Thursday, May 19, 2011

Aku dan Dia (6-i)

6
“Skuad! Skuad..!!  Sedia! Bergerak ke kiri bertiga-tiga!! Ke kiri..Pusing!! Dari kiri..Cepat jalan!!”

Arahan diberikan oleh ketua kontigen itu bergema di seluruh tapak perkhemahan.

“Aulia.Kita kena berpecah.Kem komandan bagi arahan tadi.”

Ikin memberitahu Aulia.

“Alaa..Ni yang tak best ni.”

“Nak buat macam mana.Dah arahan.”


“Kontijen Kadet Pertahan Awam negeri Perlis! Siap sedia untuk diberi kumpulan! Jadikan 1 barisan! Gerak!”

Satu barisan panjang dibentuk.

“Dari kiri!! Nombor!!”

“1! 2! 3!................28! 29! 30!”

Para kadet bertindak mengikut arahan.

“Yang genap 1 langkah ke hadapan!Yang ganjil 1 langkah ke belakang! Gerak!”

“Genap bergerak ke kiri! Ganjil bergerak ke kanan! Cepat gerak!”

Aulia berada di kumpulannya.Matanya melilau sekeliling.Ditolehnya ke belakang.Ikin berada di kumpulan yang lain.Ada Mir dalam kumpulan tu.Okeylah tu.Sekurang-kurangnya dia ada Mir.Aku?

Takpa.Relaks ja.Aku bolehlah..

“Ok.Kita akan menjalani night-walking sebagai aktiviti pertama kita.Sekarang kita pergi makan 
dulu.Diingatkan.Anda hanya boleh bersama dengan ahli kumpulan anda sepanjang kem ini berlangsung.Waktu lain seperti solat dan tidur anda boleh bersama dengan rakan kontijen anda.”


Tuan Hamdan memberi taklimat.Boleh dikira sebagai arahanlah tu.Suara boleh terpengsan burung atas pokok tu dengar.Nasib baik aku dah pernah pergi kem macam ni dulu.Masa mula-mula kecutlah juga.Rasa hilang sabar pun ada.Mak abah aku pun tak pernah tengking,jerit dan seumpama dengannya tanpa usul periksa.Yalah,nak panggil orang makan pun macam nak halau penyangak.Protokol-protokol.Tapi tak kanlah sampai hilang budi bahasa.

“Eh awak baca novel tu jugak? Orang suka giler novel tu. Sedap berkrim disukai ramai.Memang cayalah penulis tu.Pak cik Habiburrahman memang pandai buat jalan cerita.”

Aulia memasang telinga.Dia cerita pasal novel En Abik? Aishhy..Tak boleh jadi ni.Kena tumpang semangkuk.

“Err..Cakap pasal novel-novel Habiburrahman El Shirazy ek?”

Si penceloteh itu tadi memandang Aulia.Tiba-tiba dia mengukirkan senyuman bahagia.

“Kenal jugak eh? Orang paling suka Ayat-Ayat cinta.Cerpen Di Atas Sajadah Cinta pun best!”

“Eh samalah.Suka jugak Ayat-Ayat Cinta.Tapi cerpen tu tak pernah tau pun.Huhu.”

“Oh nanti orang ceritakan.Dah banyak kali khatam cerpen tu.Hehe.Oh ya.Nama awak? Orang Fatehah.”

“Panggil ja Aulia.”

Mereka berjabat salam.Satu lagi tali silaturrahim bersambung.

No comments:

Post a Comment