Tuesday, June 28, 2016

..:: Kifarah dosa ::..



Assalamualaikum and well hello there world
So harini aku dapat tangkapan baru
Dr prescribe ubat batuk & antibiotics jenih baru
Asalnya aku takmau pi klinik dah
Tapi sorang labmate tu balik dari klinik & cerita dia batuk berdarah
Siap kena buat ujian darah bagai
Aku pun kinda cuak & ok fine aku pi klinik
So the rest is history

Satu jala yang aku nak cakap pasal sakit ni
Hmm.. Aku rasa termuhasabah day by day
Yala kalau penyanyi tak boleh nyanyi sebab suara crack
Aku pulak, ni nak pulun baca Quran macam biasa pun terseksa kut
So bila Allah tarik nikmat tu mau ka tak termuhasabah
Aku semakin benci dengan sifat-sifat mazmumah dalam diri
Dan tengah berjihad untuk tinggalkan mereka
So level of positiveness kinda increasing la ni
So that is tanggungjawab ok
Dah buat kena pandai tanggung kena pandai jawab
Nasib Allah bagi aku sakit so that hopefully dosa tu pun berkurangan




Aku nak highlightkan part hadis tu nway
Keadaan katun tu lagi teruk benor dari aku obviously


Anyway, ehem.. 
Thank you very much Siti Aishah binti Mhd Marzuki
Yang buat surprise suruh kawan deliver cookies sebalang, vitagen sepeket dan panadol sepapan yesterday
Sampai harini aku tersengih bila teringat
I don't need something extravagant kinda naik limo ka apa as long as you just being yourself and create sweet moments for me
Sure aku geli baca balik benda ni 10 tahun kemudian kalau umoq panjang
*Sengih
And I pray that Allah heal your pain away soon
Sorry aku takdak kabel nak minta tolong buat surprise bagi healthy foods and drinks dekat ang
Aku just boleh doa ja
Turun la Penang nanti aku belanja ang makan sedap-sedap
Till then, thank you for being such a sweet buddy

Regards,

Your bff





Monday, June 27, 2016

..:: Luahanku ::..





Lagu memang boleh jadi drug yang berkesan untuk aku
*bajet jiwa seni
And taste aku selalunya kind of ntahla high ka low picky tak picky 
Tapi memang certain lagu jala yang memang aku fancy to moon and back
And selalunya depa evergreen untuk aku
Sebab lagu yang best memang worth it untuk dilayan forever 
*bajet setia
Hmm tapi tula aku pun still taktau bila Quran boleh jadi drug untuk aku jugak
Sebab ustazah sekolah Aishah kata 'hiburan' untuk orang beriman adalah Al Quran
Hmm..

Anyway tq Ustaz Adnin yang nampak garang Ya Robbi cuak aku
tapi berjaya compose lirik yang best and sangat on point dengan diri aku
Kudos to The Faith yang rocking with Luahanku + cover by 1D's Night Changes
You guys slay it to the max!




Allah Tuhanku, aku ingin luahkan 
Segala apa yang aku rasa
Setiap kali aku jauhi-Mu

Rasa sedih menghantui diriku
Hidupku bagai tiada arah tuju
Hatiku rasa pedih ku tak berdaya

[Korus]
Ku ingin hidup bahagia
Ku ingin bebas dari dosa
Kerna hatiku terseksa
Jauh dari-Mu
Allah

Namun apa yang kutakuti
Dosa lalu menghantui
Ku tah mahu jatuh kembali
Aku tak tahan lagi
Ampuni aku
Ya Allah

Allahh Tuhanku aku ingin luahkan
Segala yang terbuku di hati
Setiap kali aku mendekati-Mu

Rasa tenang menyelubungi diri
Bahagia tak mampu 'tuk ungkapi
Ku ingin selamanya mendekati-Mu

[Ulang korus]

Allah Tuhanku aku sering menipu
Ku kata ku cintai diri-Mu
Tetapi aku masih lagi lukai-Mu

[Ulang korus]

Ku cintai-Mu Allah
Ku rinduimu Allah
Ku mahu kembali
Pada-Mu





Saturday, June 25, 2016

..:: IL 3.0 ::..


