Tuesday, August 16, 2011

Aku dan Dia (26-v)


Tinggal lagi beberapa bulan sebelum mereka menamatkan pengajian di kolej tersebut.Masa diisi semaksima yang mungkin.Kuliah,tutorial,usrah dan aktiviti kelab tersenarai dalam jadual harian masing-masing.Aulia salah seorang ahli jawatankuasa PRI yang sibuk merencanakan program turut dibantu oleh Diana dalam mengembangkan idea.


“Aulia kau tak homeleave minggu ni?”

“InsyaAllah tak.Ada program PRI punya ahli majlis tertinggi.”

“Oohh.”

“Hang nak balik?”

“Macam nak..rindu mama punya wantan ho.”

“Amboi..Eleh..rindu wantan ho ka rindu mama hang?”

“Kalau rindu kenapa? Tak boleh?”

Aulia tersenyum.

“Rindula aku sekali.”

“Tengoklah dulu macam mana.”

Ketawa pecah.





Aulia,aku balik dulu.
Jangan huru harakan kolej masa aku tak ada.
Jangan rindukan aku sangat.
Aku balik kejap ja.
I’ll be back insyaAllah.
Take care.

(Diana)

Aulia tersenyum  membaca mesej itu.

I miss you already..

Ucap Aulia di dalam hati.


Take care too.
May Allah always bless you.

(Aulia)

Diana juga tersenyum.

Sekeping gambar ditarik dari bawah bantal.

Gambarnya sewaktu berumur 5 tahun.Memegang belon berwarna pink.Tertawa riang dalam pelukan mama.Mama turut tersenyum mesra.

Gambar itu dicium sekali sebelum dimasukkan ke dalam beg.

Sayang mama sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment