Monday, August 29, 2016

..:: Perfectionism ::..







Aku seorang yang memang tak perfect. And pada kepercayaan bahawasanya takda orang, perkara and benda yang perfect di dunia ni. Sebab tu, berhadapan dengan orang-orang yang memperjuangkan perfectionism sememangnya menguji keimanan aku. Dengan takdir Allah, aku dikurniakan supervisor yang perfectionist. She herself admit that she got OCD (Obsessive Compulsive Disorder). Other than her, adik aku pun ada penyakit ni. Sebagai kakak, aku berbanggala ada adik yang pandai menyusun atur buku-buku aku yang menggunung kat rumah tu. Rumah aku dahla kecik. Tapi adik aku berjaya susun dengan cantik-cantik and takkan sama la kalau aku yang buat. Impressed gila aku dengan skill dan teknik susunan yang dia ada. Dahtu, dia memang rajin. Jenih sapu sampah 44 kali sehari pun takdak masalah.

Ok. Sejak bila pulak blog aku bertukar kepada mode ala-ala iium confession? Haha. Aku just nak cakapla. Even aku rasa fikrah aku la ni tengah betoi, I mean aku pikiaq camni ja. Hidup ni tak payahla nak over-over sangat. Buat setakat yang mampu and just bersederhana. Tak perlu pun nak sapu sampah 44 kali sehari. Tapi kalau energy still banyak after solat Jemaah kat masjid, buat solat-solat rawatib, tak tinggal qiam, baca Quran sehari sejuzuk so tak palah nak sapu sampah 45 kali sehari pun. Asalkan hak dengan Allah tu kita lebihkan dari segalanya. Sounds like fikrah aku betul sesangat kan? Tapi tula.. Kan aku dah cakap aku tak perfect. Maybe level ‘bersederhana’ aku dengan perfectionist lain. Kan? Macam abah aku selalu pesan time aku tersedu sedan tak tahan nak hadap perangai orang macam ni “Bersabaq.. Jangan terlampau ikutkan emosi. Bersederhana.” Ikutkan hati aku lagi nak meraung ja sebab abah aku pun perfectionist sebenaqnya tapi dah tone down seiring usia haha.

Aku memang selalu tak puaih hati la dengan adek aku. Dekat orang lain, abang-abang or sepupu aku dia tak cakap apa pun. Dekat aku ja dia suka cakap lepas sesuka hati. Berdesing telinga. Tertoreh hati perempuan aku kot. Ni dah over dari modus operandi tarbiyah sentap bae.. And most of the time aku rasa adik aku bias gila dekat kaum aku. Adik aku sangat mendokong fikrah melayu ‘orang-perempuan-wajib-ada-semua-skill-yang-menjadikan-dia-orang-perempuan’. So orang perempuan kena  terror dan rajin (rajin saja taguna sebab bila tadak skill ang akan kena keji secara live) masak, menyusun atur, basuh baju basuh tingkap basuh kipas basuh siling basuh rumah sekali pun di samping jaga ibadah jaga aurat jangan over makeup jangan pakai warna pelik-pelik jangan pakai warna daring kena pandai bawa segala transport yang ada motor kereta bas lori kereta kebal kalau boleh okay aku dah merapu. Tapi betoila. Kalau dengaq gaya adik aku cakap memang tak habis nak interpret ‘kerja-kerja orang perempuan’ based on adik aku punya opinion. 

The thing is, since when perkara ni jadi main thing as if kalau failed or kurang satu skill jatuh hukum berdosa? Di mana keadilannya bae? Pfft. Kalau dengaq ceramah ustaz-ustaz yang tak memperjuangkan perfectionism takdaknya seorang perempuan wajib ada semua skill yang dimomokkan oleh budaya setempat. Golongan macam ni la yang cenderung nak letak hantaran (which is clearly part of adat) based on taraf pendidikan nih. Nasib fikrah mak abah dalam part ni tak macam ang adik. Okay aku dah melalut. Tapi tula.. aku paham ja the hidden message behind all this thing.. ‘What doesn’t kills you will make you stronger.’ Mungkin aku tak boleh jadi seperfect yang diidamkan oleh semua perfectionist tapi aku boleh be the best version that I can be. Maybe?

So after this mohon take actionlah Mimie. Sebabnya if pikiaq balik pun, Allah hadirkan orang-orang macam ni dalam hidup ang untuk tarbiyah ang jugak. Even ang tau abah and mak terima ang seadanya pun tapi if you can give them more than what they expect kan lagi baik? Tanda cinta sepenuh jiwa jugak tu.

Thank you adik. For being such penoreh hati dan perasaan in order untuk tarbiyah kak. But still, I’m praying the best for your future bini and anaks gadiss. May the force be with them~

May Allah bless you

Sincerely

Kak


No comments:

Post a Comment