Wednesday, August 3, 2011

..:: Ramadhan ::..

. . . ★
''''人
'(____)
. ┃口┃
. ┃口┃
. ┃口┃     ★
. ┃口┃     ''''人
. ┃口┃   '''''(_____)     . 人    
. ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人
. ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______​三
. ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ |
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ |
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ |
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ |
━━━( MARHABAN YAA RAMADHAN )━━━━


"Kedatanganmu dirindui, pemergianmu ditangisi"

Siapakah yg layak utk berkata sedemikian?

Semua orang layak sebenarnya.Tetapi mengikut nilai kefahaman masing-masing.
(Yalah, ahli-ahli ibadah rindukan ganjaranNya,mak cik-makcik rindu untung buat kueh,tailor-tailor rindu untung jahit baju,budak-budak pon rindu nk main mercun.)


Dalam Surah Al Waqiah ada menyebut 3 golongan manusia.

" dan kamu menjadi tiga golongan." (56:7)

" Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. "(56:8)

" Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu" (56:9)

" Dan orang-orang yang beriman paling dahulu" (56:10) [Muqorrobin-yg paling dekat dgn Allah]

Jadi apakah persiapan kita utk Ramadhan kali ini? Cukupkah persiapan itu?

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." (2:183)

Rendahkanlah hati serendahnya di bulan yang mulia ini.

Kita manusia biasa,tak perlu berlagak sombong.

Fitrah kita sebagai hamba iaitu lemah dan perlu bersandar kpd sesuatu.

Kita ada Tuan.Kembalilah kepadaNya dengan sebenar-benarnya.

Orang yg benar-benar berpuasa akan benar-benar merasai nikmat iman,nikmat ibadah.

Tahmidnya akan bertambah bersungguh-sungguh.Bagai satu rasa yang agung meresap masuk ke dalam jiwa.

MasyaAllah,di situlah kebesaran Allah yg dirasai segenap hatinya.

Ramadhan itu penuh dengan kemuliaan.

Setiap saat di sepanjang bulan ini,mintalah apa jua.InsyaAllah Allah dengan senangnya akan memakbulkan doa hambaNya yg ikhlas berpuasa keranaNya.Bukan kerana adat atau manusia.

Ramadhan bulan yg barakah.

Tidak ada bulan seperti bulan ini di mana seluruh umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan [fastabiqul khairat] hanya kerana Allah.

Sepatutnya,situasi dalam bulan Ramadhan itu berlaku sepanjang tahun.

Begitu juga hari Jumaat yg mulia.Sepatutnya setiap hari bagaikan hari Jumaat.
Barulah kita menjadi sebenar-benar mukmin sejati InsyaAllah.

Ramadhan ibarat tempoh masa yg diperlukan utk mengecas kembali iman.
1 bulan ini akan menghadapi 11 bulan yg bakal mendatang.

Mujahadah yg sebenar akan melahirkan iman yg benar.

Barulah Islam tak menjadi 2 alam.

Tegakkan yang haq,tumpaskan yang batil.

"Dan janganlah kamu campuradukkan yang hak dan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu sendiri mengetahuinya." (2: 42)

Kita dengan sendirinya akan ikut ajaran Islam.
Istiqomah akan menjadi darah daging.

Jadi,seharusnya kita kena didik sifat ikhlas dengan Allah.

Buat baik bukan pada bulan-bulan tertentu.

***

Akhlak dan iman umat Islam macam Yo-Yo.

Sekejap di bawah sekejap di atas.
Waktu bulan puasa solat sunatnya beriya-iya.[Masjid Khulafa' Ar-rasyidin-dalam kenangan]

Tapi waktu bulan tak puasa buat tak peduli saja.

Jangan nak kata penuh masjid buat solat sunat,solat fardhu pun belum tentu penuh sehari 5 kali.

Padahal sunat terawih itu sekadar sunat sahaja.Sunat yang rugi jika tidak dilaksanakan.

Tapi sayangnya,kita bersungguh-sungguh buat yg sunat tapi ala kadar yg fardhu.

Jangan dibuatnya pula ibadah sunat hanya utk dapatkan mood raya.

