Sunday, March 13, 2011

..::dream::..

" Setiap orang diciptakan Allah dengan matlamat untuk berbakti kepada Allah dan
berbuat baik terhadapnya serta bertindak mengikut apa yang diredhai oleh Allah
supaya Allah mengasihinya. Oleh itu,manusia mesti menyeru kepada yang makruf
dan mencegah kepada yang mungkar.Inilah konsep pengabdian kepada Allah dan
ketaqwaan kepadanya yang merupakan ciri utama dalam kehidupan Muslim "
"Hidup ini adalah untuk bersyukur.Bersyukur kerana ada orang yang menyakiti kerana adanya dia, Allah menabahkan hati kamu.Bersyukur kerana ada orang tidak mengendahkan kamu kerana adanya dia,Allah melatih kamu berdikari.Bersyukur kerana ada orang yang menjatuhkan kamu kerana adanya dia, Allah memperhebatkan kebolehanmu.Bersyukur kerana ada orang menyeksamu kerana adanya dia, Allah meningkatkan kesabaranmu.Bersyukurlah dengan segala ujian kerana itulah sumber kebahagiaanmu."
Ya ALLAH.
Tabahkanlah hati-hati kami yang mengejar keredhaanMu..
Tsabatkanlah hati-hati kami di atas jalanMu..
ALLAH .matlamatku.
Rasulullah SAW qudwahku..
Al Quran perlembagaanku..
Jihad jalanku..
Syahid cita-cita tertinggiku..
insyaALLAH..
may ALLAH bless~

4 comments: