Saturday, July 30, 2011

Aku dan Dia (21-v)


Muka Diana terpinga-pinga.Suka sungguh dengan fakta budak ni.Sejarah kau mesti dapat A kan?

Aulia tersenyum kelat.

“Aku tak tahu.He..”

“Laa..Punyala aku eager nak tau.Aku memang suka cerita-cerita pasal benda biasa kat dunia ni.Except cerita dekat buku Sejarah sekolah menengah.Aku tak tahu kenapa.Aku tengok saja buku tu terus tertidur pada minit ke tiga.Hehe.Sebab tu Sejarah aku selalu dapat B kot.”

Pulak..

“Em..Actually,the bunga tahi mentioned by ustazah earlier is a kind of phrase only.Just like idioms?”

“Means?”

“Bunga tahi is something bad.As example,at  the first you and that person is playing around.And both of you did not feeling hurt at all.But as the time goes by, it doesn’t bring any goodness.Maybe one of you getting hurt because of that particular game or what.And you guys get fight or create a commotion at the end.That’s what we called as bunga tahi.”

“Means..”

“Apa lagi? Aku dah terangkan dah.”

“Means..You are cheater.”

“Bila masa?”

“Before that real story of bunga tahi.Bunga tahi ayam and what so ever.”

“Ok.Kita seri.”

“Why in the world we are equivalent to each other?”

“Since you asked me to gaduh manja before..”

“Ooyeahh?”

“Yes.”

“Come..bring it on.I really want to gaduh manja with you.”

“Don’t messy here.”

“Pulak..”

“Aku tak boleh layan hang lama-lama.Malam ni aku ada meeting.So nak buat homework.”

“Ouukeey..”

Diana..Tanya Diana..Tanya Aulia pasal usrah.Kau menyesal kalau tak tanya sekarang.

“Err..Aulia.”

“Hmm?”

“Habis meeting kau free eak?”

“A’aa..Malam ni tak ada usrah.”

“Oh…Bila pula ada?”

“InsyaAllah  Jumaat malam nanti.”

“Oh..key..Ramai ke yang join?”

“Hm..Alhamdulillah,dalam 10 orang.Group aku tak ramai sangat.Tapi tak pa, yang sikit tu pun kalau dah setia,ok sangat dah.”

“Em..Dorang macam mana? Semua ex sekolah agama or what?”

“Ishy..banyak tanya betul hang ni.Jumaat malam ni kau pergila tengok sendiri macam mana gayanya ahli-ahli usrah aku.Hilang ingatan apa? Aku pun bukan budak sekolah agama pun dulu.”

“Ouukey..Balik dulu.Assalamualaikum.”

“Waa’laikumussalam.”

Aulia tersenyum sendirian.

Ya Allah..Kau pilihlah hati sahabatku ini untuk berada di jalanMu selalu.Ameen..

Aku dan Dia (21-iv)


Aulia menolak daun pintu.Tak berkunci.Bihah ada kot.

Ditolehnya ke arah katil Bihah.Tak ada pula.Mana dia pergi?

Mug dan botol air minumannya dicapai.Bismillah..Hilang haus.Alhamdulillah.

Jadualnya di dinding ditatapnya.Malam ni, lepas Maghrib ada perjumpaan.Kiranya Isya’ dekat biliklah 
jawabnya.Mesti bilik mesyuarat tu orang dah booking awal.Sebab tu tak boleh buat lepas Isya’.Nasib baikla waktu Isya’ panjang.Tapi,kita kena aula’ kan benda yang lebih aula’.Kan? Kuasa bukan di tangan kita.Ok,berusahalah agar satu hari nanti,kuasa di tangan kita.

Aulia memandang ke arah katilnya.

Oooh! Terkejut aku!

Ada sekujur tubuh terbaring rupanya.

Siap berselubung guna selimut aku lagi.

Tak boleh blahh..

Tangannya perlahan-lahan menarik selimut itu.Bahagian muka terdedah.Mata hamba Allah itu juga turut terbuka.

“Aulia.Bunga tahi tu apa maksudnya?”

Senafas Diana menuturkannya.Tanpa riak.

“Weih.Hang tengah praktik nak berlakon dalam sketsa hantu ka apa?Terkejut aku!”

“Hihihi!”

“What hihihi?”

