Assalamualaikum & hai
Aku baru ja nak emo-emo dekat blog. Nak release tensionla. Elaun bulan lepas wallahualam bila nak masuk. Harapan tu insyaAllah ada. Tapi wallahualam la macam mana. Elaun bulan ni jangan tanya la. Lagi tak nampak jalan. Kerja and study macam biasa, kena jalan no matter what. So dengan drama yang tak berkesudahan tu aku rasa aku deserved untuk emo.. Then aku nampak blog post Ustazah Fatimah Syarha naik dekat timeline. Ustazah share hadis ni:
Rasulullah SAW bersabda,
"Allah SWT berfirman,
Wahai hamba-hambaKu, setiap daripada kamu itu sesat kecuali yang Aku berikan hidayah, maka memintalah petunjuk kepadaKu, nescaya Aku beri kamu petunjuk.
Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu lapar, kecuali yang Aku beri makan, maka mintalah kepadaKu, nescaya Aku beri kalian makan.
Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu itu telanjang, kecuali yang aku beri pakaian, maka mintalah pakaian kepadaKu, nescaya Aku beri kamu pakaian.
Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu bersalah siang dan malam, sementara Aku mengampuni segala dosa, maka mintalah ampun kepadaKu, nescaya Aku ampuni kamu.
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu tidak akan mampu mencapai kemudharatanKu sehingga kamu membahayakanKu, dan kamu juga tidak akan mampu mencapai manfaatKu sehingga kamu memberi manfaat kepadaKu.
Wahai hamba-hambaKu, kalaulah seluruh generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan bangsa jin kamu adalah seperti hati orang yang paling bertakwa di antara kamu, maka itu pun tidak akan memberi tambahan apa pun terhadap kekuasaanKu.
Wahai hamba-hambaKu, kalaulah generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan bangsa jin kamu adalah seperti hati orang yang paling nista di antara kamu, maka itu pun tidak akan membuat kekuasaanKu berkurang.
Wahai hamba-hambaKu, kalaulah seluruh generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan jin kamu berdiri di atas sebuah bukit, kemudian kamu meminta denganKu, lalu Aku beri setiap orang apa yang ia minta, maka apa yang ada disisiKu tidak akan berkurang sedikit pun kecuali sebagaimana sebatang jarum mengurangi air samudera ketika dicelup ke dalamnya.”
[Riwayat Muslim, al-Tarmizi, dan Ibnu Majah]
Allah still bagi segala keperluan untuk aku teruskan hidup. Boleh lagi pi pasaq malam and aku spend RM11.00 (over bajet seringgit) beli charkueteow, apum balik and kopok lekoq. And of all those experiment tak jadi, kena redo, kena repeat, kena remarah rebeletiaq, buat yang tu tak kena, yang ni tak kena, AlhamduLillah. Allah still jaga aku. Family aku still tak patah semangat dengan aku. Sahabat-sahabat still support aku. Inspite of all those things yang aku tak patut buat tapi kerana lemah iman aku tetap buat.
So, nak emo apa lagi Mimie?
Brace yourself.
Keep on moving.
No matter what.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): ‘Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi
baik serta betul.’” [Surah Al-Baqarah:186]
14101991
Birthday arwah Wardah. Selamat ulang tahun kelahiran Wardah binti Salleh. Semoga kita bersahabat lagi di syurga Allah. Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment