Saturday, August 20, 2011

..:: Memandang & Dipandang ::..





Alhamdulillah,segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita.Salah satu nikmat yang paling hebat yang pernah dan sedang kita miliki ialah mata.Namun,sejauh manakah kita bersyukur dengan nikmat yang satu ini? Bagaimanakah kita menjaga dan mendidik nikmat ini dalam kehidupan seharian kita? Adakah mata kita ini mampu menarik kita untuk ke syurga mahupun sebaliknya?


WANITA SOLEHAH, TIDAK MEMANDANG DAN TIDAK DIPANDANG



"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya.:"

(An-Nur:31)

Firman Allah ini jelas menunjukkan bahawa perintah menjaga mata untuk memandang itu wajib bagi orang yang beriman.Wanita yang solehah sesungguhnya bersungguh-sungguh menjaga pancaindera yang satu ini.Umum mengetahui, perintah ini bukan hanya valid atau boleh diguna pakai pada waktu tertentu sahaja,bahkan sepanjang hayatnya.Hal ini juga merupakan peribadi yang mulia seperti yang dikhabarkan melalui Al Quran :

Firman Allah Ta'ala:

"Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahu pun jin sebelumya".


(Ar-Rahman :56)

Oleh itu,anak gadis yang mencapai umur balighnya wajib menjaga matanya daripada memandang perkara yang tak sepatutnya.Demikian juga seorang isteri,yang harus menyekat pandangan matanya ke arah lelaki ajnabi jika dia seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.Seorang ibu juga perlu menitik beratkan perkara ini dalam membentuk jati diti anak-anaknya dan memperkukuhkan bi'ah solehah dalam rumah masing-masing.

Pernah Rasulullah SAW bertanyakan pada Fatimah Az zahra,

"Apakah yang terbaik bagi wanita?"

Beliau menjawab,

"Iaitu hendaklah dia tidak melihat lelaki lain,dan tidak dilihat oleh lelaki (ajnabi)"

Bagaimana pula jika kita sebagai muslimah moden yang harus keluar mencari ilmu dan mencari rezeki,perlunya kita untuk berhadapan dengan lelaki (ajnabi)?



 
Firman Allah Ta’ala :


Dan apabila kalian meminta sesuatu pada mereka (para isteri Rasulullah ) maka mintalah dari balik hijab. Kerana yang demikan itu lebih suci bagi hati kalian serta bagi hati mereka.”(Al Ahzab : 53)



Pelbagai pendapat yang telah dikemukakan dengan perkataan "hijab" menurut ayat Al Quran ini.Antaranya ialah,hijab dari segi mengadakan penghadang,(tirai,purdah atau apa-apa yang boleh menghalang dari bersemuka secara langsung.) atau hijab itu dari segi akhlak muslimin dan muslimah itu sendiri (dengan cara membetulkan niat untuk berurusan,tidak melebihi batas dan seumpamanya.)

Dengan akal yang dikurniakan kepada kita,rujuklah kitab suci Al Quran dan carilah sumber-sumber dan fatwa dari para alim ulamak bagi mensahihkan perkara ini.Sahutlah firman Allah;


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan dipertanggungjawabkannya." (Al-Isra:36)


Walau bagaimanapun.wanita memandang yang memandang lelaki (bersumberkan tv,foto atau secara berhadapan) tidak terlepas dari dua hal;

1. Memandang disertai syahwat dan rasa senang(suka). Ini hukumnya haram kerana
mengandung musibah dan fitnah.

2. Sekadar memandang tanpa disertai syahwat dan rasa senang. Ini tidak apa-apa
menurut pendapat yang benar di antara beberapa pendapat para ahli ilmu.
Pandangan yang seperti ini dibolehkan berdasarkan riwayat yang disebutkan dalam Shahihain, bahawa Aisyah R.A pernah melihat lelaki dari Habsyah yang sedang bermain-main, sementara Nabi SAW
menghalanginya, lalu baginda mempersilakannya. Selain itu, ketika kaum wanita berurusan di pasar, mereka boleh melihat kaum laki-laki walaupun mereka memakaikan hijab, jadi wanita boleh melihat lelaki (sekadarnya sahaja) tapi lelaki tidak dapat melihatnya. Tetapi yang demikian ini dengan syarat tidak ada syahwat dan tidak terjadi fitnah, jika disertai syahwat atau fitnah, maka pandangan itu pun haram, baik di tv (menonton siri Tanyalah Ustaz dan seumpamanya) maupun yang lain-lain.
 


