Thursday, July 7, 2011

Aku dan Dia (19-i)


Selepas membaca doa penutup majlis,masing-masing bersalaman dan melagakan pipi masing-masing.Rutin normal bagi suasana dalam berusrah.

“Terima kasih Aulia..”

Mardhati menutur ikhlas.

“Tak banyak membantu pun.”

“Tapi Aulia sudi jugak berkongsi dengan kami semua.Okla tu.”

“Kak Shifwah tu yang banyak berkongsi.”

Shifwah tersenyum mendengar perbualan mereka.

“Alaa..Aulia ni memang.Tak suka publisiti.Humble dia ni sebenarnya.”

“Ooo..Hehe.Kami balik dulu ya? Minggu depan insyaAllah kita jumpa lagi.”

Mata Aulia menala ke arah Shifwah.

“Akak…”

Dia mengecilkan matanya.Muncung mulutnya juga dah muncul kembali.

Shifwah tersenyum.

“Apa Aulia? Buat muka macam tu. Ingat comel sangat ke?”

“Sapa suka comel-comel ni? Tak macho arr.”

“Hmm..Aulia ni.Dengar sahabat usrah yang lain nanti.Apa pulak yang dia orang fikirkan.Memanglah mereka maklum dengan perangai Aulia yang tak berapa suka bercerita pasal lelaki ni..Tapi jangan sampai orang fikir yang bukan-bukan pulak.”

Panjang lebar Shifwah memberi nasihat.Aulia..Tadah telinga.Tazkirah ringkas selepas usrah.Buy 1 free 2 tu.

“Baikk..Biarla orang nak cakap apa pun.Takkan nak buka cerita dekat semua orang? Tak da privasi langsungla macam tu.”

“Memanglah.Tapi Aulia kena ingat.Kita hidup ni ada matlamat..”

Macam pernah ku dengar ayat ni..

“..kita ada misi dan visi untuk kemajuan agama kita.”

Kak Natul..

No comments:

Post a Comment