Friday, May 20, 2011

..::kebangkitan Islam::..

Intipati & intisari ceramah dr Ustz. Tuan Ibrahim Tuan Man~



=> Pertama sekali umat Islam harus sentiasa sedar & bersyukur nikmat masa yg Allah beri..
(Allah bkn saja2 nak hidupkan kita..)

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
(Adz Dzaariyaat:56)

=> 2 jenis sibuk yg kita lakukan dlm kehidupan..sibuk hal dunia @sibuk hal akhirat..
(pandai2la pilih nak sibuk yg mana..diri sendiri pilih..nak rugi @ untung..)

=> Kelebihan masjid berbanding bangunan ciptaan manusia yg lain ; boleh niat iktikaf.
(ustaz tu kata besar & hebat mana sekalipun bangunan tu tetap x boleh nak niat iktikaf. di balai rong seri? di dewan parlimen? di auditorium perdana? no.no.no..)

=> Nabi saw pernah berkata ; " Kalau aku hidup satu hari,sedangkan hari yang aku hidup x bertambah sebarang ilmu pun yang dekatkan aku dengan Allah,maka tiada berkat & faedah langsung matahari terbit pada hari itu."
(Nabi saw..manusia yg dijanjikan syurga..yg paling dekat dengan Allah pun still ckp mcm tu..aku? )

=> Islam agama Allah.Hak Allah utk memilih sesiapa shj utk mnjadi muslim.Tugas seorang muslim utk berdakwah kpd muslim yg lain.
(Nabi terus berdakwah kerana kasih kpd umat.Baginda tak rugi apa pun jika orang menolak Islam.Sebaliknya orang itu sendiri yg menanggung rugi yg tak bertepi..kan akhirat itu kekal..)

=> Manusia yg celik agama(mengetahui kebenaran,arahan & isi kandung Al Quran) wajib berdakwah kpd orang lain.
(Dugaan tu memang ada..tp xsehebat dugaan Nabi Nuh.Berdakwah selama 950 thn..hanya 80 org yg beriman..lama tu..)


=> Nabi saw pernah bersabda; "Takkan berlaku kiamat selagi Islam tak menguasai Rome."
(sebelah sana Islam makin berkembang maju..maju dlm erti kata Islam yg sebenar..di mana semakin ramai yg memeluk Islam..dan meletakkan Allah di dalam hati..)

=> Sabda Nabi saw; "Takkan berlaku kiamat sehingga matahari terbit dari arah barat dan tenggelam timur."
(ustaz cakap ada ulama' berpendapat matahari itu cahaya.Yakni kebangkitan Islam dari wilayah barat.Pendapat ini berpandukan mimpi Aminah bonda Nabi saw yg menyatakan cahaya keluar dr rumahnya.Kisahnya sekarang,memang ramai orang barat berlumba-lumba memeluk Islam.Tp di sebelah kita? negara kita?)


hakikatnya..Islam tetap akan bangkit semula..

pilihan yg ada;

1.nak tunggu tengok saja n join the party at the end.(tumpang smgkuk lps Islam dah menang..yala aku pun Islam gakkan..)
2.nak melibatkan diri utk berusaha sekali.(bukti cinta kpd Illahi)



No comments:

Post a Comment