Friday, May 6, 2011

Aku dan Dia (3-iii)



Aktiviti program berjalan dengan lancarnya.Hari demi hari,banyak ilmu yang Aulia peroleh. Pertama kali dalam hidupnya,dia merasakan begitu luasnya amanah seorang hamba dan khalifah itu sendiri.Kem Muslim Professional ini banyak merujuk buku karya Fathi Yakan yang berjudul

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Antara isi kandungan buku tersebut ialah;

1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.
2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.
3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.
4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.
5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.
6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.

Aulia seringkali tunduk memandang catatannya dengan pandangan kosong.Baginya input sebegini amat berat dan mengambil masa untuk dihadamnya.Mujurlah Kak Natul memahami dan sering bertanya pada adik-adik kumpulannya setiap kali mereka mengadakan liqa’.


Pernah juga Intan dan Ayshah,ahli kumpulannya bertanya pada Kak Natul,

“Kak Natul,kenapa perlu kita ambil tahu ilmu Islam sedalam-dalamnya?Bukan ka ilmu ni untuk ustaz atau ustazah saja?” Intan menyuarakan pertanyaan.

“Betul tu kak.Berdosa ka kalau kita tak ambil tahu banyak-banyak? Tak cukup ka dengan mengucap,semayang,puasa,zakat dan pergi haji?” Ayshah laju bertanya.

Kak Natul tersenyum dan menjawab,

“Akak suka bila orang bertanya ni.Bila bertanya maksudnya dia berfikir.Ok,betul cakap Ayshah tu tadi.Jika seseorang itu patuh pada Rukun Islam maka insyaALLAH sahlah dia itu Muslim.Kalau dah rakan baik tu,soalan pun bersangkut paut ya?"

 "Intan tanya kenapa kita perlu mendalami Ilmu Islam? Sedangkan jika kita buat mengikut rukun Islam itupun dah cukup membuktikan bahawa kita ini umat Islam.Tetapi adakah kita betul-betul faham apa itu Islam dan kenapa kita memeluk Islam?Kita kena faham dik.Kita Islam bukan sebab warisan dan juga bukan sebab suka-suka.Tak lain tak bukan sebab rela.Untuk itu semua umat Islam seharusnya ada kesedaran untuk memahami kenapa dia itu seorang Islam.That’s why ilmu-ilmu ni not just valid for ustaz or ustazah only dear."

"Dan lagi satu berdosa tak kita kalau kita tak mendalami ilmu Islam?Hmm..Adik-adik,dosa dan pahala itu hak mutlak Allah.Hanya Allah saja yang berhak mengadili dan menghukum kita hamba-hambaNya ini.Jika kita diberi pilihan untuk menjadi yang lebih baik,kenapa menolaknya? Umat Islam yang cemerlang akan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.”

Aulia mengangguk tanda faham.Sejujurnya soalan-solan itulah yang sering bermain di fikiran semasa dia menghadiri kuliah ilmu tadi.Mungkin perkara ini tidak menjadi masalah bagi Alya, Anis dan Huda kerana mereka bekas pelajar sekolah agama. Farah pula ayah dan ibunya pensyarah agama kolej yang menganjurkan kem ini.Hanya Aulia,Intan dan Ayshah sahaja bekas pelajar sekolah biasa.

Kemuncak pengislahan dirinya pada suatu pagi selepas solat Dhuha.

“Kak Natul,tutup aurat tu means that kena pakai tudung labuh?” Aulia bertanya.

“Isyh.Mana ada.Ada ja orang Arab pakai selendang besar yang dililit kemas melebihi paras dada dan tak jarang.Still tutup aurat kan?Lagi satu bukan pakai tudung labuh tu dah dikira tutup aurat.Tu ha kaki tu.Tangan tu.Kena tutup juga.”

“Contoh? Sorryla akak.Saya memang first time terbuka minda bab-bab ni.Saya ingat pakai baju kurung takpun baju t shirt long sleeves dah dikira standard tutup aurat.”

“Hmm.Takpa.Akak suka orang yang berkehendak nak belajar ni.Asalkan ada amal selepas ni.Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah.