“Tak..Tadi Bihah ada.Lepas tu dia keluar.Pergi bilik Jihah kot.Aku bertapala dekat sini.Sampai nak terlelap aku tau tak.Tak kan kau tak terperasan?”

“Tak.”

“Kau tu memang.Bukan nak kisah dunia sekeliling.”

“Mana hang tau aku tak kisah? Suka hati suka limpa ja cakap.”

“Eeeiissyhh.Talk like nanny la.Pot pet-pot pet.Bagi taula.Bunga tahi.Apa tu?”

“Satu spesis bunga la.Bunga tahi ayam.Pernah dengar?”

“oOo..Tak.Apa nama saintifik dia?”

“Hmm..Let me think a moment.”

Aku dan Dia (21-iii)


“Hati kita sebenarnya mahukan ke arah kebaikan.”

Kata-kata ustazah Salwa itu sangat menyentuh hati.

Entah kenapa,rasa best pula ceramah tak payah bayar ustazah hari ni.Sebelum ni tak perasan pula ustazah punya kata-kata boleh tahan menusuk ke kalbu.Yala,tipikal punya kelas Pendidikan Islam la kan? Ceramah agama,ceramah nak habiskan silibus,ceramah tu ceramah ni.Dekat masjid pun ada.

Diana menoleh ke arah Aulia.Laju benar pennya berlari atas helaian buku notanya.Dah memang hobi suka menyalin kot.Tak boleh nak buat apa dah.

“Tengok ustazah tu..Fokus.”

Aulia menutur tanpa menoleh ke arah Diana.

Diana mencebik.

“Perah santan..Bila masa aku usha kau.”

“Aku tak kata pun hang usha aku.”

“Ok,lantak aku la nak cakap apa pun.Sekian.”

“Diana..Bergaduh apa tu dengan Aulia? Tak baik gaduh-gaduh ni.Nanti syaitan menang.”

Ustazah dah mula bagi fokus kepada Diana.

“Er..Tak da apa ustazah.Gaduh manja.”

“Wooo..”

Seisi kelas bersorakan.

“Hmm..Pandai ja kamu ni.Jangan lebih-lebih,nanti jadi bunga tahi.”

Ustazah dah mula keluarkan dialek utara dah?

Hancuss..Aku tak faham.

Diana menoleh ke arah Aulia.

Aulia hanya memandang sekilas.

Macam nak tergelak pun ada.Aku faham sangat gaya muka tu.Muka kelam alias tak faham.

Aku dan Dia (21-ii)


“Saya ingin memetik kata-kata seorang bijak pandai..”

“Antara hedonime dan agama
  Antara keselesaan sekarang dan keselesaan kemudian
  Antara bahagia sementara dan bahagia kekal abadi
  Antara kejahilan dan kebenaran
  Antara dunia dan akhirat..”

“Yang mana satukah pilihan kita?”

“Benarkah pilihan kita itu membawa kebahagiaan yang abadi?”

“Sejauh manakah pegangan hidup kita berkait rapat dengan pilihan itu tadi?”

Pap! Air kopi Ali Café bancuhannya tertumpah ke atas meja.Nasib baik tak terkena buku-buku.

Diana cepat-cepat mengelap tumpahan itu.

Berangan sangat..

Tapi betulla..kata-kata Aulia itu setia di mindanya sejak semalam.

Baru aku faham kenapa kau ajak aku ke masjid semalam Aulia.Kau nak ajak aku join usrah kau ek..

Tapi, not bad la.Aku tak sangka aku berkawan dengan orang yang petah berbicara.Aku dah rasa kau ni memang ada bakat dan keistimewaan terpendam.Terpendam? Ke aku yang tak pernah ambil tahu? Sebab aku tak pernah join?

Apa erti aku hidup sebenarnya ek?

Soalan itu sering kali bermain di fikiran sejak dia curi-curi mendengar bicara usrah Aulia di balik tirai.

Kau tu pun,kenapa kau curi-curi dengar ja? Kalau dah banyak sangat tanda tanya terawang-awang di kepala tu join je la.Dapat ilmu.

Tapi..Aku malu.Tak biasala.Aku tak pernah sertai benda-benda yang bukan budaya di sekolah aku dulu.

Kenapa tak nak cuba?

Aku layak ke?

Aku tak da banyak ilmu.

Carilah…..!

Tapi...

Nantilah..Tengok dulu.

Diana berbicara dengan diri sendiri.