Saturday, May 28, 2011

..::Wuduk ; Zahir & Batin::..

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air".

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
  1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
  2. Syurga di sebelah kananku,
  3. Neraka di sebelah kiriku,

  1. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
  2. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Aku dan Dia (7-ii)


Diana mengangkat kening sambil tersengih.

“Ouu-key.. share=caring”

“Share= love+hate”

“Love+hate=caring”

“Therefore: 2 possible outcomes”

“First one : Love= Caring-Hate -----------1”

“Second one : Hate=Caring-Love----------2”

Diana terdiam.

“So?”

“So,kalau first outcome yang jadi memang betul la heaven + sweet kau tu.Kalau yang 2nd? What if the hell 
and bitterness come out?”

“Eh apa kes pulak..”

“Cepat makan.Lab Chemy Miss Fatanah lepas ni.Berani lambat?”

Diana menarik tangan baju Aulia.

“Tak payah sibuk-sibuk kemas barang.Lab cancel.Kan Shika dah inform tadi.So that long story.Cerita.”

“No use.”

“Ceritala.”

“Ok aku pendekkan.Tak semestinya benda yang sweet tu akan forever sweet.Full stop.”

Diana memandang Aulia.Aulia memandang langit.Panas membahang betul tengahari ni.

“Baiklah cik Aulia Syazwanie Qistina.Maaf kerana mendesak.”

“Jom kita pergi library? Ada benda nak tunjuk.Hehe.”

Aulia hanya mengikut.Pelik aku.Diana ni kadang-kadang macam tak ada perasaan pun ada.Kutla dia nak rasa aku merajuk or need some space aka leave me alone so,you yourself better make a move on your own.Tangan aku jugak yang ditariknya.And how come she know that I will follow her? First time..Aku jumpa orang macam ni.But better no high expectation girl.Aulia bermonolog.




 LA TAHZAN (DON’T BE SAD)
-         DR. ‘AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI

Diana meletak buku itu di atas meja.

“Aku sure kau dah familiar dengan buku ni kan Aulia?”

“Pernah pegang.Tapi tak pernah beli.”

“Kenapa kau tak beli?”

“Bajet tak cukup.”

“Sebab yang lain?”

“Bila masa pulak aku bersedih?”

“Aku dah agak dah jawapan tu.”

“Don’t start it again.Talk like nanny.”

“Sakit jantung aku tau kalau kena jadi babysitter hang.”

“Siapa suruh jadi?”

“Ok.Ok.Back to the basic.Kau tak rasa ke hati kau tu tengah sedih?”

Aulia diam.

Jangan mulakan Diana.Jangan.For your sake.Jangan mulakan.Aulia berkata-kata dalam hati.

“Kau tak rasa ke kau tak happy dengan hidup kau sekarang?”

Aulia memandang kosong ke luar tingkap.

“You not even seek any hope everything.You not doing anything for your ownself.Is it worth it?”

Suasana diam seketika.Aulia memandang tepat ke mata Diana.

“Apa yang hang nampak?”

Aku nampak zombi berjalan.Tak pun bear emo yang hati terkeluar tu.Muka tak da seri langsung.Macam 
segunung masalah atas bahu.

Mata Diana berkelip-kelip.

“Aku nampak kau tak bagi diri kau peluang untuk jadi macam orang lain.”

“Jadi macam mana Diana?”

“Happy.”

“Aku happy dengan hidup aku.Dunia aku.”

“Ek?”

“Yes.”

“Tapi aku tak nampak pun.Aku just nampak aura kesedihan yang menyelubungi diri kau.”

Ok.Aku bersedia untuk dengar ayat ‘Mind your own bussiness’.Diana sudah memejam mata.


Diana.You shouldn’t do this.Payah kalau aku mula cerita.Ni apa kes main pejam-pejam mata pula ni.Apa obvious sangat ka aura kesedihan aku tu?

“So hang rasa apa patut aku buat nak bagi aura tu get lost?”

“Aaa? Em..Share? Spill?”

“Kan aku dah cakap tadi.Tak semua benda bila di-sharekan tu jadi baik.Senang cerita aku tak percaya la sharing is always caring.Not totally.”

“Ok..What about.Just spill?”

“Diana.That is the same thing.”

“Siapa aku pada kau?”

“Melankolik semacam.Jiran sebelah bilik.”

“That’s all?”

“Classmate.”

“Tu ja?”

“Nak lebih?Are you so sure?”

Aku dan Dia (7-i)

7

5 April 20**

Bulan depan birthday Fatehah.Hmm.Speechless.Don’t know what to do.

“Aulia! Roti telur dah sampai!”

Diana dah terjerit sambil menepuk tangan.Akula budak ni..Suka buat aksi berlebihan.Macamla baru first time nak makan roti tu.

“Aulia,kau tau tak?”

“Tak tau.”

“Ishh..Biarla aku cakap dulu.”

“Baik..Apa hang nak bagi tau?”

“Ni first time aku makan roti telur.Dulu aku tak pandai makan sangat segala benda yang ada dekat kedai 
ni.Huhu.”

“Oh..”

Patutla..Aulia menyambung dalam hati.

“Tapi..Aku suka makan kek coklat mama aku buat.”

“Aku pun suka.”

“Kadang-kadang aku letak milo atas kek tu.Sedap siot.”

Aulia terdiam.Ceh..Ada ja nak bagi aku teringat Fatehah balik.Hmm.

“Aulia..Ceritalah lagi.”

“Ada aku cerita apa-apa ka? Hang yang pot pet macam Kakak Tua.”

“Hihi.Apala.Kakak Tua tak pot pet la..”

“Banyak rahsia ek.Favourites pun tak boleh share.Kedekut.”

“Kalau aku cerita,so?”

“So? Ok.Kalau kau cerita,lepas tu kita suka benda yang sama.Then it must be heaven!”

“Heaven..lah..sangat..”

“Ok.Macam hiperbola sangat.It must be sweet!”

“Sweet?..3 saat sweet? Not worth it.”

“Apa hal pulak?”

“Long story.And aku malas nak make it short.So aku malas nak buka cerita.”

“Em,what if you derive it in a formula?”

..::solat::..

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yangbermaksud :

"Sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (TabyinulMahaarim)
 
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T,
antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
 
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
 
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
 
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
 
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
 
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
 
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
 
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
 
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
 
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
 
Hassan r.a berkata :

"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Aku dan Dia (6-v)


Mereka berhati-hati menggelongsor menuruni lereng bukit yang agak curam itu.Aifa memegang lampu suluh di tangan kirinya.Tangan kanannya memaut tangan Aulia.Sebelah tangan Aulia memegang tali sebagai penanda arah.Dia berdoa supaya Fatehah selamat.Hanya sekali dia mendengar jeritan Fatehah.Sampai sekarang diam menyepi.Hisy..Mana Fatehah ni.

“Nampak Fatehah tak Aifa?”

Badan mereka makin menggelongsor ke bawah.

“Tak.”

“Kita jerit jom”

“Fatehah!!”

“Fatehah!!”

“Fatehah!!”

“Haa..Tu Aulia,yang dekat tepi dahan tu.”

Aulia mengecilkan kelopak mata.Memanglah dugaan.Dahlah aku ni rabun malam.Baju pulak warna dah ala-ala daun pokok.Aulia bergerak ke arah dahan itu.

“Fatehah.”

Fatehah menoleh ke atas.

“Aulia!! Selamatkan orang!!”

Teriak Fatehah.

“Ya.Saya dengan Aifa ni.Kami datang ni.”

Sampai sahaja di sisi Fatehah,Aulia memberi tali kepada Aifa.Keadaan agak stabil.Nasib baik ada dahan tu.Kalau tidak..Entah ke mana Fatehah ni agaknya.Aulia menyentuh bahu Fatehah.

“Awak Ok?”

“Aulia!”

Terus Fatehah mendakap erat Aulia.

“Orang takut.Orang ingat orang dah kena tinggal.Orang dah tak boleh balik.Orang takut..Kaki orang sakit..ahhaa..”

“Dah..dah..Awak dah selamat.Kami bawa awak naik atas ek.Dah..Jangan meraung.Kang dengar dek kadet-kadet lain kat atas tu.”

“Orang takut.Orang ingat mak..”

“Ok.Ok.Jom kita naik atas dulu.Kita kena ke check point last ni kan.”

Aulia dan Aifa membawa Fatehah bersama mereka ke tempat asal.



“Kadet bersedia! Kita teruskan perjalanan!”

Penghulu memberi arahan.