Ok let’s take a look.Pakai baju kurung dah cantik dah.Tak jarang dan tak ikut bentuk badan.Tapi kena tambah aksesori lain lagi.Tangan baju dah panjang.Tapi sekali angkat kan dah nampak kulit.So kenalah beli handsock.Kaki pun kenala pakai stoking yang tak jarang.Takkan nak pakai waktu pi sekolah ja.Waktu pi pasar pun kenalah pakai.Bukan semua pak cik jual ikan tu adik beradik mak kita kan? So kena jaga aurat even kaki.Tudung adik,selagi labuh melebihi paras dada tak jadi masalah.Tapi adik kena tengok pula jarang tak tudung tu.Kalau jarang pakailah inner tudung.Islam agama yang mudah dik.Tapi kita tak boleh mempermudahkannya.”

Ouch! Terkena atas batang hidung.Aku tak sedar pun selama ni pakai stoking waktu pi sekolah ja. Kena take action ni.. Aulia bermonolog.

“Terima kasih akak.Saya memang tak sedar benda-benda ni semua dulu.Biasalah kami budak sekolah SMK takda A terselit sama ni susahlah nak dapat pengisian macam ni selalu.”

“Sama-sama.Akak faham.Akak yang sekolah agama ni pun ingat senang nak istiqomah pakai tudung labuh lepas keluar sekolah? Tambah pula masa baru masuk tempat baru tak semua pakai tudung labuh.Macam-macam perasaan ada dik.Tapi Alhamdulillah.Allah ikat hati ni lagi.Berdoalah kepada Allah agar hati kita sentiasa setia melakukan kebaikan.”

“Kak Natul ni baiklah.Thanks eak.” Kata Aulia sambil tersenyum memuji.

“Mana ada.” Kak Natul sudah menjeling manja.

“Kak Natul baiklah.Akak cool.Sopan and sweet.Manisnya..”

“Isy budak ni.Lebih-lebih pulak.Jangan nak bodek akak eh.”

“Tak.Orang cakap betul.Akak baik.Swear!”

Dah gaya orang angkat sumpah jadinya si Aulia.

“Ok.Ok.Sebab Aulia budak baik.Sebab tu Kak Natul baik.Puas hati?”

Aulia dah memuncung.Dia meraih tangan Kak Natul dan disalaminya.

“Dahlah orang p dulu.Kelas dah nak mula.”

Selepas melagakan pipinya dengan pipi Kak Natul terus dia berlalu.

Ainatul tersenyum. “Budak manja.”

Selepas dari detik itu,Aulia amat menjaga aurat semampunya.Dia berhasrat untuk menambahkan jumlah stoking tangan dan kakinya.Nasib baik baju-bajunya semua long-sleeves.Hand socknya yang pertama sangat istimewa kerana hadiah dari Kak Natul.Ada sentimental value tu.Tudung labuh?Not the time yet.

“Salam.Kawan-kawanku sekalian.Rindunya kat semua!!Aku still kat kem.Lama gila kan aku kat sini?Masa first time kat sini dulu memang rasa nak balik ja.Kat sini tak da la hutan sangat tapi memang aku tak taula nak ikut jalan mana kalau nak fly balik pun.Huhu.Ni aku nak tanya sikit.Apa pasal handset aku setiap kali aku dapat 3 hari sekali takda mesej pun. Ikin,Nad,Dilla,Mir,Tora,Kir, Nana,Nia!! Mana hampa semua pi ni?”

Mesej diforwardkan kepada semua nama-nama yang telah disebutkan. 2 delivered,3 pending dan 3 not delivered. Aulia berasa tidak tenang. “They’ll never forget me right?” Dia mengangguk sendiri.
Handphone berdering.

“Assalamualaikum.Mak..Acik sihat.Macam biasa ja kat sini.Mak macam mana?Mak sure rindu acik kan even setiap hari kita bercakap? Hehe..”

Ainatul memandang Aulia di balik tirai tingkap.

“Budak ni peramah.Tapi macam keseorangan juga.Dia lagi mesra dengan aku berbanding ahli-ahli kumpulan lain.Sebab tak cukup partner tak?” Ainatul bertanya pada diri.

No comments:

Post a Comment