Usai solat Jumaat Luqman terus pulang ke makmal. Sunyi sepi suasana makmal. Luqman membuka planner yang berkulit hitam yang tersadai di bawah helaian kertas yang bertimbun. Matanya meneliti contengan tulisannya sendiri.

Hailaa.. Semua kerja lapangan ditunda sampai lepas raya. So la ni boleh settlekan dulu la apa yang patut. Sambil pulun kumpul saham dalam bulan Ramadhan ni. Yeah key in data dalam SPSS. Redo draft thesis. Aku rasa dekat seminggu dah aku tak basuh baju. Bilik tu adala kot ok sikit dari stor baru kena punggah barang. We'll see how the thing's going on.

Luqman bermonolog dalaman sambil memandang kosong ke arah planner yang melekat di dinding locker. Tiga minggu lepas dia baru balik dari sampling. Punya pulun nak settlekan labwork seminggu jugakla dia tidur dalam makmal. Lepas dari fasa kritikal tu pun balik bilik untuk tidur, lepas Subuh di masjid terus dia ke makmal. Then start Ramadhan baru berubah sikit life cycle tu.

One by one Luqman. Chill.

Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana disibukkan dengan perkara yang berfaedah. Sambil dia menyusun kertas dan buku-buku, FB notification menjelma di hujung kanan skrin. 

Sapa pulak pm aku dekat FB ni? 


Halawatul Iman : Assalamualaikum. Nak tanya sikit boleh?
Ikram Luqman  : Waalaikumussalam. Ya?
Halawatul Iman : Awak dah berpunya?
Ikram Luqman : InsyaAllah, dah.
Halawatul Iman : Ok. Maaf mengganggu.


Luqman merenung kosong ke skrin. Dia terus mencapai handphonenya.


"Assalamualaikum. Fif.."
"Waalaikumussalam. Yes man?"
"Weh ada muslimat pm aku. Tanya aku dah berpunya ka belum. And I replied dah insyaAllah."
"Oh?"
"Tapi weh. Aku rasa kind of weird habaq lagutu."
"Wehh Luqman!"
"Apa?"
"Hang jangan weh. Bulan posa ni syaitan takdak nak hasut-hasut hang. Hang jangan buat pasai nak buat perangai tak elok."
"Weh.."
"Dakla muslimat solehah cemana pun pada pandangan hang, hang tak boleh buat lagutu."

Luqman menggaru kepala.

"Buat lagumana?"
"Tu hang macam shaking sebab soalan muslimat tu."
"Aku stable ja kot. Hahaha. Anyway, aku bukan shaking ka apa. Aku rasa pelik macam tak pikiaq panjang terus cakap dah berpunya tu."
"Haa. Dah tu?"
"Agak-agakla weh. Tak tau lagi apa yang nak jadi di masa akan datang."
"Ok. Aku paham. Luqman.."
"Hmm?"
"Ingat lagi brother dalam video 11th hour tu kata apa last sekali tu?"
"Yang pasal nothing in life in guaranteed tu?"
"Yes. The very the one. Ingat yang tu ja weh. Hang buat yang terbaik untuk part hang. Tak payah semak otak pikiaq part orang. Then leave it to Allah."
"Ok."
"Chill man."
"Always."







"Don't turn your back on Allah, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be cleared then others."
- 11th hour






Wednesday, June 22, 2016

..:: Life ::..



So dua hari lepas penuh timeline fb & twitter cerita bawa gf naik limo. Tapi personally, aku terkesan dengan post sorang exschoolmate. Yang dah berjaya tamatkan medic school dan secara rasminya dah bergelar doktor perubatan after 7 years of struggling. Panjang berjela dia karang acknowledgement tag semua yang terlibat. Aku yang baca ni pun tumpang happy. Happy happy jugak.
Tapi masa aku..? Then aku pun emo.

Aaaaaaa.... Lamanya aku rasa aku dah mendaki. Tapi still tak sampai-sampai lagi. Till when Mimie, till when...? It's not that I have had enough tapi macam wehh lama yang amat rasa seriously tak tipu...


