Saturday, June 25, 2016

..:: IL 3.0 ::..


Usai solat Jumaat Luqman terus pulang ke makmal. Sunyi sepi suasana makmal. Luqman membuka planner yang berkulit hitam yang tersadai di bawah helaian kertas yang bertimbun. Matanya meneliti contengan tulisannya sendiri.

Hailaa.. Semua kerja lapangan ditunda sampai lepas raya. So la ni boleh settlekan dulu la apa yang patut. Sambil pulun kumpul saham dalam bulan Ramadhan ni. Yeah key in data dalam SPSS. Redo draft thesis. Aku rasa dekat seminggu dah aku tak basuh baju. Bilik tu adala kot ok sikit dari stor baru kena punggah barang. We'll see how the thing's going on.

Luqman bermonolog dalaman sambil memandang kosong ke arah planner yang melekat di dinding locker. Tiga minggu lepas dia baru balik dari sampling. Punya pulun nak settlekan labwork seminggu jugakla dia tidur dalam makmal. Lepas dari fasa kritikal tu pun balik bilik untuk tidur, lepas Subuh di masjid terus dia ke makmal. Then start Ramadhan baru berubah sikit life cycle tu.

One by one Luqman. Chill.

Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana disibukkan dengan perkara yang berfaedah. Sambil dia menyusun kertas dan buku-buku, FB notification menjelma di hujung kanan skrin. 

Sapa pulak pm aku dekat FB ni? 


Halawatul Iman : Assalamualaikum. Nak tanya sikit boleh?
Ikram Luqman  : Waalaikumussalam. Ya?
Halawatul Iman : Awak dah berpunya?
Ikram Luqman : InsyaAllah, dah.
Halawatul Iman : Ok. Maaf mengganggu.


Luqman merenung kosong ke skrin. Dia terus mencapai handphonenya.


"Assalamualaikum. Fif.."
"Waalaikumussalam. Yes man?"
"Weh ada muslimat pm aku. Tanya aku dah berpunya ka belum. And I replied dah insyaAllah."
"Oh?"
"Tapi weh. Aku rasa kind of weird habaq lagutu."
"Wehh Luqman!"
"Apa?"
"Hang jangan weh. Bulan posa ni syaitan takdak nak hasut-hasut hang. Hang jangan buat pasai nak buat perangai tak elok."
"Weh.."
"Dakla muslimat solehah cemana pun pada pandangan hang, hang tak boleh buat lagutu."

Luqman menggaru kepala.

"Buat lagumana?"
"Tu hang macam shaking sebab soalan muslimat tu."
"Aku stable ja kot. Hahaha. Anyway, aku bukan shaking ka apa. Aku rasa pelik macam tak pikiaq panjang terus cakap dah berpunya tu."
"Haa. Dah tu?"
"Agak-agakla weh. Tak tau lagi apa yang nak jadi di masa akan datang."
"Ok. Aku paham. Luqman.."
"Hmm?"
"Ingat lagi brother dalam video 11th hour tu kata apa last sekali tu?"
"Yang pasal nothing in life in guaranteed tu?"
"Yes. The very the one. Ingat yang tu ja weh. Hang buat yang terbaik untuk part hang. Tak payah semak otak pikiaq part orang. Then leave it to Allah."
"Ok."
"Chill man."
"Always."







"Don't turn your back on Allah, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be cleared then others."
- 11th hour






No comments:

Post a Comment