Sunday, July 10, 2011

..::Batas-batas Ketawa::..

Batas-batas bergurau-Ketawa berlebihan boleh menyebabkan keras hati

Islam menggalakkan umatnya menggeratkan silaturahim sesama manusia agar kehidupan ini penuh dengan kasih sayang,perpaduan dan harmoni. Kita juga digalakan untuk menyenangkan hati sesama  saudara kita.Salah satu cara untuk menyenangkan hati itu ialah dengan bergurau senda Adapun gurau senda itu suatu yang diharuskan dalam islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperoleh ketenangan dan kesejehteraan.Bahkan boleh membebasakan diri daripada keresahan dan ketenangan. Nabi Muhammad menjalankan kehidupan bersama para sahabt dan ahli kerabat  baginda sepertu manusia biasa.

Baginda berkongsi kesedihan,kesusahan dan musibah dan baginda juga pernah bergurau senda. Antara senda gurauan Rasulullah ialah sebagaimana yang di ceritakan oleh Hassan;”seorang perempuan  tua telah datang kepada Nabi Muhammad,lalu berkata “Wahai Rasulullah berdoalah kepada Allah SWT  supaya aku dapat masuk syurga” Maka Rasulullah bersabda;Wahai ibu polan!Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu.Dengan segera Rasulullah bersabda;”Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia  tidak akan masuk syurga  dalam keadaan dia tua” Lalu di bacakan firman Allah yang  tafsirkan:sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara,yang tetap menjadi jodohnya serta yang sebaya umurnya. 

Dalam senda gurauan Rasulullah yang lain lagi ialah sebagaimana dalam sebuah hadis yang maksudnya;”Daripada Anas bin Malik,bahawanya seorang lelaki meminta kenderaan Rasulullah lalu baginda bersabda;sesungguhnya aku akan membawamu diatas anak unta betina.Lalu orang itu berkata;Apa yang dapat saya buat di atas anak unta betian?Baginda menjawab;Bukankah yang melahirkan Al-Ibbal(unta tua jantan)itu hanya unta tua betina iaitu ibunya dan unta jantan tua itu ialah anaknya”(riwayat Al-Imam At-termidzi) 

Daripada kisah-kisah tersebut dapatlah kita lihat bagaimana Rasulullah bergurau tetapi dalam perkara yang benar,bukan perkara dusta. Bahkan ia adalah disunatkan untuk menyenangkan hati orang lain.Walau bagaimana islam melarang kita daripada bergurau terhadap perkara yang sia-sia kerana gurauan itu membuat orang ketawa berlebihan dan boleh menyebabkan keras hati serta melalaikan daripada mengingati Allah. Nabi Muhammad berpesan dalam sebuah hadis maksudnya:”Daripada Abi Hurairah r.a,Rasulullah SAW bersabda; janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”.(riwayat At-termidzi) Berkata Imam  Al-nawawi;”Gurauan yang di tegah itu ialah gurauan melampaui batas dan sering dilakukan  sehingga melalaikan daripada mengingati Allah. Sesungguhnya jika guruan kita itu bermaksud  untuk menyenangkan hati orang lain terutama mereka yang dalam kesusahan,maka Allah SWT akan memberi  ganjaran kepada mereka. Bagaimana,jika gurauan itu boleh membawa kemudaratan,kesusahan atau meengakibatkan perkara buruk kepada orang lain,kita akan mendapat dosa. 

Oleh yang demikian,berwaspadalah dengan senda gurauan yang melampui batas atau berlebihan,janganlah dalam gurauan itu ada unsur-unsur menghina,mencerca,mengolok-olokkan dan menyakiti orang lain kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan kemarahan sehingga menyebabkan terputus silaturahim. Jangan juga dijadikan senda gurauan itu suatu kebiasan atau amalan kerana kesan yang tidak baik daripada gurauan itu mungkin akan terjadi. Firman Allah SWT yang bermaksud;Wahai orang-orang yang beriman!janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak  lelaki yang lain kerana harus puak yang di cemuh  itu lebih baik daripada mereka.Dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaun perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana harus puak yang di cemuh itu lebih baik daripada mereka.dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu  dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.seburuk-buruk panggilan adalah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak  bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang2 yang zalim.(Al-Hujurat;11)

No comments:

Post a Comment