Monday, October 31, 2016

..:: Pre debut (2) ::..




Assalamualaikum & hye~

Since aku busy weekend lepaih sebab balek umah 
macam SRK balik rumah on Diwali festive dalam kabhi kushi kabhi gham, 
so aku tak kira nak menuleh jugak hari ni 
Haha. Macamla orang kisah
=.=

Aku bukanlah makhluk yang workaholic seriously
studyholic lagi lah bukan
Tapi situasi hidup aku, jalan yang aku pilih
buatkan aku kena jadi sedemikian sometimes..

Zaman predebut ni actually zaman bersusah payah
Jangan berangan nak berjaya kalau laid back and relax semedang
Dengan elaun yang cukup-cukup makan,
hadaplah segala kerja yang ada sampai tiba masanya
Masa bila? ikut budi bicara sv, sampai bila sv nak bayaq gaji
Ada yang sv bayaq sampai time submit thesis
Ada yang sebelum tu lagi dah tak dibayaq
So staylah di mana-mana atas muka bumi Allah ni
Habiskan thesis writing
Ada yang still berkerjaya under sv sampai tunggu viva,
buat correction thesis, and grad
And on top of that, kalau ada financial support yang lain
as in parents kaya, scholarship or etc
golongan yang macam ni boleh freely focus on their research
and their own life of course
tapi Msc students jarang yang dapat scholar tbh

So since aku suka kaitkan life of a fulltime research student
dengan life of a trainee in an entertaintment company
(of course di Korea, di Malaysia aku just tau kewujudan KRU Production ja)
aku pun dok renungla culture depa, cena depa hadapi dugaan hidup,
benda yang memotivasikan diri depa

Korea terkenal dengan culture berusaha bersungguh-sungguh, workaholic to the max, and strive to the fullest in everything that you do
Tapi ironinya, depa antara negara yang mencatatkan jumlah bunuh diri yang tertinggi di Asia
Dan antara sebab yang paling utama ialah
tidak beragama

So aku curious, cena depa boleh hidup bergantung pada diri sendiri?
Apa yang memotivasikan diri depa?
Cena depa boleh hadapi segala rintangan dan cabaran untuk capai cita-cita?

Well the thing is..
Its all about money
Kerana duit depa boleh passion like crazy dalam kerjaya
 And aku pulak pi duk admire cara kerja depa 
even dah tau hakikat yang sebenaq
=.=
(Kalau kakak usrah aku tau aku layan kpop sure kena tarbiyah kaw2)


Aku seriously tak sabaq nak debut even aku tau
perjalanan yang aku kena lalui jauuuuuuhhhhh lagi
Tapi seriously, aku actually tengah busy bergelut dengan diri


Perempuan kan makhluk emo
Aku kadang-kadang rasa kesian kat parents sebab aku tak bekerja lagi
Rasa tak bijak mana nak ngaji tinggi-tinggi
Rasa serba kekurangan
Tak sure kat mana kelebihan
Paling pening kepala time sv cakap

"Bring back the old Mimie. The old you was a good student masa fyp."

=.=

Hmm

Penat kot berperang dengan diri

Then aku teringat haritu kat usrah akak yang tengah jalani housemanship tu share ayat Quran yang menyuruh kita bertaubat dan istighfar selalu


Dan (Hud berkata), "Wahai kaumku! Mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat, Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa." (Hud:52)



So Mimie, happy fighting!!!


Since budak Mimie lahiaq di Kedah

 nah lagu



Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku







No comments:

Post a Comment