Tuala kecil itu direndam ke dalam air lalu diperah sebelum diletakkan di atas dahi mama.
Mama membuka mata.
Air mata mama mengalir lagi.
“Mama..Janganlah macam ni.Diana baru balik tadi pun mama menangis.”
Jari Diana mengesat lelehan air mata mamanya.
“Tak..Tadi sebab happy.Sekarang sebab sedih.Terkenangkan Marissa.”
“Kenapa mama?”
“Diana tahu? Waktu mama demam dekat kolej dulu Marissa la yang jaga mama.Letak tuala atas dahi macam ni.”
“Umi sayang mama.”
Diana tersenyum.Terkenangkan hasil tulisan uminya.
“Dia selalu cakap mama manja.Tapi sebenarnya dia yang selalu manjakan mama.”
“Mama bertuah sebab dapat hidup bersama dengan umi.Walaupun seketika..”
“Dia boleh jadi motivator kadang-kadang.Kalau tengok orang sakit,kalah doktor pula gaya dia.”
“Umi cepat rasa simpati.Tambah-tambah dekat orang yang dia sayang.”
“A’aa..Dia selalu hilang akal nak buat apa kalau umi menangis depan dia.Tak pandai nak pujuk tapi statik ja di sisi.”
Diana tersenyum.
“Mama selalu dapat sakit dulu.Demam ke,alergi..Tak pun sakit kepala.Dia lah orang paling bising.Selalu dia bagi nasihat percuma.Makan sayur selalu.Minum air masak banyak-banyak.Jangan makan makanan berminyak sangat.Jaga itu,jaga ini.”
“Tapi alih-alih,umi yang berpenyakit kronik sebenarnya.”
Mata Diana berkaca.
“Waktu Marissa dapat tahu penyakit tu,mama baru saja dapat berita yang mama pregnant.Mama memang happy sangat-sangat.Dia called mama.Nak bagitahu pasal tu.Tapi mama yang beriya-iya cerita pasal kandungan mama.Well,waktu tu dia kan dah pregnant.”
“Bila mama dapat tahu?”
“Masa mama pergi rumah dia.Muka dia pucat sangat.Pasal Eskandar pun mama ingat dia dah tak kisah.Sebabnya, bersungguh-sungguh dia bercerita.Dia dengan Eskandar memang tiada jodoh.Rasa yang dia pernah rasa pada Eskandar sebelum tu dah hilang.Dia cuma nak fikir pasal anak dalam kandungan dia sahaja.Lepas tu tiba-tiba dia pengsan.”
“Betul ke waktu umi mengandungkan Diana tu, umi tak bercerai lagi?”
“Belum.Eskandar hanya pergi atas urusan kerja pada mulanya.”
“Dia tahu pasal Diana?”
“Mungkin sebab dia tahu dia tak jatuhkan talak lagi.Nafkah pun dikirim sepanjang Diana dalam kandungan.”
Diana hanya mendiamkan diri.
“Diana jangan benci ayah Diana ye sayang.Cuba kuatkan hati.Arwah pun memaafkan semua orang sebelum dia pergi.”
“Dia ada balik jumpa umi?”
“Seminggu sebelum arwah pergi buat selama-lamanya.Atuk Diana yang inform.”
“Waktu tu Diana dah ada dengan mama?”
“Ye.Dan dia terima keputusan arwah.Dia betul-betul rasa bersalah.”
“Mama..”
“Ada apa sayang?”
“ Mama tahu kenapa umi tinggalkan Diana kepada mama?”
“Kenapa?”
“Sebab,umi tahu.Mama mesti sayang Diana macam umi sayang mama.”
Mama tersenyum.
Diana terus mencium mamanya.
No comments:
Post a Comment