“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab,
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
;Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu,
;Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik
persahabatan kamu
; Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
; Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
; Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
; Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari pada kamu, dia akan menutupnya
; Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
; Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan
menanyakan kesusahan kamu
; Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
; Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
;Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
; Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan Dia membantumu menunaikan tanggung jawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
; jika dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
sorry for being such a pain friend..
ReplyDeleteme too..
ReplyDeletebsahabat krn ALLAH tautan hati-hatinya kekal sampai ke syurga.insyaALLAH~
ReplyDelete