Showing posts with label My Idols~. Show all posts
Showing posts with label My Idols~. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

..:: Ainul Mardhiah ::..


Penghulu Segala Bidadari


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat istimewa kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah, maka bidadari bagi suaminya adalah dalam kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia sendiri (Isteri Solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari di syurga nanti).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan Sunnah besar Rasulullah SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Suatu pagi di bulan Ramadhan…
Ketika Rasulullah memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), katanya, sesiapa yang keluar berjuang di jalan Allah dan tiba-tiba ia Syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari di syurga nanti. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Akan tetapi, dia malu nak bertanyakan kepada Rasulullah kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun demikian, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjuang.
Sebelum Zohor, Sunnah nabi akan tidur sebentar (Dkhailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama.
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah dan dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik serta muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah dan ditunjukinya ke suatu arah.

Maka pemuda itu berjalan ke arah tersebut dan dia mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat begitu cantik didunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab “Eh tidak! Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana.”
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan dia lihat ada seorang lagi wanita yang sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai. Kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi. Diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, “Tidak… saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana. Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya sungguh mengagumkan.

Akhirnya, dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang amat cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Wanita itu berkata, “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. Apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab. “Nanti! Kamu belum Syahid lagi!” Pemuda itu pun tersentak lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabatnya yang lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Rasullullah SAW akan tetapi sekiranya dia Syahid, barulah boleh ceritakannya kepada baginda.

Pada petang itu, pemuda tersebut bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah Syahid.
Pada hari yang sama, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, untuk berbuka, maka seorang sahabat telah bangun dan merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang Syahid tadi. Selepas itu, Rasullah menjawab “Benar… benar…benar…”

Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga. Subhanallah…

sumber : http://panduanislam.com



Monday, October 10, 2011

..:: SYEIKH SAYYID QUTB ::..


copied at 
http://www.ilmudanulamak.net


Sayyid Qutb adalah nama yang tidak asing di kalangan umat Islam. Beliau tidak hanya dikenali sebagai tokoh gerakan Islam (Ikhwan Muslimun) tetapi juga sebagai cendekiawan dan penulis Islam yang hebat. Cukup membuktikan kehebatannya itu apabila sesiapa membaca tafsirnya Fi Zilalil Quran (di bawah naungan al-Quran).Selain itu, Sayyid Qutb juga menulis beberapa kitab yang lain yang mendapat sambutan hebat kaum muslimin sejak hayatnya hingga ke hari ini, antaranya Ma’alim Fi at-Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan), Nahwa Mujtama’ Islami (Ke Arah Masyarakat Islam), Hazaddin (Inilah Islam) dan sebagainya.

Sayyid Qutb di lahirkan tahun 1906 di sebuah kampoug di Selatan Mesir. Sejak kecil beliau telah diasuh dengan semangat cintakan agama oleh kedua ibu-bapanya. Beliau dihantar untuk mempelajari agama dan menghafal al-Quran. Didikan agama ketika kecil ini amat memberi bekas kepada As-Syahid hingga ke zaman dewasanya. Walaupun pengajian-pengajian yang dilalunya di peringkat dewasa tidak takhasus di bidang agama, tetapi penghayatan agamanya cukup tinggi. Jika tidak sudah pastinya beliau tidak akan mampu menulis kitab-kitab yang begitu hebat terutamanya Fi Zilalil Quran. Dalam hal ini pentarbiahan ikhwan juga banyak memberi sumbangan selain kesan didikan semasa kecil itu.

Sayyid Qutb mula berkecimpung dengan jamaah Ikhwan pada tahun 40an. Sejak awal pengllibatannya, beliau menjadi pendokong yang amat aktif. Beliau tidak rela hanya sekadar menjadi pemerhati atau penyokong sahaja. Kerana itu dengan segala kebolehan dan kepakaran yang ada padanya –iaitu dalam bidang penulisan dan kesusasteraan– beliau berusaha bersungguh untuk menyedarkan kaum muslimin supaya bersama-sama Ikhwan Muslimin untuk berjihad dan berjuang mengembalikan kedaulatan Islam di muka bumi ini. Pada tahun 1950, beliau mula menulis Fi Zilalil Quran, kitab tafsir yang amat disanjung itu. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan untuk menjadi pemimpin redaksi majalah rasmi Ihkwan iaitu “Ikhwanul Muslimin”,

Kegigihan Sayyid Qutb menimbulkan ancaman kepada Kerajaan Mesir ketika itu yang menganut fahaman Sosialisme, menyebabkan beliau ditangkap pada tahun 1954 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Di dalam penjara, beliau diseksa dengan amat kejam hingga menimbulkan radang paru-paru yang amat teruk. Kerana kesihatan yang amat buruk, beliau dibebaskan pada tahun 1964 iaitu setelah 10 tahun dalam penjara. Pemerintah Mesir berharap dengan kesihatan yang buruk itu, Said Qutb tidak akan bergerak aktif dengan Ikhwan selepas dikeluarkan dari penjara. Apatahlagi umurnya ketika itu telah melebihi 60 tahun. Namun sangkaan mereka meleset. Said Qutb bergerak lebih aktif selepas dibebaskan.

Tidak sampai setahun dibebaskan, Said Qutb ditangkap semula iaitu pada tahun 1965. Pada kali ini, tidak lagi hukuman penjara yang mengikuti beliau tetapi hukuman gantung. Said Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah Tentera Mesir bersama dua lagi rakannya iaitu Muhammad Hawwasy dan Abdul Fattah Ismail. Tatkala mendengar hukuman ke atasnya dibaca, tidak ada tanda gelisah, takut mahupun rasa bersalah di wajahnya. Dengan tenang beliau berkata; “Al-Hamdulillah” kerana apa yang beliau idam-idamkan sekian lama telah dikabulkan Allah iaitulah mati sebagai seorang Syahid.