Monday, August 15, 2011

Aku dan Dia (24-iii)


Aulia tersenyum memandang kotak cantik di hadapannya.Isinya tafsir Al Quran dan sehelai tudung bidang 60.

Tudung berwarna merah gelap itu ditatapnya sekilas.

Warna yang senada dengan Tafsir Al Quran.Maksudnya tafsir kami sama warna sama saiz.

Diana pernah menyuarakan hasratnya untuk memakai tudung berbidang besar.

Ku harapkan hadiah hari lahirnya ini memberi seribu makna kepadanya.

Malam ni tak ada apa-apa aktiviti.Cadangnya,dia ingin berikan hadiah itu pada sebelah malam.
Esokkan cuti,kenapa nak sibuk-sibuk?

Sanah Helwah ya sohabati! Uhibbukifillah.


“Kakak.”

Puan Soffieya menarik tangan Diana.Tangan itu diusap dengan penuh kasih sayang.

Diana hanya diam memandang langit.

“Kakak..Kita balik rumah ye hari ni? Berapa minggu dah kakak tak balik.”

Diana mengalihkan pandangan.Dia menatap wajah Puan Soffieya.

“Tak pa la mama.Kakak tak terasa nak balik lagi.”

Tiada senyuman yang menyerikan wajahnya.

“Kakak jangan buat mama macam ni.Mama sedih tau.”

Air mata Puan Sofieya membasahi pipi.Mata Diana juga turut berkaca-kaca.Beban yang dirasakan itu sudah tak tertanggung lagi.Tangannya ditarik perlahan.

“Tak pa la ma..Mama balik dulu.Nanti kakak nak balik kakak call.”

Diana sudah bangun dari kerusi.Tangannya ditarik dari belakang.

“Mama nak kakak sentiasa ingat yang mama tetap sayang kakak sebagai anak sulung mama sampai bila-bila.Itu wasiat Marissa.Sahabat mama dunia akhirat insyaAllah.Ibu kandung Diana.”

Diana hanya diam menyepi dan  terus berlalu pergi.



Di belakang tiang,Aulia berdiri statik.Betul-betul terkejut.Susah nak percaya.


“Kau suka tak Aunty Marissa aku?”
“Macam Aunty Marissa cakap..”
“Aku suka Aunty Marissa.”
“Kalau arwah still hidup we may be best friend.”
“Mama aku cakap aku banyak resemble Aunty Marissa.”

Diana berjalan berseorangan di laluan aras bawah blok kediaman.Suasana sunyi sepi.Kaki yang sedang menapak terhenti.Badannya tersandar ke dindng.Tangannya menekup mulut menahan esak.Air mata sudah melimpah keluar dari takungannya.Dia melayan duka di hati di balik tiang itu.

Selang beberapa tiang,ada insan yang sedang memerhatikannya.Mulutnya jugak ditekup dengan tangan.Esak juga ditahan semampu yang boleh.Air mata yang hangat mengalir di pipi dibiarkannya.

“Ya Allah..Sahabat aku sedang bersedih  Ya Allah..Kuatkanlah dia..Apa lagi yang mampu
aku lakukan ?”

Lirih Aulia dalam doanya.

No comments:

Post a Comment