1

“Apa masalah awak?”


Diana memecahkan sunyi antara mereka. Aulia tetap diam memandang langit. Slumber badak betul budak ni. Mentang-mentang gelap kat sini. Slumber don’t-know ja kau terlentang kat padang ragbi ni ya Aulia. Diana bermonolog dalam hati.


“Eh tak kotor ke tudung awak tu? Udahla labuh.”


Mata Aulia tetap pada bintang.


“Tak pa.Bukan nak pakai solat.”


Pendek Aulia menjawab.


“Eh hang tak pi join yang lain? Licin makanan orang sapu kang. Salah aku pulak ajak hang lepak sini.Dah..pi kat depa tuh”


Laju mulut Aulia berbicara.


Isyh budak ni.Pakai main sedap hati ja suruh aku blah.Aku tinggal betul-betul baru tau.Hmm..Diana sudah terlentok di atas lututnya sendiri.Aulia ni kenapa ek? Tengok cara macam tak ada apa-apa masalah.Masalah famili? Kan selalu ja dengar dia sembang dengan mak  bapak dia.Paling lama pun dalam 3 hari sekali mesti dengar.Ada penyakit? Tak perasan pula aku. Makan ja semua benda aku bagi sepanjang 3 bulan ni.Masalah boyfriend? Ehehe. Tak payah tengok tudung lagi pun dah boleh tau macam mana  keadaan dia bila berada dalam kalangan lelaki.


Orang cakap dia ada keluarkan aura yang hanya boleh dirasai lelaki.Aura apa? Aku tak pasti. Tapi boleh nampak la.Buaya darat pun boleh terjun ke laut.Punyala nak lari dari terkena aura  si Aulia ni.Untuk mendapatkan maklumat yang sahih,aku sendiri pernah tanya dia.


“Awak anti lelaki ke Aulia?”


Aulia terus menjawab, “Apa ingat aku nak Nabi Muhammad SAW tak mengaku aku umat?”


Termaktublah bahawa bukan kes lelaki.Habis..Apa kenanya dengan Aulia Syazwanie Qistina Binti Amran? Tak pun memang spesies pendiam agaknya. Hii.. Buang tabiat apa kalau cakap orang macam ni pendiam. Budak Aulia ni sekali buka mulut,ibarat peluru mencurah-curah keluar dari mulut dia.


Aulia bangun sambil menghadap betul-betul  hadapan muka Diana.


 “Diana Elleanie Safira Binti Fauzi.Dah puas merenung aku? Aku spesies suka patahkan hati orang.But I still give you a chance if you want. ”


Aulia mengenyit mata nakal.Diana sudah terlopong.


“Dah. Malas nak main.Aku lapar.Jom ikut kalau nak.”


Aulia berkata sebelum berlalu pergi. Kan aku dah kata.. She’s unique.Haa..that’s the only word suit her well. “Syazwan! Wait for me.Lapar jugak!!”


Jamuan makan malam B2P2 kelas Sains Hayat di Kolej Sultan Mansur Shah  berlangsung dengan meriahnya.Jamuan yang diadakan untuk meraikan kejayaan kelas mereka dalam projek Sains peringkat kolej sengaja diadakan pada malam hari dan diadakan di padang ragbi.Siapa yang bertanggungjawab memberikan  idea  masa dan tempat? Aulia.

No comments:

Post a Comment