Showing posts with label ..::Tarbiyah::... Show all posts
Showing posts with label ..::Tarbiyah::... Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

..:: Tarbiyah Pemacu Gerakan Ummah (2) ::..





TANSYIAH (PEMBENTUKAN) 

Dalam proses tansyiah, mesti diperhatikan tiga sisi yang penting, iaitu :

  1. Pembentukan Ruhiyah Ma’nawiyah 

Pembentukan Ruhiyah Ma’nawiyah dapat dilakukan dengan kegiatan-kegiatan ibadah seperti qiyamullail, puasa sunat, tilawah Al Qur’an, zikir dan lain-lain.
Para murabbi mesti mampu menjadikan wasilah-wasilah tarbiyah ruhiyah seperti mabit, lailatul katibah, halaqah ruhiyah dalam membentuk peribadi mutarabbi pada sisi ruhiyah ma’nawiyahnya disedari serta dirasai oleh mutarabbi bahwa ia sedang menjalani proses pembentukan ruhiyah ma’nawiyah. Jangan sampai mabit hanya tinggal mabit tanpa ada apa-apa perasaan dan kesedaran yang terkesan di hati kita.

  1. Pembentukan Fikriyah Tsaqafiyah 

Wasilah dan saluran tarbiyah tsaqafah mesti dijadikan sebagai wasilah dan saluran yang mampu membentuk peserta tarbiyah pada sisi fikriyah tsaqafiyah. Jangan sampai tatsqif hanya tinggal tatsqif dan ta’lim hanya tinggal ta’lim, tetapi mesti jelas tujuannya bahwa tatsqif untuk pembentukan tsaqafah yang benar dan utuh manakala ta’lim untuk tsaqafah agama dan ini mesti disedari dan dirasai oleh para murabbi dan mutarabbi.

  1. Pembentukan Amaliyah Harakiyah 

Proses tarbiyah selain bertujuan membentuk peribadi dari sisi ruhiyah ma’nawiyah dan fikriyah tsaqafiyah juga bertujuan untuk membentuk amaliyah harakiyah yang mesti dilakukan secara selari dan berterusan seperti kewajiban pengambilan anggota baru melalui dakwah fardiyah, dakwah ‘ammah dan bentuk-bentuk penyebaran tarbiyah lainnya, serta pengelolaan halaqah tarbiyah yang baru sehingga sisi ruhiyah ma’nawiyah dan fikriyah tsaqafiyah dapat direalisasikan dan diformulasikan dalam bentuk amal nyata dan kegiatan praktikal serta dirasai oleh lingkungan masyarakat awam.

RI’AAYAH (PEMELIHARAAN) 

Keperibadian Islam yang sudah atau mulai terbentuk mesti dijaga dan dipelihara ruhiyah ma’nawiyah, fikriyah tsaqafiyah dan amaliyah harakiyahnya dan dibuat penilaian sehingga jangan sampai ada yang berkurang, menurun atau melemah.
Oleh yang demikian, kualiti dan kuantiti ibadah asasi, wawasan pengetahuan, fikrah dan harakah tetap terjaga dan terpelihara dengan baik. Tidak ada penurunan dalan tilawah harian, qiyamullail, puasa sunat, baca buku, tatsqif, halaqah tarbiyah dan aktiviti dakwah serta pembinaan aktivis dakwah.

TANMIYAH (PENGEMBANGAN) 

Dalam proses tarbiyah, murabbi dan mutarabbi tidak boleh merasa puas dengan apa yang ada dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, apalagi menganggap semuanya sudah sempurna.
Murabbi dan mutarabbi yang baik adalah murabbi dan mutarabbi yang sentiasa memperbaiki kekurangan dan kelemahan serta meningkatkan kualiti di samping berpandangan jauh ke depan bahwa tarbiyah mesti bersedia dan mampu menawarkan konsep perubahan dan dapat mengajukan jalan penyelesaian kepada berbagai permasalahan umat dan berani tampil untuk memimpin umat. Oleh kerana itu, kualiti diri dan jamaah merupakan suatu tuntutan dan keperluan dalam proses tarbiyah.

TAUJIH (PENGARAHAN)

Tarbiyah bukanlah hanya bertujuan untuk melahirkan manusia yang baik dan berkualiti secara peribadi namun ianya mestilah mampu untuk memperkasakan kualiti diri untuk menjadi unsur perubah yang aktif dan produktif (Al Muslim As Soleh Al Musleh).

Murabbi sepatutnya mampu untuk :

  1. Mengarahkan.
  2. Meletakkan fungsi.
  3. Memperkasakan.

mutarabbinya sesuai dengan bidang dan kapasitinya.