Hahaha. Aku ingat semangat study aku ja yang macam roller coaster. Rupanya sekali dengan Master's journey aku pun join sekaki macam roller coaster. That's life I think..

Sometimes aku rasa macam this thing is like never ending story. Memangla niat study kerana Allah. Tapi kalau asyik duk kena redo part tu, repeat part ni, sampai bila Mimie sampai bila? 

Tapi bila pikiaq-pikiaq balik, chill ar Mimie. Maybe Allah hold sat certain things sebab Allah nak ang fokus beribadah di bulan Ramadhan ni. Allah nak ang fokus untuk jadi the best version of Mimie dalam bulan tarbiyah ni. So that, ang tak grad Ramadhan ni dengan still being the old Mimie?






"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (Al Baqarah: 45-46)









You already knew that this journey will never be easy
But still you choose to go through everything it takes for the sake of Allah
Because you know insyaAllah, it's going to be worth it
 So have faith Mimie
Fighting!
:)




Monday, June 20, 2016

..:: Berlapang dada ::..






Antara contoh ujian yang mengajaq aku untuk berlapang dada ialah;

Bangun pagi tengok mesej labmate habaq pagi ni pukul 10 ada presentation progress


After 4 hari hang hibernate macam koala bear
semalam hang dok seru semangat study yang tak mai-mai
so pagi ni hmm
mai tak mai memang hang kena hadap jugakla Mimie

Anyway, best of luck Mimie
Ingat, every single thing yang jadi tu sebab Allah izinkan
So everything memang mai dari Allah
Memang Allah yang nak hang tau benda ni pagi ni
So, chill
He brought you there, and insyaAllah He will never leave you alone
Don't be scared
Have faith


May Allah ease




Sunday, June 19, 2016

..:: Happy 20th Birthday::..



Heyya bae~
Weyh kalau ang tak baca lagi entry post besday ang tiga tahun lepas better pi baca dulu
And kalau ikut perangai pemalaih kak just nak habaq
the feeling is still the same
the wishes are still the same
everything just still the same
except for our age


but still..
nah poem kak cilok somewhere

Brother of mine
I know sometimes I may whine
But deep down I really find you somewhat divine

You are smarter than you think.
Smarter than me - in some ways
(tenz muchos ajaq kak cara masak teloq tak bagi pecah dalam megi even sambil mengeji kak tak reti few years back)
Wiser than you know - 
You have experienced pains and joys
Some twice your age have never seen
Because of all of this you are three times the man

Brother of mine
I could be no prouder
I could love you no more
I will always be here for you.
No matter what occurs - 
No matter what is said or done
I will never be too far away
No matter the distance 
You'll always be in my heart.


Happy birthday my lil bro
May Allah grant you a blessed, blissful and successful life
in this world and hereafter
aameen




regards,

your forever awesome to the infinity and beyond kak

xoxo



Thursday, June 16, 2016

..:: 25 and still counting, insyaAllah ::..


AlhamduLillah masih dipanjangkan umoq and dikurniakan nyawa untuk bertaubat
Actually aku start sakit tekak Isnin haritu
After Aishah sakit tekak and demam seminggu lepas
Then followed by aku
Pastu Syaza pun sama
Nampak dak ukhwahfillah abadan abada dekat situ

Tapi nak ceritanya peak of fasa kifarah dosa berlaku semalam
Aku start shivering tahap tak ingat for few hours
Before Wawa tidoq dia dah masakkan ayaq panas untuk aku minum
But still ayaq panas, sweater, selimut and balm tak redakan the shivers
Memang aku tengah karang wasiat dalam kepala semalam
Nasib Wawa dah terlelap pukul 1 lebih tu
Otherwise satu hal pulak kena jadi pendengaq wasiat

Then pepagi tadi aku wassap Dr habaq nak off harini
Dr aku pun macam orang lain dengan caringnya paksa aku suruh pi klinik
Siap cakap la ni banyak virus la bla bla bla
Aishah pun aku reply ja msg duk suruh aku pi klinik 
And yes aku tak call mak abah lagi since baru lepas fasa kritikal and still bedridden
Tadi after balik klinik baru aku call kena la sepatah dua kata hmm


Finally aku pun pi la klinik dan bawa balik hasil tangkapan ni haa..




