Thursday, August 11, 2016

..:: Pokemon Go ::..



Tadi masa tea time after settle workshop Biostatistic (alhamduLillah finally....!!!) kami geng ladies dok makan semeja macam selalunya. Before this, dekan school lalu ja kami sapa-menyapa macam biasa ja. Kali ni, Prof pi amik cucoq udang sepiring and mai join makan semeja dengan kami. Sembang pi sembang mai lalu lah sorang staf lelaki bahagian admin sapa Prof (Prof pun laki jugak). And the 'discussion' went like this..

Prof : "Hampa sapa yang single, tu dia tu single lagi."

Kami pun gelak-gelak ja.

A : "Sini tak ramai laki Prof. Susah nak cari."  

Prof : "Yala.. sini 80% perempuan. Tambah dekat Bio ni. Hampa nak laki ramai
          pi cari dekat pusat serenti la."

Gelak lagi.

Prof : "Sini nak cari memang sikit sangat. Nu dekat kejuruteraan (USM
         Transkrian) ramai la.

B : "Hmm depa sana ramai la laki. Sikit perempuan. Depa nak cari depa kena
      mai sini jugakla." 

Prof : "Depa tak maila cari hampa. Depa mai cari pokemon."

Gelak berjemaah lagi.


Well bukan nak kata apala. Aku tak keluaq dari school lagi dalam few weeks ni. Tak jumpa lagi manusia-manusia yang dok tangkap pokemon. Tapi ada tersebaq dekat group Whatsapp kata guard usm tak bagi orang luaq masuk sebab kes nak tangkap pokemon. Pokemon banyak kat usm katanya. Aku baca jugak status fb sorang lecturer dekat CGSS (a centre in usm) nak jumpa dengan orang yang tangkap pokemon dekat building tu. Dia nak interview untuk research terbaru dia lah kut.

Aku baca artikel yang mufti tuleh, insta post yang daie tuleh. I know it is a big issue. Hidup di akhir zaman ni memang sumpah banyak cabaran. Hmm..

Tapi actually aku tak heran sangat tengok pelbagai lapisan masyarakat yang saja nak try, suka sikit-sikit, suka or suka nak mati main pokemon tu. Sebab ada jugak certain people be like "Apala yang best sangat dengan game tu?" Takdak bezanya pun bagi aku dunia game ni dengan dunia Kpop, dunia music-is-the-way-of-life, dunia fashionista hijabista, dunia body builder sadokan or fitkan body work out sana sini and few others. Once melampaui batas and membelakangkan agama dalam hal-hal dunia means benda tu memang tak patut bagi orang Islam. Benda-benda lain pun kalau dah riuh dekat sana sini, sampai ada orang meninggal dunia, injured or membahayakan nyawa surely akan diteliti oleh mufti dan ulama'.

Ahaa jangan ingat academic lane tak terlepas. "Eh, study jihad apa?" Ya memang. Nawaitu tu kalau yang tu ja, memang aman la. Takdaklah masalah perang, genocide, korupsi sana sini once number of educated peoples around the world increasing. Ok tu skop luas. Skop kita sebagai orang Islam, berapa ramai educated people yang vigorously berusaha mendidik anak bangsa dalam kerangka tarbiyah Islam? Yang ramai, pikiaq new method or explore new approach, dapatkan dana, buat research and yeahh Malaysia bolehh! Tak kata benda tu salah. Fardu kifayah kot. Tapi nak ceritanya, tahap kita-kita la ni, nak apply Islam as the one and only way of life dalam family and tempat berbakti pun dah besaq rahmat sangat. Then cena nak wujudkan daulah Islamiyah dalam masa terdekat? Allah.. So Mimie, selamat bermujahadah. Nak nurture anak bangsa kena nurture jiwa raga sendiri dulu.

Hmm. Lama tak berletiaq. Prof la ni, mencetuskan idea nak berletiaq panjang release tension esok nak present data dekat taiko statistic. 





Aku suka dia ni sebab comey & nyanyi sedap




No comments:

Post a Comment