Sunday, August 14, 2011

Aku dan Dia (22-i)


“Berseimbangan” atau (ta-kaa ful) ialah dasar memelihara sesama sendiri supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar; oleh itu saudara-saudara hendaklah mengamalkan dasar “takaful” ini dengan cara yang bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menolong memikul bebanan sesama sendiri. 

Dasar “Berseimbangan” atau “takaful” ini merupakan tunjang iman dan inti-sari “ukhuwah” sejati. Untuk mengamalkan rukun “Berseimbangan” ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara
satu sama lain sedaya upaya. Perhatikan sabda Rasul:

Ertinya: (Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah
lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.)

Dalam suatu sabdanya yang lain, Rasul berkata yang ertinya: (Barang siapa memberi kesukaan
kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan
dengan syurga).

Aulia masih lagi seperti tadi.Jari telunjuknya laju meniti butang-butang kalkulator.Dahinya berkerut-kerut tanda tengah sibuk membanting otak memikir jalan kerja.

“Aulia, nak tanya.”

Masih tiada reaksi.

“Aulia aku rampas kalat tu kang.”

Aulia mengangkat kepala.

“Apanya?”

“Kiranya kalau buat don’t know dekat kawan merangkap sahabat tu..berdosala?”

“Apa yang hang paham dia tulis kat situ?”

“Improper.Ada hadis yang bermaksud orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain,ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.”

“So?”

“Ok.Menzalimi;Allah tak suka.”

“Tau pun.”

“Tapi…?”

“Menyakitkan hati orang? Melukakan hati orang? Tak jalankan kewajipan? Tak amanah jaga ukhwah?”

Diana tercengang 3 saat.

“Baiklah.”

Diana terus membaca ebook Usrah & Dakwah-Hassan Al Banna di laptop milik Aulia.

No comments:

Post a Comment