Monday, August 15, 2011

Aku dan Dia (23-ii)


“Suhail nak!!!!!!”

“Wuit..Suara sikit punya macam bunyi Keretapi Tanah Melayu mendarat.Sabarlah!”

“Train memang bergerak atas daratan pe kakak?”

“So?”

“Akak.Nak…”

“Akak bagila ni.Cuba tengok Dek Na.Baik ja.”

“Dia perempuan.Asyik bersolek ja apa tau.”

Dek Na pandang Suhail 3 saat seraya dia sedekahkan  jelingan maut.

“Padan muka.Hehe.”

Diana menyebelahi Dek Na.

“Bagi sini pisau tu.Suhail boleh potong mangga muda ni sendiri.”

“Isyh..Budak ni..”

Pisau sudah bertukar tangan.

Suhail terus memotong buah itu secara tergesa-gesa.

“Mengidam apa Suhail ni..”

“Ouuuuchhh!”

Berdarah.

“Haa..Kan dah.Isyh.Dari tadi Kakak cakap sabar-sabar.Degil.Meh sini kita basuh lepas tu letak ubat.”
Mata Suhail dah merah.Nak tahan dari ternangis depan orang lah tu.

Diana cepat-cepat mengambil ketulan ais untuk menyekat darah daripada terus keluar.

“Sakitkan..Buat lagi.”

“Tak sakit pun.

Nak menang lagi.

“Isyh..Banyaknya darah Suhail.Tak stop-stop.”

“Akak kalau terus keluar darah macam ni boleh mati kan?”

“Isyh mulut…”

“Orang belajarla..”

“Jom ke klinik.”

“Naik motor? Dek Na?”

“Habis tu? Dah yang tu yang tinggal.Setakat jari terkoyak ja pun.Tak boleh duduk atas motor dah?”

Dek Na yang sekadar menjadi pemerhati dari tadi menjawab.

“Dek Na nak pergi kelas mengaji.”

“Jom cepat.Darah dah banyak keluar tu.”

No comments:

Post a Comment