2
Esok ada kelas Agama,Koko,Bahasa Inggeris,Chemistry,Bio dan…end.Yes! Tak banyak homework kena buat.Nasiblah aku dah buat dah laju-laju masa dalam kuliah Fizik semalam.Eh kira baiklah kan daripada aku tidur meleleh air liur dalam dewan kuliah sejuk-sejuk tu.Huhu.Diana..Diana..Bila kau nak jadi baik? Diana menarik laci.Buku nota yang di atasnya tertulis D-E-S dikeluarkan.Diari barunya semenjak menjejakkan kaki di KSMS.
1st day in KSMS.
DES..aku ingat sensorang kat sini.Rupanya ada lagi 2 orang schoolmate aku tersesat datang sini jugak.Huhu.Memang kembang setaman la hati aku bila nampak ada jugak budak Methodist Girl School kat sini.Mana perginya ek budak-budak MGS? Semua dah menapak ke U ke? Orientasi boleh tahan tough.Naik sengal kaki aku.Tak kan nak merangkak naik blok kot.huhu.Roommate? Macam chipsmore.Kejap ada keja takder.Dia selalu lepak bilik member dia.
Sunyi? Naa..aku just terfikir.Bila aku boleh outing? Nak beli Klik and Rem baru.Ooh introducing to you..Rem a.k.a Remaja.Sini macam jauh dari mall.Am I will miss the latest movies? Eh Year End Sale pon belum tentu aku boleh catch up tau.Jeans yang dah lama aku nak tu tak dapat lagi.Wuuuaaaa!!! Eh kira Ok la aku tak macam perempuan-perempuan yang bergaya sakan tu.Simple and Sweet.hahaha.That’s me.
Diana tersenyum keseorangan.Ini cerita aku.Cerita orang sebelah macam mana pula? Orang sebelah? Macam seram saja bunyi.Isy Diana.Jangan mula cerita. Roommate kau tak tidur di bilik malam ni.Aulialah maksud aku.Aulia.Aulia.Aulia.Misteri sangat ke kau ni?Masa first day dulu aku tak perasan apa pun.Semuanya nampak normal saja. Ingat lagi..
“Aulia.Dari Kedah.” Aulia tersenyum sambil menyambut huluran tangan Diana.
“Oh.Saya Diana.Ipoh mali.Bilik kita bersebelahan.”
Genggaman tangan sudah dilepaskan.
“Saya tunggu mama dan papa pergi beli barang.Awak? Dah settle barang-barang? Mak ayah awak mana?” Diana bersuara.
“Tak settle lagi.Saja keluar sat.Ambil angin.Mak dengan abah dah balik.”Aulia membalas.
Mak ai.Boleh tahan pekat Kedah cheq no.Nasib baik aku selalu tengok tv.Boleh la tangkap lagi.Diana berbisik dalam hati.
“Awak kalau boring singgahlah bilik saya.Saya on ja bila orang ajak lepak.” Diana ikhlas mempelawa.
“Never give away the chance if you can’t give it till the end”
Senafas Aulia menuturkannya sambil menengadah ke langit.
“Apa awak cakap? Burung-burung tu bising sangat.Sorry tak jelas.”
Aulia tersenyum. “Tak da apa.Tak pa lah.Nak solat.Pi dulu.”
Aulia.Dia tersenyum manis di awal perkenalan kami.Tapi hari demi hari aku dapat merasai kelainannya.
“She got something in herself.It’s ok if tak nak share.But at least, let me be in? Can’t I?”
Tanpa sedar Diana menuturkannya.DES yang tiba-tiba terjatuh menyedarkan Diana dari lamunannya.
“Opocotot Tongkat Ali Kacip Fatimah!!”
Termelatah Dania dek kerana sebatang tubuh tegak berdiri bagai tiang lampu lebuhraya di sebelah.
Aulia tunduk mengambil DES dan menghulurkannya pada Diana.Diana menyambutnya dengan sebelah tangan.Sebelah lagi sedang mengurut dada.
“Thanks.Awak ni,kalau saya ada penyakit jantung macam mana?”
Tersemput-semput Diana mengeluarkan kata-kata.
“Sapa suruh mengelamun tak ingat dunia? Siap cakap sorang-sorang lagi.Aku pun terkejut hang tetiba
menjerit tak ketahuan punca.Kus semangat tau dak?” Aulia membalas.
“Aulia Syazwanie Qistina? Awak pun penakut ke? Hehe.Ingat gaya gangster macam awak hati tak cepat gemuruh.” Diana senyum menyakat.
Aulia hanya diam membisu.Tangannya menyelak langsir kamar.Benda yang dicari tiada.
“Takde bintang malam ni.Kan nak hujan.” Kata Diana sambil berlalu ke katilnya.
“Takpalah.Aku balik dulu.” Aulia terus berjalan menuju ke pintu.
“Eh datang sini nak apa sebenarnya?” Dania kehairanan.
“Cari bintang.” Aulia menjawab sepatah dan terus berlalu.
Kan aku dah kata..
No comments:
Post a Comment