Saturday, May 28, 2011

Aku dan Dia (6-v)


Mereka berhati-hati menggelongsor menuruni lereng bukit yang agak curam itu.Aifa memegang lampu suluh di tangan kirinya.Tangan kanannya memaut tangan Aulia.Sebelah tangan Aulia memegang tali sebagai penanda arah.Dia berdoa supaya Fatehah selamat.Hanya sekali dia mendengar jeritan Fatehah.Sampai sekarang diam menyepi.Hisy..Mana Fatehah ni.

“Nampak Fatehah tak Aifa?”

Badan mereka makin menggelongsor ke bawah.

“Tak.”

“Kita jerit jom”

“Fatehah!!”

“Fatehah!!”

“Fatehah!!”

“Haa..Tu Aulia,yang dekat tepi dahan tu.”

Aulia mengecilkan kelopak mata.Memanglah dugaan.Dahlah aku ni rabun malam.Baju pulak warna dah ala-ala daun pokok.Aulia bergerak ke arah dahan itu.

“Fatehah.”

Fatehah menoleh ke atas.

“Aulia!! Selamatkan orang!!”

Teriak Fatehah.

“Ya.Saya dengan Aifa ni.Kami datang ni.”

Sampai sahaja di sisi Fatehah,Aulia memberi tali kepada Aifa.Keadaan agak stabil.Nasib baik ada dahan tu.Kalau tidak..Entah ke mana Fatehah ni agaknya.Aulia menyentuh bahu Fatehah.

“Awak Ok?”

“Aulia!”

Terus Fatehah mendakap erat Aulia.

“Orang takut.Orang ingat orang dah kena tinggal.Orang dah tak boleh balik.Orang takut..Kaki orang sakit..ahhaa..”

“Dah..dah..Awak dah selamat.Kami bawa awak naik atas ek.Dah..Jangan meraung.Kang dengar dek kadet-kadet lain kat atas tu.”

“Orang takut.Orang ingat mak..”

“Ok.Ok.Jom kita naik atas dulu.Kita kena ke check point last ni kan.”

Aulia dan Aifa membawa Fatehah bersama mereka ke tempat asal.



“Kadet bersedia! Kita teruskan perjalanan!”

Penghulu memberi arahan.

“Fatehah,kalau kaki sakit sangat bagitau.”

“Ok.Aulia..”

“Em?”

“Terima kasih.”

“No hal.”

“Aulia.Orang tengah senyum.”

“So what?”

“Awak baik.Orang rasa best.”

“Orang lain pun buat macam tu la.Kalau saya tak tolong awak siapa lagi?”

“Ek eleh.”

“Yala terfikir jugak.Kalau kawan saya jadi macam awak tadi dan waktu tu saya takda sebelah dia mesti ada 
orang yang akan tolong dia jugak kan.”

“Ok.Ok.Maksudnya awak nak cakap awak ganti tempat kawan orang lah ni?”

“Apa pulak..Habis tu saya ni siapa kalau bukan kawan awak?”

“Hmm..another best friend?”

“Haa? Second class la neh?”

“Yeah! So?”

“Saya tinggal awak kat sini.”

“Aulia!.”

“Kadet! Diam sikit!”

Tok Penghulu menjalankan tugas.

“Penghulu dah marah.Awak punya pasal la Aulia.

“Nak kena baling kat bawah gaung tu lagi?”

Aulia membeliakkan mata dalam gelap.

“Ishh..Garangnya mak cik.Ni mesti mata awak tengah membulatkan? Macam bulan purnama tu.”

“Mengata.”

“Yala.Dah betul.”

“Saya tak suka bulan.”

“Orang suka jugak.Tapi boleh la orang nak cakap orang lagi suka mata awak sebab..”

“Sebab?”

“Awak selamatkan orang malam ni.Hehe.”

“Ek eleh.”

“Alaa..Ok.Ok.Orang doakan awak dapat apa yang awak nak.”

“Amin.”

“Awak selamat dunia akhirat.Kalau nanti awak jatuh ada orang akan selamatkan awak.”

“Amin.Eh Fatehah..Doa dalam hati cukuplah.”

“Lagi satu! Lagi satu! Moga awak dapat kahwin dengan Mr Right merangkap first love awak!”

“Ai..Ni dah lebih.”

“Hehehe..Aminkanla sekali..”

“Tak da maknanya.Mr Right konon.”

“Ada maknanya.Hehehe.”

Aulia memapah Fatehah sepanjang perjalanan mereka ke check point terakhir malam itu.


No comments:

Post a Comment