Sunday, July 24, 2016

..:: Confession :..

Zaman sekarang ni..dah tak tahu bagaimana cara nak menilai calon itu baik untuk di jadikan teman hidup ataupun tidak.

Yang nikah dengan ustaz pun, ustaz main perempuan dan porno.
Yang bertanggungjawab dekat ibu bapa pula, layan perempuan keliling pinggang.
Yang kaki masjid, kaki kuliah dan kaki qiam pun tetiba je nak ceraikan isteri dengan alasan tak kukuh.
Yang nikah dengan rakan satu course pun, tak sentuh-sentuh isteri dari kawin sampai 6 bulan lepas kawin.
Kawan...
Nikah kawin tu bukan benda main-main. Bukan tawakkal membabi buta. Bukan untuk menutup kelemahan diri. Bukan untuk mencegah maksiat. Bukan untuk sweet ada orang betulkan butang baju. Bukan sweet-sweet boleh selfie.
Kawin tu tanggungjawab besar.
Kalau benar ada perangai buruk ataupun hobi buruk, jangan sorokkan dengan bakal teman sehidup semati.
Jika merokok, beritahu sahaja.
Jika kaki judi, beritahu sahaja.
Jika ada penyakit tertentu, beritahu sahaja.
Jika pemalas, beritahu sahaja.
Jika memang suka layan perempuan, ramai kawan perempuan/lelaki, tengok benda tak elok..beritahu sahaja.
Jika tak pandai masak, beritahu sahaja.
Jika kedekut, beritahu sahaja.
Wanita dan lelaki. Beritahu sahaja dengan jujur. Dan selepas itu terpulanglah untuk berbincang berubah, menerima untuk teruskan next step.. ataupun hentikan sahaja hubungan.
Bercinta selepas nikah itu bagus. Tapi tiada ruginya jika kita menyelidik dahulu bakal pasangan kita.
Ahli keluarga kedua-dua pihak juga haruslah jujur tanpa sorokkan apa-apa rahsia. Rakan-rakan juga perlulah ceritakan hal sebenar apabila ada yang mahu menyelidiki. Kerana semua ini penentu kehidupan mereka selepas perkahwinan. Jangan kerana anda mahu sorokkan, nanti kehidupan rumah tangga mereka akan bertahan hanya 30 hari, 2 bulan, 3 bulan sahaja.
Jila sesudah habis kita tabayyun (selidik), tapi masih berlaku perkara yang tidak terjangka.. yang tidak terlihat oleh rakan-rakan rapat dan keluarganya.. maka itu adalah ujian.. dan krmbalilah kita kepada ALLAH.
Sesungguhnya, kita tidak tahu apa yang telah Allah rencanakan untuk hidup kita. Mohonlah pada DIA. DIA MAHA MENGETAHUI segalanya.


- FB post Hazirah Hj Hamzah





Apart from lots and lots of iium confession posts about marriage
I like to paste this one on my blog
I have many flaws, really
One of them is, I'm really good at eating...only. 
I'm not good at cooking

ya memangla boleh ja masak few edible foods
boleh belajaq lagi masak makanan yang best-best
practice makes experience
tapi it takes time
*gosh I feel so lame 







No comments:

Post a Comment