Hey guys~ It has been a year right? Long time no see~



Tuesday, June 14, 2016

..:: Be strong sis ::..






Tadi aku join labmates and Dr pi ziarah rumah adik intern. Her house was on fire last Sunday. AlhamduLillah mak dia yang sorang-sorang dekat rumah pada masa kejadian selamat. Tapi there’s a story behind things happened. Ni kali kedua rumah depa terbakaq. Kali kedua ni, it’s about 50% burn. Previously, rumah lama tu totally papan. Masa kejadian berlaku which is nearly five years ago, everyone takdak dekat rumah except her middle sister yang berusia 14 tahun. Her dead body was then found in the washroom. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan berat lagi jiwa yang menanggung rasa. Mak adik tu still trauma.

Every single living soul in this world is tested and will be test by Allah. Tapi seriously Mimie, bear in mind yang Allah takkan uji sesuatu melebihi kemampuan hambaNya. Ada billion peoples out there yang tengah lalui bermacam ujian hidup and yet they still choose to fight in their battle. So please, don’t simply fed up or even give up. Bulan posa ni, doa benda baik banyak-banyak. Setakat labwork tak jadi, orang tu orang ni buat perangai, system dekat school dekat uni macam hampeh bla3 tu semua tak kritikal mana pun. Ramai lagi yang kena uji lagi teruk.




Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al Baqarah : 155-156).





Stay strong sis. Allah loves you.







Friday, June 10, 2016

..:: I love you forever Ayong ::..



Baru sudah loading gel kat lab building sebelah
Boring dekat lab orang ada break 20 min lari balik lab
On lappy notty fb terpop up
Aaa I miss this lady so much
Dah kawen dah pun budaknya
Dia komen balik dekat satus 2 tahun lepas
The one and only yang panggil aku kak Momo haha
Mentang-mentang Mimie pun xdak maksud so aku just biaq ja
I miss you girl, really miss you
Yang drag aku naik rapid pi ceramah Ust Don masa first year
Haha. Dah la balik naik rapid paling last right before 12 am
Big time
May Allah bless you always dear
Anytime, anywhere







..:: The Journey ::..


Aku happy harini alhamduLillah
Positive vibes overflowing dari pagi tadi
Sebab nak balik Peghelih after few months tak balik
*sengih

Ni wasiat untuk diri sendiri
Aku tau hang bakal homesick nak mati time balik Penang balik nanti
So mohon terus tabah meneruskan perjuangan
Memang betoi hang dah usaha tapi few things tak menjadi 
& tak run accordingly tu semua sebab takdir Allah
Usaha hang still tak cukup or salah lane?
Maybe hang tak cukup doa dekat Allah?
Kabel hang dengan Allah tak cukup kuat maybe
So, mohon keep on fixing the situation 



Ni lagi satu bab penting
Mohon wake up
Zaman postgrad takdanya orang perform in group
Semua solo
Pening aku nak steer balik emosi hang bila hang emo on this thing
This is your battle
Bak kata Hlovate "To live well or hell, you choose"
Ingat selalu mak abah doa non-stop untuk kejayaan hang di dunia dan akhirat


And worst come to worst, the reason why hang kena behave enough is
if and only if hang mati dalam fasa ni,
moga hang dapat pahala seorang syahid
sebab betul-betul berjihad di jalan Allah



Anyway, tahniah Mimie, sebab still can survive till now
*pat on your shoulder
InsyaAllah, everything worth having, comes with trials withstanding





Thursday, June 9, 2016

..:: Du'a ::..




"Awat yang admire Ked sangat-sangat?"
"Sebab dia cool. Dia skater. Tapi takdanya nak couple sana sini. Dia hormat perempuan. Relationship bagi dia end with marriage. Bukan tukaq awek sana sini."
"Ok. Tapi bukan dia ngayat heroin jugak ka before ajak kawen?"
"Sebab tu zaman dia baru nak on the way jadi muslim yang betul-betul muslim. Plus, dia memang betul-betul serious dengan Nawal. So it's forgiven for me."
"So since dah admire Ked yang cool sangat tu, buatla cool macam Ked tu kalau betul-betul serious."
"Tak semudah tu.. To conclude everything, since aku tau hukum, aku takut Tuhan. Bukan sebab ego bukan sebab malu or everything. Aku takut things get worse. Aku nak elak hati aku sakit, remember?"








