Tuesday, May 1, 2012

..:: Tarbiyah Pemacu Gerakan Ummah ::..

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.




..:: Tarbiyah Pemacu Gerakan Ummah ::..


Tengah sibuk bergerak kerja,kekadang diri termenung sebentar.Nafas dihela berat."Banyak yang tak selesai lagi ni.." Memang betul pun. Fitrah diri manusia yang sememangnya tak akan sempurna. Tapi kadang-kadang terfikir, "Kalau aku ni betul-betul mantap iman, mesti segalanya akan jadi mudah dan ringan." Salahkan diri kerana kekurangan tarbiyah.Mungkin itu benar.Tapi,lupakah aku terhadap firman Allah yang bermaksud:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat sEksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." [2:286]


Nafas dihela lagi. "Allah pilih aku utk diuji ni.Sabarlah ea.." Kalimat pemujuk diri yang kadang-kadang tak terpujuk dan menghasilkan momentum keroyanan yang begitu tinggi. Astaghfirullah.. Diri kadang-kadang terserlah begitu dahagakan tarbiyah. Tetapi diri juga masih lagi berjuang mengatasi mehnah-mehnah agung yang menyebabkan diri terlepas untuk meningkatkan tarbiyah dalam diri.


"Tarbiyah yang luar biasa menghasilkan insan yang luar biasa aqidahnya,tsaqofahnya,akhlaqnya dan terserlah peribadi seorang jundi Islam."


Ternyatalah betapa pentingnya tarbiyah dalam membentuk seorang srikandi atau panglima yang membawa panji-panji Islam. Pun begitu, perlu bagi kita memahami apa itu "Tarbiyah".




TARBIYAH ADALAH SEBUAH PROSES PEMBENTUKAN 

Pengertian Tarbiyah secara bahasa mempunyai beberapa makna dan di antaranya adalah :



  1. ‘Tansyiah’ (pembentukan).
  1. ‘Ri’aayah’ (pemeliharaan).
  1. ‘Tanmiyah’ (pengembangan).
  1. ‘Taujih’ (pengarahan).





Maka proses tarbiyah yang kita lakukan dengan menggunakan berbagai wasilah seperti :



  1. Halaqah / Usrah.
  1. Daurah.
  1. Ta’lim di masjid.
  1. Mukhayyam.
  1. Qiyam / Katibah.


dan yang lainnya mesti memperhatikan empat perkara di atas sebagai langkah-langkah praktikal untuk sampai kepada tujuan strategik, iaitu terbentuknya peribadi muslim yang ‘soleh wa musleh’.


Mungkin ianya perkara biasa bagi seorang dai'e yang sentiasa bergerak kerja secara berjemaah. 

Peningkatan tarbiyah dilaksanakan hari demi hari bagi memastikan kelangsungan istiqomah dalam bergerak kerja.

Namun,perlu diingatkan wahai diri yang selalu alpa.Jangan mudah merungut apabila "lambakan" program-program yang meragut kelapangan masa,keberadaan tenaga dan kesenangan harta.Ini terbukti,proses pentarbiyahan bukan satu perkara yang mudah.

Pentingnya tarbiyah itu supaya ilmu di dada istiqomah diamalkan dan disebarkan.Dalam perjalanan menjadi mukmin yang cemerlang, pelbagai rintangan perlu dilalui. Tetapi, diri perlu sentiasa ingat bahawa,biarlah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit itu ada benarnya.Biarlah amal itu sedikit,asalkan istiqomah melakukannya.Hal ini bagi mengelak futur di tengah perjalanan. Namun, perlu juga bagi umat Islam untuk menjadi cemerlang dengan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.Jundi tak selamanya menjadi jundi.

Bersama mempertingkatkan tarbiyah dalam diri demi memacu gerakan ummah~



No comments:

Post a Comment