Manakala mutarabbi pula hendaklah sentiasa bersedia untuk :

  1. Diarahkan.
  2. Ditugaskan.
  3. Ditempatkan.
  4. Diberi fungsi.

sehingga dapat memberikan sumbangan yang nyata dan praktikal untuk dakwah, jamaah dan umat serta tidak ragu-ragu untuk berjuang dan berkorban demi tertegaknya Agama Islam.

Ukuran keberhasilan tarbiyah boleh dilihat pada peranan dan sumbangan aktivis dakwah dalam penyebaran fikrah, pembentukan masyarakat Islam, memerangi kemungkaran, membenteras kerusakan dan mampu mengarahkan dan membimbing umat ke jalan Allah di samping sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi segala bentuk kebatilan yang menghalang kelajuan dakwah Islam.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu lelah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS At Taubah : 111) 

Tuesday, May 1, 2012

..:: Tarbiyah Pemacu Gerakan Ummah ::..

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.




..:: Tarbiyah Pemacu Gerakan Ummah ::..


Tengah sibuk bergerak kerja,kekadang diri termenung sebentar.Nafas dihela berat."Banyak yang tak selesai lagi ni.." Memang betul pun. Fitrah diri manusia yang sememangnya tak akan sempurna. Tapi kadang-kadang terfikir, "Kalau aku ni betul-betul mantap iman, mesti segalanya akan jadi mudah dan ringan." Salahkan diri kerana kekurangan tarbiyah.Mungkin itu benar.Tapi,lupakah aku terhadap firman Allah yang bermaksud:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat sEksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." [2:286]


Nafas dihela lagi. "Allah pilih aku utk diuji ni.Sabarlah ea.." Kalimat pemujuk diri yang kadang-kadang tak terpujuk dan menghasilkan momentum keroyanan yang begitu tinggi. Astaghfirullah.. Diri kadang-kadang terserlah begitu dahagakan tarbiyah. Tetapi diri juga masih lagi berjuang mengatasi mehnah-mehnah agung yang menyebabkan diri terlepas untuk meningkatkan tarbiyah dalam diri.


"Tarbiyah yang luar biasa menghasilkan insan yang luar biasa aqidahnya,tsaqofahnya,akhlaqnya dan terserlah peribadi seorang jundi Islam."


Ternyatalah betapa pentingnya tarbiyah dalam membentuk seorang srikandi atau panglima yang membawa panji-panji Islam. Pun begitu, perlu bagi kita memahami apa itu "Tarbiyah".




TARBIYAH ADALAH SEBUAH PROSES PEMBENTUKAN 

Pengertian Tarbiyah secara bahasa mempunyai beberapa makna dan di antaranya adalah :



  1. ‘Tansyiah’ (pembentukan).
  1. ‘Ri’aayah’ (pemeliharaan).
  1. ‘Tanmiyah’ (pengembangan).
  1. ‘Taujih’ (pengarahan).





Maka proses tarbiyah yang kita lakukan dengan menggunakan berbagai wasilah seperti :



  1. Halaqah / Usrah.
  1. Daurah.
  1. Ta’lim di masjid.
  1. Mukhayyam.
  1. Qiyam / Katibah.


dan yang lainnya mesti memperhatikan empat perkara di atas sebagai langkah-langkah praktikal untuk sampai kepada tujuan strategik, iaitu terbentuknya peribadi muslim yang ‘soleh wa musleh’.


Mungkin ianya perkara biasa bagi seorang dai'e yang sentiasa bergerak kerja secara berjemaah. 

Peningkatan tarbiyah dilaksanakan hari demi hari bagi memastikan kelangsungan istiqomah dalam bergerak kerja.

Namun,perlu diingatkan wahai diri yang selalu alpa.Jangan mudah merungut apabila "lambakan" program-program yang meragut kelapangan masa,keberadaan tenaga dan kesenangan harta.Ini terbukti,proses pentarbiyahan bukan satu perkara yang mudah.

Pentingnya tarbiyah itu supaya ilmu di dada istiqomah diamalkan dan disebarkan.Dalam perjalanan menjadi mukmin yang cemerlang, pelbagai rintangan perlu dilalui. Tetapi, diri perlu sentiasa ingat bahawa,biarlah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit itu ada benarnya.Biarlah amal itu sedikit,asalkan istiqomah melakukannya.Hal ini bagi mengelak futur di tengah perjalanan. Namun, perlu juga bagi umat Islam untuk menjadi cemerlang dengan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.Jundi tak selamanya menjadi jundi.

Bersama mempertingkatkan tarbiyah dalam diri demi memacu gerakan ummah~