“Mama,kakak nak ke Melaka.”
Puan Soffieya terkejut dengan kata-kata Diana.
“Kakak nak ke rumah siapa?”
“Rumah opah kakak yang sebenar.Rumah Nek Jah dan Atuk Din.”
Puan Soffieya menghela nafas tanda tidak senang.
“Apa tujuan kakak sebenarnya?”
“Kakak nak kenal keluarga sebenar kakak.Kakak boleh jaga diri.InsyaAllah.Mama jangan risau.”
Dengan berat hati.Puan Soffieya bersetuju.
2 minggu baki cuti semesternya dihabiskan di kampung halaman Aunty Marissa.
Segala persoalan terjawab.
Aunty Marissa sahabat karib mama.
Aunty Marissa berkahwin dengan Uncle Eskandar selepas mama berkahwin dengan papa.
Tetapi Aunty Marissa menghamilkan Diana dahulu.
Sewaktu Diana dilahirkan,ibunya mengalami sedikit komplikasi.
Itu yang menyebabkan Diana terpaksa dimasukkan ke dalam NICU.
Nasib malang menimpa mama kerana anak kandungan mama meninggal setelah dilahirkan iaitu 3 hari setelah Diana lahir.
Sewaktu Diana lahir,bapanya tidak lagi tinggal bersama ibunya.
Uncle Eskandar membawa diri ke luar negara dengan alasan perkahwinan mereka itu bukan dengan kerelaan hatinya.
Dia juga tetap tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun mengetahui perihal kehamilan itu.
Aunty Marissa juga tidak mendesak lelaki yang masih berstatus suaminya itu setelah dia mengetahui bahawa dia menghidap sejenis penyakit yang membawa maut.
Dia juga membuat keputusan untuk mengamanahkan Diana di bawah penjagaan mama kerana inginkan Diana berada di dalam suasana kekeluargaan yang sempurna.
Dia juga ingin mengubati kesedihan mama di atas kehilangan cahaya mata pertamanya itu.
Aunty Marissa menghembuskan nafas terakhir 1bulan selepas melahirkan Diana.
Ternyata umi tak pernah berpeluang menjaga aku.
Ternyata darah mama mengalir dalam darah aku.Mama ibu susuan aku.
Ternyata juga dari cerita Nek Jah, Uncle Eskandar sememangnya menyesal dan rasa bersalah kerana tinggalkan umi.Atas rasa itulah dia hanya membiarkan aku di bawah jagaan mama dan papa.
Air mata jatuh ke pipi lagi.
No comments:
Post a Comment