[Fatwa Syaikh ibn Utsaimin]

Sesungguhnya,wanita itu lemah dalam menjaga nafsu sukakan kecantikan dan kehalusan yang dipamerkan (baik tv mahupun secara berhadapan).Oleh itu wajiblah mengawal arah pandangan mata agar hati terjaga.
 
 
Dialog antara Mata dengan Hati...

Mata adalah sebagai penuntun, sementara hati sebagai pendorongnya dan pemberi perintah. Bagi mata memiliki kelazatan ketika memandang, dan bagi hati pula,memiliki kenikmatan pencapaian. Dalam kecenderungan cinta, keduanya merupakan sekutu dalam kasih sayang. Namun ketika keduanya mengalami kesulitan dan berkumpul dalam derita, maka keduanya justeru saling berhadapan untuk mencela lawannya dan menyalahkannya.

Maka hati berkata kepada mata, “Engkaulah yang telah menyeret aku ke dalam jurang kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan, karena aku mengikutimu dalam beberapa kerdipan mata. Engkau yang mengajakku bersenang-senang dengan lirikan matamu di taman itu, dan engkau mencari kesembuhan dari kebun yang tidak sihat. Engkau menyangkal firman Allah Ta’ala, قل للمؤمنين “Katakan kepada lelaki-lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya..”,

dan engkau sangkal pula sabda Rasul-Nya:


“Pandangan kepada wanita adalah anak panah beracun dari panah-panah yang dilontarkan oleh iblis. Barangsiapa yang meninggalkan pandangannya itu kerana takut kepada Allah Azza wa Jalla, maka Allah akan menganugerahkan kepadanya keimanan yang dia rasakan manisnya di dalam hati.” (diriwayatkan oleh Imam Ahmad, telah menceritakan kepada kami Husyaim, telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Ishaq, dari Muharib bin Ditsar dari Shilah dari Hudzaifah)


Mata mulai berkata kepada hati, “Engkaulah yang telah menzalimi aku sejak awal hingga akhir. Engkau kukuhkan dosaku lahir dan batin. Padahal aku hanyalah utusanmu yang selalu taat dan sebagai penuntun engkau yang menunjukkan kepadamu jalan.”

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam bersabda,


“Sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka seluruh tubuh akan menjadi baik. Namun jika ia rosak, maka seluruh tubuh akan menjadi rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati (jantung).”


Tatkala limpa mendengar dialog antara hati dan mata serta perdebatan mereka berdua, maka limpa berkata, “Kalian berdua saling bahu-membahu untuk membinasakan aku dan membunuhku. Sungguh adil orang yang telah menggambarkan perdebatan kalian ini, dan mengharuskan lisanku untuk mengadu kepadanya tentang kezaliman kalian itu.

Mataku berkata kepada hati, kau telah memfitnah aku sehingga aku menderita 
Mata menganggap bahwa hati yang menimpakan derita
Namun tubuh menjadi saksi atas kedustaan mata
Matalah yang membangkitkan hati sehingga menuai petaka
Andai kata bukan kerana mata tentu tak akan ada derita
Hati bukanlah penyebab pada sebahagian yang menjadi korbannya
Limpa merana sebagai korban yang teraniaya
Hati dan mata telah membelah aku
Kerana mereka tidak tunduk kepada Allah Ta’ala

Dipetik dari kitab “Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin.” karya Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah.


(Diedit semula dari nota FB)









 


No comments:

Post a Comment