Renung kembali ibadah seharian kita.Koreksi diri.

***
Ramadhan sepatutnya kemuncak segala ibadah.

Ibadah yg telah lama diusahakan tapi dilipat gandakan pada bulan Ramadhan ini.

Tarbiyah dalam bulan yg mulia ini akan membentuk akhlak yang mantap.

Akhlak inilah yg kita akan bawa ke bulan yg lain.

Didik diri untuk istiqomah.

[Dah baik-baik tak mengumpat,mengutuk,dengki or khianat waktu bulan puasa..Kenapa tak teruskan saja ke bulan lain?]

..:: Hati itu Allah yg pegang ::..

Kata-kata As Syahid Imam Hassan Al Banna ;

"Jadilah kamu orang yg beribadat kerana Allah."

Mudah-mudahan,dengan keikhlasan yg tersemat di sanubari ini akan mengikat hati kita utk terus istiqomah.

Dalam surah Al Baqarah yg sudah disebutkan di atas Allah telah berfirman yg bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Maksudnya di sini, Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman utk berpuasa supaya kamu bertaqwa.
Formulanya jelas Iman+Puasa=Taqwa.

Untuk mencapai tahap taqwa,maka jelaslah di sini bahawa puasa yg diperintahkan bukan hanya lapar dan dahaga semata-mata.

Oleh itu,ambillah iktibar dari ayat suruhan Allah ini.

Di manakah tahap iman kita?

Di manakah tahap puasa kita?

Sejauh manakah lagi tahap iman kita utk mencapai taqwa?

***

Memtadabbur (baca dengan ertikata memahami) Al Quran merupakan satu ibadah yg dapat dilaksanakan sepanjang Ramadhan.

Pastikan kita tidak ketinggalan membaca doa khatam Al Quran yg mengandungi beberapa permohonan yg penting:

1.Memohon keberkatan atas usaha kita mentadabbur Al Quran
2.Memohon dosa-dosa kita yg tersilap tajwid semasa mentadabbur.
3.Memohon syafaat dari bacaan kita.
4.Memohon Al Quran menjadi peneman (Lelaki yg kacak) semasa di dalam kubur.

Orang yg benar-benar berpuasa akan menikmati 2 waktu yg sangat mengembirakan;
1.Waktu berbuka.[waktu azan & 1 Syawal]
2.Di hari akhirat.


Orang yg benar-benar ikhlas beribadat akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Antara doa Mua'dz bin Jabbar.

Ya Allah..
Bantuilah aku mengingatiMu
Bantuilah aku bersyukur padaMu
Bantuilah aku beribadat padaMu.

Istighfar-ibadat yg ringan tetapi ia antara zikir yg mustajab.

Kata Ibn Mas'ud; Orang yg rajin beristighfar jiwanya akan tenang.

Antara doa yg patut diamalkan semasa sujud ialah;
1.memohon dilindungi dari nafsu
2.doa yg tak diangkat.

Sedapkan makanan ketika berbuka juga sunat hukumnya.
Antara doa yg boleh diamalkan;

Sebelum berbuka : " Ya Allah Ya Azhim3x.Tiada Tuhan melainkan Engkau.Ampunkanlah 
                              dosa-dosaku kerana tiada kuasa utk mengampunkan melainkan Engkau yg 
                               Maha Pengampun."

Semasa berbuka : 
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah, berkatilah untuk kami dalam sesuatu yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dan jagalah kami dari azab neraka.

Selepas berbuka :
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : Ya Allah kerana Engkau aku telah berpuasa, kepada Engkau aku telah beriman, dan dengan rezki Engkau aku telah berbuka dengan rahmatMu, wahai sebaik-baik Pemberi Rahmat.


Intisari drpd Forum Ihya' Ramadhan 1432 H.[di kampung sebelah]

Antara ahli panelnya : 
Ust Sheikh Ahmad Faisol (Pegawai Agama Daerah  Kubang Pasu Kedah.)
Dr. Ridhuan Tee Abdullah (Pensyarah Kanan UPNM)
Ust Huzili (Pensyarah UNIMAP)


⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ

No comments:

Post a Comment