Aku tidak pernah terlepas sarapan pagi. Seperti biasa setiap pagi aku
akan telefon siapa sahaja yang aku suka untuk pelawa sarapan bersama.
Pagi rabu yang lalu aku ajak seorang staf yang bertugas di Putrajaya untuk sarapan bersama.
Aku ambil beliau dan kami menuju ke restoran mamak berhampiran. Setiba
kami di meja aku bertanya "Tuan mahu makan apa saya belanja".
Beliau terus memesan roti telur koyak-koyak banjir.
Sambil makan kami berbual tentang beberapa perkara. Aku memang tahu
beliau sudah tiada ayah dan ibu semenjak 3 tahun lalu. Namun perasaan
ingin tahu aku terlalu kuat.
Aku terlepas juga soalan dan bertanya, " Tuan, ibu dan ayah Tuan meninggal bila dan boleh ceritakan kisahnya?"
Sambil tersenyum dan masih mengunyah-ngunyah roti telur. Lalu beliau hirup teh o suam di tepi pinggan dan terus mulakan cerita.
"Ayah meninggal pada April 2014 dan emak pula meninggal pada Oktober 2014 Tuan ".
Aku terdiam. Sudu yang aku pegang perlahan-lahan aku lepaskan tanda aku sedang mendengar penuh perhatian.
"Emak terlantar di hospital kerana menghidap kanser. Pada suatu pagi
Doktor hubungi Ayah maklumkan bahawa Emak perlu menjalani pembedahan dan
meminta Ayah hadir ke hospital".
"Semasa dalam perjalanan ke
hospital ayah mengalami kemalangan dan malam itu juga ayah meninggal
dunia di hospital" Ceritanya kemudian kembali sambung makan.
Sekali lagi aku terdiam. Beliau kemudian menyambung cerita " 6 bulan
selepas itu emak pula meninggal dunia akibat kanser Tuan".
"Kami
tinggal 5 beradik teruskan sahaja kehidupan. Arwah ayah dan emak sudah
ajar kami untuk hidup berdikari". ujarnya dengan tabah.
Selepas bayar. Kami berjalan masuk ke dalam
kereta.
"Arwah ayah dan emak mesti bangga dengan Tuan, walaupun dugaan Tuan
sangat berat namun Tuan sangat cekal untuk teruskan kehidupan" sambungku
tanda memujuk hatinya.
"Jam baru 9.00 pagi. Kedai sepatutnya
buka 10.00 pagi. Jom saya bawa Tuan jalan-jalan di Putrajaya dulu nak"?
tanyaku sambil menoleh kebelakang untuk undurkan kereta.
Insan
hebat yang aku ceritakan ini adalah Tuan Muhammad syamsul bin shokri
berumur 21 tahun berasal dari Gurun, Kedah. Beliau adalah bekas pelatih
Walter Academy batch 7.
Walaupun syarikat ada sediakan bantuan
yuran tetapi beliau tidak mahu terima. Beliau lebih sanggup gunakan wang
simpanan hasil kerja di warung sewaktu di kampung.
Pagi itu selesai sarapan kami pusing-pusing satu Putrajaya. Kami bersembang dan berjenaka seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ketika hampir tiba di Walter Barbershop Putrajaya beliau memandangku
dan berkata. "Tuan terima kasih bagi saya tempat kerja, tempat tidur,
belanja saya makan dan bawa saya jalan-jalan".
Aku terus menoleh
pandang ke kanan takut-takut air mataku berguguran. Sebak aku mendengar
kata-kata beliau. Aku diam tanpa menjawab dan teruskan memandu.
Kisah seperti inilah antara yang memberi kekuatan kepada aku untuk terus berusaha menjadikan syarikat ini maju jaya.
Itu hanya satu kisah daripada beratus orang anak muda yang perlu aku perjuangkan masa hadapan mereka.
Sahabat-sahabatku,
Itulah antara kisah kehidupan yang dapat aku kongsikan. Kita semua hanya akan diuji dengan dugaan yang mampu kita lalui.
Setiap kesusahan pasti akan disertai kesenangan. Jadikan sabar dan syukur sebagai amalan sepanjang kehidupan.
Adapun kita yang masih ada ibu bapa berbaktilah dengan sehabis daya.
Untuk mereka yang sudah tiada ibu atau bapa jangan lupa sentiasa doakan
mereka.
Itulah harta yang mereka masih ada.
Doa seorang anak yang soleh.
Azri Walter
Pagi yang sayu.
-Sumber-
Assalamualaikum & hye
Fb post ni adik aku yang share
Dia tak tuleh apa pun just share ja
Kalau aku, sure buat karangan 3 @ 4 perenggan
haha
Tengok la gaya aku create blog nak luahkan isi hati dekat hang
hang-best friend-aku
Aku taktau la cena adik aku boleh rapat dengan dia time sekolah
Tapi memang rapat la
Bukan setakat mai lepak-lepak & tidoq dekat rumah
Bukan setakat mai lepak-lepak & tidoq dekat rumah
Jenih ikut ja adik aku kena angkut dengan ibu dulu
Balik Perlis, hantaq aku dekat Penang
Biasa la stay kampung, kena angkut dengan mak menakan
bawa tok pi jalan-jalan
Ada kawan mau teman lagi best la kan
Even aku selalu buat muka penuh dengan masalah negara
(Well, mana ada kawan baik aku ikut aku pi sana sini dengan family.
Ok. Jeles la sikit. Tapi pelik kot hampa ni kawan sungguh aihh)
Ok. Jeles la sikit. Tapi pelik kot hampa ni kawan sungguh aihh)
Aku ok ja dia kawan dengan adik aku
Nampak perangai baik tu
Bukan dia ja, abang dia yang sama umoq dengan aku &
sepupu aku tu pun sama
Jenih hormat orang tua
Bukan tu ja, jenih bertanggungjawab
Tak kekok bawa adik sekolah rendah pi 'lepak'
rumah member time kenduri
Ibu aku pun suka layan depa
Ok aku la yang kena bancuh ayaq hidang makanan
etc etc etc
Parents aku just kenai Syon (Syamsul) ni ja
Tapi mak abah pun acknowledge Syon ni baik orangnya
Sedih dengaq berita ayah dia meninggal sebab accident
time on the way nak pi hospital tu
Nway, aku bangga adik aku kawan dengan insan-insan Allah pilih untuk diuji dengan ujian hebat macam ni
Susah nak cari anak muda yang pakai kemas
mai ziarah arwah tok kepada kawan
sedekahkan yassin dekat arwah
sembang dengan ibu, ucap takziah
Sometimes, ujian hidup is more than enough untuk tarbiyah anak muda
jadi insan yang berguna
Semoga kalian berjaya di dunia & akhirat sahabat-sahabat adik ku
No comments:
Post a Comment