“Fatehah,kalau kaki sakit sangat bagitau.”

“Ok.Aulia..”

“Em?”

“Terima kasih.”

“No hal.”

“Aulia.Orang tengah senyum.”

“So what?”

“Awak baik.Orang rasa best.”

“Orang lain pun buat macam tu la.Kalau saya tak tolong awak siapa lagi?”

“Ek eleh.”

“Yala terfikir jugak.Kalau kawan saya jadi macam awak tadi dan waktu tu saya takda sebelah dia mesti ada 
orang yang akan tolong dia jugak kan.”

“Ok.Ok.Maksudnya awak nak cakap awak ganti tempat kawan orang lah ni?”

“Apa pulak..Habis tu saya ni siapa kalau bukan kawan awak?”

“Hmm..another best friend?”

“Haa? Second class la neh?”

“Yeah! So?”

“Saya tinggal awak kat sini.”

“Aulia!.”

“Kadet! Diam sikit!”

Tok Penghulu menjalankan tugas.

“Penghulu dah marah.Awak punya pasal la Aulia.

“Nak kena baling kat bawah gaung tu lagi?”

Aulia membeliakkan mata dalam gelap.

“Ishh..Garangnya mak cik.Ni mesti mata awak tengah membulatkan? Macam bulan purnama tu.”

“Mengata.”

“Yala.Dah betul.”

“Saya tak suka bulan.”

“Orang suka jugak.Tapi boleh la orang nak cakap orang lagi suka mata awak sebab..”

“Sebab?”

“Awak selamatkan orang malam ni.Hehe.”

“Ek eleh.”

“Alaa..Ok.Ok.Orang doakan awak dapat apa yang awak nak.”

“Amin.”

“Awak selamat dunia akhirat.Kalau nanti awak jatuh ada orang akan selamatkan awak.”

“Amin.Eh Fatehah..Doa dalam hati cukuplah.”

“Lagi satu! Lagi satu! Moga awak dapat kahwin dengan Mr Right merangkap first love awak!”

“Ai..Ni dah lebih.”

“Hehehe..Aminkanla sekali..”

“Tak da maknanya.Mr Right konon.”

“Ada maknanya.Hehehe.”

Aulia memapah Fatehah sepanjang perjalanan mereka ke check point terakhir malam itu.


Aku dan Dia (6-iv)

“Kadet siap sedia!”

Penghulu memberi arahan.Mereka meneruskan perjalanan mereka ke check point seterusnya iaitu check point terakhir untuk malam itu.Kawasan yang berbukit bukau itu memerlukan nilai kosentrasi yang tinggi untuk dijelajahi.Tambahan pula untuk aktiviti pada sebelah malam hari.Kalau tak betul-betul fokus,akibatnya…

“Aaaaaaa!!”

Aulia menoleh pantas.

“Fatehah!”

“Tolong!”

Fatehah sudah tergelongsor di lereng bukit itu.

“Penghulu!! Ada kadet jatuh!”

Kadet-kadet yang lain melaung ke arah hadapan.

“Co-penghulu yang dibelakang sekali! Dengan arahan saya,on torchlight! Kadet-kadet yang lain diminta bertenang.”

Penghulu sudah bergerak ke arah Aulia.

“Siapa yang berada di depan dan belakang kadet tu?”

“Aulia,berada di depan.”

“Chong,berada di belakang.”

Hanya muka mereka disuluh dengan lampu suluh itu.

“Suluh kat bawah.”

Lampu suluh itu menerangi kawasan cerun itu.Aishh..Cepatlah tok penghulu oi.Kawan aku tu kat bawah.Aulia sudah tidak senang berdiri.

“Kena ada orang turun ni,dapatkan dia.”

Haa..Tau pun..

“Tapi..Kalau saya turun,dia perempuan.Ni susahnya kalau co-penghulu lelaki juga.”

“Saya turun.”

Satu nafas Aulia menuturkannya.

“Berani?”

Ai Tok Penghulu..Lain macam bunyi.

“Cepatlah.Lambat sampai check point last nanti.”

“Ok.Saya benarkan awak turun.Tapi kena ada seorang lagi kadet puteri yang ikut.”

Apa puteri-puteri? Cakap banyaklah Tok Penghulu ni.

“Saya Aifa.Saya akan turun sekali.”