Tuesday, May 24, 2016

..:: Air Nabeez ::..

AIR RENDAMAN KURMA / KISMIS


Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga!


Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.


Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-


Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)

Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit) 
Pemberi zat besi yang sangat bagus.
Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah
Khasiat air nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
Rendam kurma dalam air minuman tersebut..
Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.
Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. 


Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis. Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~boleh tahan 1 – 2 hari



Ada yang cakap air ni minuman sunnah. Wallahualam, serious tak tau. Tapi at this moment aku nak amalkan minum ayaq ni atas niat nak bagi cerdik dan bijaksana sikit. Mental breakdown kot setiap kali kena kutuk (depan-depan) dengan sv. 


Semoga lepaih ni lebih cerdik dunia akhirat, Mimie. 
Semoga Allah redha



No comments:

Post a Comment