May Allah grant every sick persons with complete syifa, expiate their sins for every moment of suffering and grant them a quick recovery.
 Aameen~









Sunday, June 5, 2016

..:: Ramadhan Kareem ::..




Dah lama aku tunggu saat ni ya Robbi
Saat di mana aku tak payah nak blame syaitonnirrajim
Semua benda yang aku buat dan akan buat,
rasa and akan rasa
it's all because of you yourself Mimie


So, mohon recall bendalah yang ang dah buat few weeks back.
Yes. That's it.
Tak dak apa sangat pun nak cakap.
So since you yourself decide to leave everything to Allah,
just let's do it then.
And, please remember, you have the whole one month 
to train yourself to be stronger than ever
Sampai bila nak hidup dalam 'kerak bumi' kan?

So lepas ni tak payahla dok meroyan sorang-sorang 
tak dapat terima hakikat sebab malu punya pasai.
Chill arr.
Ang bukan buat dosa pun Mimie.
Bukannya buat naya kat anak orang pun.
Bukan niat nak main-main.
Hmm.
Yang tu ja.

Semoga semangat Badar terpahat di hati.
Life is full of battles.
Happy battling.

May Allah bless
May Allah ease




Saturday, June 4, 2016

..:: Ikhtilat ::..






Satu bab yang aku paling pening since aku pegang jawatan 
dalam badan dakwah dulu.
Well, aku memang tak sempurna. Ada buat salah.
Macam orang lain jugak. Bukan malaikat.
Tapi, most of the time, orang yang faham agama ni la yang terkandas dalam bab ni.
And sadly mengundang fitnah.





Frankly speaking aku diuji part lower the gaze.
Lelaki di alam nyata ni, alhamduLillah takdak masalah.
Sampai kadang-kadang tak kenai even pi lab depa hampir setiap minggu.
Tu maybe ignorance aku rasa.
Tapinya, aku susah nak jaga bila tengok di screen laptop.
Paling failed bila hero drama yang aku suka tu rupanya member of mana-mana boyband.
Then aku akan end up amazed by his talent, his looks, his gaze, his hair etc.
Aku pernah buat statement mereng abadi if lelaki dengan perempuan dibolehkan berkawan dengan definisi kawan sebetulnya, aku nak kawan dengan depa.
Bagi aku, depa sangat inspiring dalam mengejaq cita-cita.
They worked 18 hours per day for one and half years before debuted.
And now, depa dah di peak of success.
Hard work never betrayed orang yang tak percaya Tuhan kata.
And yes, the only thing yang menyebabkan depa tak perfect is, depa bukan muslim.
Ni bukan setakat masalah fikrah, aqidah sekali.
Tapi tula, yang nasib baiknya aku memang takkan boleh chatting sana sini
dengan depa.
And dia the best thing is, depa taktau pun aku wujud. Perfect.


Aku dah lama tak kena 'demam' (Aishah pinjam word ang!) ni.
Tapi sekali kena memang ambik masa nak kebah.
Tapi after arwah tok meninggal haritu, aku dah mulakan langkah untuk kembali ke pangkal jalan.
Syaitonirrajim tu sangatlah bijak nak jatuhkan umat manusia.
And aku, aku takmau atas dasar aku fancy muzik then aku 'halalkan' semua benda yang berkenaan dengannya just for the sake of fun. Nafsu.
Tambah pulak tengah study.
Ilmu tu takkan masuk dekat hati yang gelap.
Lagha-lagha tu buatkan ang lagi jauh dari Allah, Mimie.
So aku rasa, fancy depa punya semangat tu tak salah.
Just that sampai setiap hari kena dengaq and tengok depa perform tu yang salah. 





Yes, in the middle of battling with my own self to be the real women.


regards,

the dream chaser




..:: Hlovate ::..



