Tuesday, July 12, 2011

Aku dan Dia (21-i)

“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia 
 tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. 
Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal
abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri”. 
Kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah.


Aulia selesai mencatit kata-kata hikmah itu di dalam buku notanya.

Malam ni, ada usrah lepas Isyak.Alhamdulillah tak ada perjumpaan kelab atau mesyuarat tergempar.Tak ganggulah masa usrah.

Nak ajak Diana tak? Nanti kalau dia nak pergi sebab aku macam mana?


“Assalamualaikum.”

Salam bersambut dari dalam.

Aulia masuk ke dalam bilik .

“Hahaha! Lawak teruk.”

Diana dengan Wawa tengah menonton movie di laptop Wawa.

“Cerita apa tu?”

Aulia sekadar bertanya.Nak curi tumpuan sebenarnya.Sibuk sangat ‘melayan’ filem melayu tu.

“Entah.Aku tanya Wawa ada cerita best tak dalam lappy dia.Aku tengok je.”

Nak ajak tak? Tak? Nak? Tak? Nak?

“Kenapa Aulia?”

“Tak..Aku nak pergi masjid malam ni.”

“Kenapa? Ada ceramah or program apa-apa ke?”

“Tak da ceramah.Just program mingguan yang biasa tu adala.”

“oOo.”

“Em Ok.Aku balik dulu.”

“Tata”

“Assalamualaikum.”

“Waa’laikumussalam.”

Serentak isi bilik itu menjawab.

Ya Allah..Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..

Rintih Aulia dalam hatinya.

Mereka berkata: "Demi Allah, senantiasa kamu mengingati Yusuf, sehingga kamu mengidapkan penyakit yang berat atau termasuk orang-orang yang binasa."

Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."
                                                                                                     (Yusuf : 85-86)

2 comments:

  1. u r rely good in writting laa k.mimie..:P..mmg unblvble btol laa..from now i know..u r good in dis laaa..fighting 4 sebarkan islam!!!kee it up:P..btw..story nihh mmg bez!!!~isma irah~

    ReplyDelete
  2. gud lah sangat...
    .....
    fighting2!

    ReplyDelete