Friday, July 8, 2011

Aku dan Dia (19-iv)


“Haru!!”

Aulia cepat-cepat mengambil kad pelajarnya di dalam laci.Nasib baik dress code sudah menepati citarasa diri.Kolej punya citarasa? Jangan pakai baju yang menjolok mata saja yang lain semuanya valid.

Tak pasal-pasal ja aku kena outing hari ni.Isyh budak ni laa..

Tadinya..

Aulia baru sahaja melangkah kaki keluar dari bilik mesyuarat.Meeting tergempar di pagi-pagi cuti ni.Biasalah tu..

Tiba-tiba terkenangkan seorang hamba Allah.

Apa dia tengah buat ek?

Kakinya melangkah menuju ke arah blok kediaman.

Sampai di pintu bilik hamba Allah itu..

“Diana keluar tadi.”

Muka Wawa dipandang 3 saat.

“Outing?”

Wawa mengangguk 2 kali.

“Takkanlah……”

Terus Aulia berlari ke biliknya.


Diana Elleanie Safira! Hang memang berjayala buat aku tak cukup nafas berlari kejar teksi ditambah pula kejar bas tadi.Huhh..

Aulia menggenggam kedua-dua belah tangannya.

Aku dapat hang nanti siapla.

Mana aku nak cari budak ni? Haa.. Ais krim tinggi tu.Ya Allah, permudahkanlah..Niat aku tak nak biarkan dia terhanyut.Bantulah aku.Ameen.

Kaki Aulia terus melangkah di tengah-tengah manusia yang lalu lalang itu.Pekan itu boleh tahan ramai orang.Nak-nak pula hujung minggu macam ni.Mata Aulia meliar ke sekeliling mencari kelibat tubuh hamba Allah itu.

Mana dia ni??

Hati Aulia makin berdebar-debar.Macam mana kalau aku jumpa dia tengah berjalan dengan lelaki tu? Siap berkepit ketawa ria ja? Astaghfirullah.. Tak..Tak.. Diana bukan orang yang begitu. Dia pandai jaga diri. Tapi kalau lelaki tu yang buat lebih-lebih? Lepas tu dia paksa Diana? Tak pun dia mengayat Diana sampai tercair terlebur? Tak..Tak.. Ya Allah,lindungilah sahabat aku itu..Janganlah Kau biarkan lelaki itu apa-apakan dia..
Kalau aku tak dapat cari Diana macam mana? Apa aku nak buat? Tidakkk!!

Aulia menjerit dalam hati.

Tiba-tiba…Matanya tertancap kepada selendang panjang yang terjurai dan melambai ditiup angin.Aku kenal selendang tu.Diana..

Kakinya melangkah laju ke arah gadis yang membelakanginya itu.

No comments:

Post a Comment