Seriously lepaih ni aku malaih nk bagitau awai-awai dekat
Aishah & Syaza bila aku ada submission.
Ok. Actually it's about timing kot.
Previously ok ja. Boleh dikatakan setiap bulan aku ada submission. 
Aku rasa sebab time ni semua orang ada kerja nak buat.
Majoriti labmates balik sambut posa kat rumah.
Aishah busy kerja macam biasa on weekdays, 
then malam semalam ada hal, hari ni pun ada hal.
Syaza ok aku taktau dia hilang pi mana.
Dia pesan dekat aku suruh fokus then dia blahh.
Perfecto.
So, aku digging back my box, and amik novel Hlovate.
Taraaaaa. Kita rujuk balik. 
After quite a longggg time aku tak pegang segala jenis novel.





Soalan: 

Awat yang suka sangat dengan Hlovate?



Jawapan: 



Because she inspires me to be a better muslimah, a better daughter, a better best friend, a better friend, a better student, and a better person. Novel-novel yang dia tulis memang inspiring even genre dia tak lari dari percintaan. Depression, passion, change for good, fate, et cetera et cetera, all these boleh dapat dengan membaca novel dia.

Aku start baca novel dia time matrik. Timing yang sangat perfect sebab aku dalam fasa penghijrahan. Apart from cool, hero-hero Hlovate adalah hero-hero yang beriman. Susah kot nak cari dalam kalangan novel melayu yang lain. Hmm. Heroin - heroin novel dia pun jenih cool, baik and solehah. Ok agak tak reti nak describe kat situ. Tapi betui aku tak over or dramatikla tak tipu. Yang pasti hero and heroin memang cool plus soleh dan solehah to which bila baca tu aku musykil wujud dak orang-orang macam tu dekat Malaysia ni. Hmm.

And Hlovate yang induce aku cakap and tulis bahasa rojak. Yes she is. Yang intiate aku jugak untuk tulis masterpiece yang watak dia lelaki. Sebab? Aku rasa idea yang aku nak sampaikan tu cool. And emosi perempuan kadang-kadang tak kena dengan idea aku tu. If aku tulih jugak, aku yang baca ni jadi suspicious. Rasa macam watak-watak yang aku buat tu tomboy. Hmm.. Krisis. So tu tetiba keluaq mai Luqman la, Afif, Ikki, Didi semua tu. Padahal aku tengah bayangkan aku dengan Aishah. Lame.

Hlovate punya hero and heroin selain soleh dan solehah plus cool, depa jugak rajin sungguh belajaq. Aku takdak la rajin dan pandai mana. Tak percaya tengok result SPM. Tapi seriously rasa semangat after baca kisah depa. Dahla pandai Ya Robbi lepastu rajin pulak. Dah tu hero and heroin memang suka membaca. Bukan baca Facebook of course. Baca buku-buku yang menyumbang kepada kewarasan akal dan pengetahuan am. In spite of main skate, basket, jual burger, drawing, painting, main instrumen, yang pasti, depa akan baca buku.


Hlovate pandai blendkan art and science. Aku memang suka art walau tak berseni. Dulu masa form 1 aku tengok cerita Thailand. Ost dia best. Aku buat lirik melayu. See? Tapi aku pilih kelas seni lukis instead of muzik time tu sebab masa orientasi aku tak tau lagi otak aku lagi prefer muzik over seni. Tapi tula sapa boleh guaranteekan lirik yang aku tulih tu berseni ka dak. ahaha. Tapi boleh la nak kata aku lagi appreciate seni muzik dari seni halus. And yes, sejak aku ada blog memang aku abadikan karya-karya aku yang cheezy silly tu. Time aku berkarya tu selalunya aku ekspresskan segala emosi yang melanda diri. Tetiba terpikiaq, ada masa online, tulih.




"Batrisya, selalunya seorang artis tu akan throw idea dia dalam dua bentuk je. Either dia lahirkan satu dunia yang dia nak tapi tak tercapai, atau dia throw out perasaan yang dia tau too well. Dan selalunya akan dikaburi dengan claim yang dia sebenarnya hanya keluarkan idea dengan ilham daripada apa yang dipandang di sekeliling dia." - Jade, Rooftop Rant.