“Dan sesungguhnya ini jalan Ku yang lurus, maka ikutilah kamu akannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) maka ia mencerai beraikan kamu dari jalanNya, yang demikian itu diperintahkan kamu denganNya supaya kamu bertakwa”.
(Al-An‘am:153)
Aulia mengakhiri sesi mentadabbur Al Quran di tengah malam itu dengan perasaan hati yang tenang bercampur gelisah.
Ku bersyukur Ya Allah kerana terpilih untuk berada di jalanMu.
Tetapi bagaimanakah ahli keluargaku? Sahabat-sahabatku? Orang sekelilingku?
Pilihlah mereka juga Ya Allah Yang Maha Mengasihani.
Sampai bilakah akan Engkau genggam hatiku ini Ya Allah?
Adakah sekiranya iman ku lemah mencium tanah,Engkau akan melepaskan hatiku?
Jangan Ya Allah.Aku mohon.Kasihanilah aku.
Kau genggamlah hatiku erat-erat sehingga ke akhirnya.
Kau pilihlah mereka-mereka yang lain untuk berada di jalanMu.
Redha Mu ku dambakan.Syurga Mu ku tagihkan.
“Bismillah..Saya mulakan perkongsian kita pada malam ini iaitu bahagian fikrah yang bertajuk Islam,Addeenul Haq.Seperti biasa,sebarang perkongsian,bantahan,cadangan atau kritikan yang membina silakan diutarakan dalam proses perkongsian ini.”
Diana duduk di sebelah Aulia.Sepantas kilat dia menyalin butir bicara yang bermanfaat.
Nasib baik aku dah buat rough reading dah tadi.Kalau tak,banyak juga istilah yang tak faham.
“Pegangan kita iaitu Islam sebagai agama.Seberapa teguhkah pegangan kita itu?Kadang-kadang mungkin ada yang memahami,tetapi tidak dilaksanakan dengan selayaknya.Ada juga yang kurang memahami,tetapi dilaksanakan dengan penuh syariat.Mungkin juga kerana budaya atau keturunan.Itulah juga yang membezakan ahli ibadah dan ahli ilmu.100% berlandaskan fikrah Islamiyyah.”
“Islam itu sendiri dari segi syarak bermaksud menyerah diri kepada Allah SWT secara suka rela dan bukan paksa rela.Maksudnya di sini atas keikhlasan yang lahir dari hati kita sendiri untuk beriman kepada Allah SWT.”
“Em,izinkan ana mencelah.Apa yang dimaksudkan dengan Islam sebagai ad deen?Bukankah Islam itu sendiri agama dan ad deen itu juga membawa maksud yang sama?”
Seorang anggota usrah mengajukan soalan.
“Ya Islam adalah salah satu agama Samawi iaitu agama yang bukan ciptaan makhluk.Maksud Islam sebagai ad deen ialah Islam sebagai cara hidup, ‘The way of life’.Not necessary involve wedding and death only.Its including our daily life routine.Islam is not only valid and being practice in our Masjid only.It’s including our behavior,our humanity relationship,financial,business,family matters,friends, and even sleeping,eating,walking,studying and so on also are the parts of Islam.That’s what we called as,Islam is a way of life.”
Shifwah dan yang lain-lain menganggukkan kepala.Tanda mengerti.
“Kiranya,kalau semua muslim betul-betul mengambil Islam sebagai cara hidup,amanla dunia.Kan?”
Yang lain pula menyuarakan pandangan.
“InsyaAllah.Mungkin.Tetapi tak semestinya aman selamanya.Cuba selak sirah balik.Baru kita boleh faham zaman mana zaman kegemilangan dan kejatuhan Islam.”
Aulia membuka ruang lingkup pemikiran.
“Kiranya salah satu contoh amalan ‘Islam is the way of life’ ni,sistem khilafah? Zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat memerintah?”
Diana yang selalunya mendiamkan diri itu akhirnya bersuara.
“Ya.Tak dapat nak disangkal lagi.Cuba kita kaji maksud firman Allah dalam surah Ali Imran ayat ke 83 yang bermaksud “Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan”.Sudah terang lagi bersuluh dalam Al Quran dah tercatat kita ini hamba Allah yang wajib mematuhi segala aturanNya.Zaman khilafah adalah satu contoh yang hebat dalam ketamadunan Islam dalam menjalankan tugas hamba kepada Tuhannya.”
Aulia meneruskan lagi perkongsian.
“Bercakap mengenai kewajipan.Surah Al-Maaidah ayat 3 adalah jawapannya. “..Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu…” Lagi satu ayat yang familiar sangat dengan kita.Dalam wirid terselit firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke 19 “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam..” Jelaslah maksudnya di sini,sebagai seorang muslim,kita wajib mendalami ilmu-ilmu Islam dan wajib mengamalkannya.”
“Kalau semua orang buat macam tu,masjid kita sure full selalu.”
“Tak ada samun merompak dalam kalangan muslim itu sendiri.”
“Tak ada bergaduh berperang tikam belakang bertubi-tubi.”
“Tak ada rasuah dan riba yang ada kena mengena dengan orang Islam.”
“Tak payah tengok jauh-jauh.Tak adalah rambut mengerbang kalah selebriti negara asing.”
Masing-masing menyuarakan pendapat.Kak Shifwah turut tersenyum.
Alhamdulillah.Bukakanlah pintu hidayahMu kepada kami Ya Rabbana.
Doanya dalam hati.
Diana juga tersenyum.Hatiku terisi.
Tak adala couple sana sini.
Kata-kata yang hanya mampu diucapkan di dalam hati.
“Ok.Sekarang kita teruskan berbincang mengenai ciri-ciri khusus Islam iaitu Rabbaniyyah,Syumulliah, ‘Alamiyyah dan Waqieyyah…”
Suara Aulia memecah khayalan.
Moga aku turut turut serta dalam perjuanganmu sahabatku.Dalam mengukir seni kematian yang teragung.Syahid fisabilillah.Ya Allah,perkenankanlah..
No comments:
Post a Comment