3
Jam menunjukkan 5.30 pagi.Aulia sudah terduduk di atas katilnya.
“Aku perlukan kekuatan.” Bisik Aulia.
Selesai solat-solat sunat, Aulia memegang Al Quran tafsirnya.Dia terus mentadabbur isi Surah Al Baqarah itu dengan khusyuknya.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Al Baqarah: 216
Dibacanya berkali-kali ayat yang memberi kekuatan padanya.Air mata jatuh ke pipi.
“Ya Allah.Dakaplah aku erat-erat.Peluklah aku kuat-kuat.Amin.”
Selesai solat Subuh,Aulia terus menghadap laptop kesayangannya.Dia meneruskan rutinnya iaitu menulis atau lebih tepat lagi meluahkan isi hati.Aulia seorang yang gemar bercerita.Tetapi kerana berlaku sesuatu dalam hidupnya,dia memilih untuk tidak bercerita kepada manusia.Laptopnya bagaikan teman dan juga tempat untuknya bercerita.Baginya laptopnya bukan sekadar diari malah rakan karibnya.
Selesai menulis,Aulia membuka fail PolarisStar yang mana isinya hanyalah gambar semata-mata.Aulia tak pernah merasa kejauhan daripada keluarganya.Tersenyum dia melihat keletah dia dan sepupunya.Gambar itu diambil sewaktu Aidilfitri 2 tahun lepas di rumah Mak Teh.Matanya tertancap pada 1 lagi gambar yang ceria dengan senyuman pelajar-pelajar perempuan.Gambar graduasi sekolah menengah.Aulia juga turut berada di dalam foto itu.Lama Aulia merenung gambar itu.Bagaikan terngiang-ngiang di telinganya.
“Aulia! Bangunla.3 kali dah aku goyang badan hang ni.Bila nak bangun? Toilet penuh sat gi padan muka.” Ikin sudah hilang sabar.
“Aku bangun…terima kasih Ikin.” Aulia bergerak dengan malasnya.
“Kena sekali dengan Puan Sri Farah Asyikin baru nak bangun budak tu.Keh keh keh.”
Nadia ketawa mengejek.
“Diam la Nad.Iron baju elok-elok.Kang terbakar kena panggil bomba pulak”
Aulia terus hilang di balik pintu dorm.
Begitulah suasana di Dorm Jannatul Firdaus setiap pagi hari minggu.Mungkin kerana bukan hari persekolahan,pelajar-pelajar santai dengan aktiviti masing-masing sebelum rondaan pengawas asrama untuk meninjau kamar dan menjalankan “spot check” sekaligus.Pelajar bebas dengan aktiviti masing-masing menjelang jam 12 tengahari.Waktu itu jugalah pelajar perempuan dibenarkan keluar ke pekan.
Aulia masih lagi tanpa riak di wajahnya.Raut wajahnya tidak dihiasi senyuman seperti dalam gambar tersebut.Segalanya tinggal kenangan.Oleh kerana dia bersekolah di sekolah berasrama penuh,rata-rata pelajar datang dari pelbagai negeri.Rakan-rakannya kini bertebaran jauh di muka bumi Allah.Tiada seorang pun yang masih kekal di sisi.Tak kurang juga ada yang bertuah dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Aulia bersendirian tanpa teman.Yang sudah sepi makin sepi.Sekali lagi.
“Beep.”
1 Message received
“Biar kita jauh di mata.Namun dekat di hati.InsyaAllah.Happy b’day my fren. =) sory lambat wish.”
Ikin-cutestdimple
0123456789
No comments:
Post a Comment